Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Rabu, Jun 23, 2010

Artikel


Zimbabwe Siasat Perlawanan Yang Diatur Di Malaysia
Ogos 18, 2010 - Persatuan Bola sepak Zimbabwe (ZIFA) dalam sidang akhbar di Harare, Zimbabwe dipetik berkata ZIFA telah menulis surat kepada Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menbantu mereka menjejaki sindiket pertaruhan di Asia.

Konfederasi Bola sepak Afrika (CAF) juga telah menulis surat bahawa mereka sedar, Zimbabwe terlibat dalam mengatur perlawanan,

Siasatan ZIFA ke atas lawatan yang tidak diiktiraf oleh badan bola sepak Zimbabwe itu ke Malaysia pada Disember 2009 itu telah mengakibatkan tiga pegawai Zifa iaitu ketua pegawai eksekutif Henrietta Rushwaya, pegawai program Jonathan Musavengana dan pegawai pemasaran Harry Taruva digantung dan dihadap ke lembaga siasatan Suruhanjaya Sukan dan Rekreasi Zimbabwe.

Menurut berita dari Zimbabwe lagi, Rushwaya dituduh "merancang perjalanan pasukan kebangsaan ke Malaysia dimana pasukan itu bermain pada perlawanan yang diatur dibawah kawalan sindiket pertaruhan Malaysia".

Rushwaya juga dituduh merancang satu perjalanan lain oleh kelab Liga Perdana Zimbabwe, Monomotapa ke Malaysia pada Julai 2009 dimana mereka meletakkan diri mereka sebagai pasukan kebangsaan. Pasukan itu bermain dua perlawanan persahabatan dan tewas 0-4 (Julai 12) dan 0-1 (Julai 14) dengan Malaysia. Suruhanjaya siasatan itu percaya perlawanan ini juga dianjurkan oleh sindiket pertaruhan Malaysia.

Selepas pendedahan mengenai Monomotapa itu Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) telah mendakwa ZIFA "tidak mengormati". Setiausaha FAM Datuk Azzudin menunjukkan para wartawan sepucuk surat dari Ruswaya dimana mengatakan Monomotapa - yang bermain dalam warna negara adalah pasukan bola sepak kebangsaan.

Mengikut laporan dari penyiasatan itu juga terdapat pembayaran wang yang amat tinggi telah dibayar kepada pemain. Zimbabwe dimalukan dengan kekalahan 0-6 dan 0-3 ketika bertemu Syria (Jan 2, 2010) dan Thailand (Disember 29, 2009) ketika kejohanan mini di Malaysia.

Sumber lanjut: New Zimbabwe, Canadian Press

Gothia Cup
Artikel mengenai Piala Gothia atau Gothia Cup satu kejohanan antarabangsa tahunan di Sweden buat remaja lelaki dan perempuan. Ia boleh dikatakan kejohanan terbesar didunia.

Manakala satu lagi artikel menarik mengenai kelab KLYS (KL Youth Soccer) bagaimana kelab sukarela ini mempunyai jurulatih berpengalaman dan banyak menyertai kejohanan dalam dan luar negara serta memenangi banyak kejayaan.

Kedua-dua artikel ini boleh menjadi panduan bagaimana nak membangunkan bola sepak dari usia muda.

Gothia Cup
Laman web rasmi:Gothia Cup

Rembau FC
Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan yang diletakkan di bawah Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Astana Raja telah terpilih sekali lagi pada tahun ini untuk mewakili kejohanan Gothia Cup yang berlangsung di Gothenberg, Sweden yang berlangsung pada 18-24 Julai 2010.

Gothia Cup bermula pada 1975 dan merupakan kejohanan dunia terbesar buat bola sepak remaja yang dianjurkan setiap tahun oleh syarikat SKF, dan telah menghimpunkan penyertaan daripada 61 buah negara.

KLYS
Manakala juga satu lagi satu pasukan mewakili Malaysia ke Gothia Cup 2010 adalah KLYS.

KLYS adalah organisasi ibubapa-sukarela, serta tidak memikirkan keuntungan. Tujuannya adalah untuk memperkayakan serta memberi peluang untuk anak muda dalam komuniti untuk bermain lebih banyak perlawanan dan memperbaiki mutu permanan, mengajar semangat berpasukan dan semangat kesukanan yang baik dalam persekitaran yang mencabar.

Malaysian set to be major stakeholder at Sheffield United
thestar.com.my

August 4, 2010 - KUALA LUMPUR: A Malaysian businessman is emerging as a key stakeholder of Sheffield United, one of Britain’s oldest football clubs.

He is in the final stages of sealing a deal with Sheffield United chairman Kevin McCabe and chief executive officer Trevor Birch that will see millions of pounds flowing into the Championship One club.

Birch told The Star that the club was finalising the deal.

He added that the Malaysian would be making a significant in vestment in the club.

Birch even took time away from the club’s friendly against Argenti nian side Estudiantes on Aug 1 to discuss the deal in Malaysia.

“We want to be serious contenders for promotion to the English Premier League next season and with his involvement, we can see an even brighter future ahead,” he said here yesterday.

Birch, a Liverpool player in the 1970s, was the Chelsea CEO who put together the RM706mil (£140 million) Roman Abramovich takeover in 2003.

It is understood that talks between United and their potential Malay sian partner have been going on for some time and a conclusion will be reached “in a matter of a few months”.

According to sources, the Malay sian businessman is expected to visit United next week.

The new possible tie-up will make the club’s first Championship One match this Sunday an “all-Malaysian affair” as United will be facing Cardiff City, owned by Berjaya tycoon Tan Sri Vincent Tan.

“What’s interesting about his (the Malaysian) involvement is that he is investing in a club that is rich in heritage and, more importantly, with strong financial credentials,” said Birch.

United is also known as “The Blades” due to the city’s worldwide reputation for steel production.

Di larang Mangacah Ketika Sepakan Penalti
Mei 18 2010 - Pada mesyuarat di ibu pejabat FIFA, para pembuat dasar undang-undang bola sepak dunia IFAB (International Football Association Board) atau Badan Persatuan Bola sepak Antarabangsa telah mengesahkan perubahan dalam membuat sepakan penalti berkuatkuasa pada Jun 1 yang bermakna ianya termasuk sebahagian dari peraturan Piala Dunia 2010. Mengacah ketika sebelum menyepak bola di akhir larian sepakan penalti untuk menipu penjaga gol berisiko kad kuning untuk "kelakuan tidak bersemangat kesukanan".

Pemain tersebut juga terpaksa mengambil sepakan penalti sekali lagi jika bola masuk ke gawang. Perubahan peraturan tetap ini berikutan bertambahnya cara mengacah di Amerika Selatan, dimana pemain berhenti sejenak untuk melihat kearah mana penjaga gol melompat.

"Mengacah ketika dalam larian mengambil sepakan penalti untuk mengelirukan pemain lawan adalah dibenarkan, namun mengacah ketika menyepak bola apabila pemain tersebut telah berhenti berlari sekarang ini di sifatkan sebagai pelanggaran Undang-Undang 14 dan aksi berkelakuan tidak bersemangat kesukanan dimana pemain diberi amaran.

"Feinting in the run-up to take a penalty kick to confuse opponents is permitted, however feinting to kick the ball once the player has completed his run-up is now considered an infringement of Law 14 and an act of unsporting behaviour for which the player must be cautioned."

Ya untuk Bola, Tidak untuk Judi
An author risks his life in pursuit of fixers in football

Mei 19 2010 - Artikel dari akhbar The National, UAE mengenai Declan Hill warga Kanada seorang wartawan serta sosiologi di Oxford dalam bukunya The Fix: Soccer and Organised Crime.

Antara lain Hill menulis dia memulakan perjalanannya di Malaysia dan Singapura dengan mengatakan jika England ialah tuanrumah bola sepak, Semenajung Malaysia pula adalah tuanrumah kepada pengatur perlawanan.

Dia juga membuat kesimpulan perlawanan yang diatur purata gol yang dijaringkan adalah 20% lebih banyak dari perlawanan yang jujur.

* Gol sendiri di jaringkan "hanya 20% dari perlawanan yang ditetapkan", berbanding dengan hanya 10% perlawanan yang jujur.

* Pengadil yang disuap akan memberi penalti dua kali ganda pada perlawanan yang tetapkan berbanding dengan perlawanan yang jujur.

*Penjaga gol yang dirasuah akan kerap keluar dari kawasan gawang, untuk membantu lawan menjaringkan gol.

*Melakukan off-side bodoh, anda melakukan perangkap off-side dan penyerang lawan melepasi perangkap itu.

Malaysia confirms Sports Betting License to Ascot Sports
Ascot Sports has been confirmed to be the first company that is allowed to run international sports betting services to non-Muslims in an effort of the country to reduce the amount of illegal betting and the loss of taxes. Sumber: Artikel penuh di Luckyroom.com

Alasan Mengapa Bola sepak Memberi Kesan Suatu Keghairahan Di seluruh Dunia

Shadlee Rahman by
Correspondent Written on May 05, 2010
Sumber: Bleachrreport

Untuk mengatakan bahawa bola sepak hanya satu sukan adalah kurang tepat. Tiada sukan di dunia ini melampaui batas sempadan, bangsa dan budaya dengan begitu mudah dan teratur

Bagi kebanyakan orang, bola sepak adalah agama, dan pemainnya seperti dewa. Bola sepak adalah bahasa dan cara hidup.

Dipercayai secara meluas bahawa permainan ini berasal dari China ketika masa pemerintahan Zhan Guo Ce pada abad ketiga SM. Permainan ini telah selamat dari ujian masa seperti apa yang ada sekarang ini-tidak diragukan lagi dan tidak diperdebatkan lagi, ia adalah permainan yang paling popular di dunia.

Dimainkan di setiap negara di dunia, bola sepak tidak dapat dinafikan adalah raja sukan.

Keindahan sejati bola sepak terletak pada begitu mudahnya permainan itu. Memang sukar dipercayai bahawa permainan di mana objek seperti mudahnya menempatkan bola di belakang jaring boleh memberi keghairahan kepada pemain dan penyokong, seperti kegembiraan kepada insan biasa, seperti kemarahan kepada jiran sebelah.

Tapi, ketika berbicara tentang permainan "yang indah ini" atau "joga bonito," adakah kita seharusnya benar-benar terkejut?

Bola sepak telah lama datang dari permulaan yang santai. Hari ini, bola sepak bukan hanya permainan, tapi perniagaan. Sejumlah besar wang dibayar kepada pemain dan jurulatih demi mengejar kejayaan membuktikannya.

Para pemain utama bola sepak adalah diantara atlet yang paling popular di dunia. Dan, ramai penyokong pasukan bola sepak mengikuti pasukan mereka seolah-olah ia adalah permulaan dan pengakhiran bagi semua yang mereka akan lakukan dalam hidup mereka. Yang menimbulkan pertanyaan: Mengapa bola sepak meningkatkan keghairahan begitu tinggi?

Saya fikir sebab utama adalah bahawa bola sepak adalah permainan yang secara amnya adalah mudah untuk dikuti-mudah bagi remaja yang berontak dan bapa yang sibuk untuk menjadi ketagih.

Suatu perlawanan 90 minit, yang sebenarnya tidaklah sesingkat mana, adalah sejumlah masa bagi kebanyakan penyokong bersedia untuk dihabiskan bagi menonton pasukan kegemaran mereka atau kelab beraksi.

Alasan lain untuk keghairahan bola sepak di seluruh dunia adalah bahawa hal itu bersifat semesta/universal. Bola sepak tidak mengenal batas dan sempadan. Ianya tidak bangsawan (elitist) dengan cara apapun. Bola sepak telah memberikan banyak anak miskin jalan keluar dari kemiskinan dan kesempatan untuk mengejar impian mereka.

Pemain bintang Brazil yang dibesarkan di bandar-bandar setinggan, atau favelas seperti yang disebut dalam Bahasa Portugis, merupakan bukti untuk itu.

Ketika kita berbicara tentang keghairahan dalam istilah bola sepak, kita harus membezakan semangat para pemain yang sedang bermain dengan mereka yang menyokong mereka.

Hari ini, pemain terbaik berada di bawah tekanan hebat untuk beraksi di luar sana di atas pentas besar, dengan menyedari fakta bahawa mereka harus membuktikan jumlah yang melambung tinggi yang dibayar kepada mereka. Mereka berkata tekanan membawa semangat. Tiada dimana-manapun ungkapan itu harus dibuktikan kecuali di gelanggang bola sepak.

Ketika pertaruhan melambung tinggi seperti dalam perlawanan penting, ketegangan boleh dirasai baik para pemain mahupun penyokong sukar dibendung. Para pemain tahu bahawa satu keputusan penting boleh membuat mereka sebagai wira, dan bahawa satu gerakan yang buruk boleh menyebabkan rumah mereka dirosakkan oleh penyokong mereka.

Bola sepak memberi keghairahan pada manusia kerana kemampuannya untuk menyatukan semua dan, mudah juga, membahagi mereka. Hal ini, tanpa diragukan lagi, sukan yang sangat mudah untuk jatuh cinta. Bola sepak adalah sememangnya benar permainan untuk semua.

Tiada ulasan: