Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Khamis, November 19, 2009

Terengganu

 

Terengganu umum senarai pemain 2010

Nov 24 2009 - Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memperkenalkan enam muka baru dalam senarai pasukan 2010 termasuk dua dari Sarawak.

Dua pemain itu ialah Joseph Kalang Tie (penyerang) dan Ronny Harun (pertahanan). Empat yang lain adalah bekas pemain kebangsaan K.Rajan, Helmi Remeli keduanya dari Kuala Muda Naza, Mohd Firdaus Mohd Fauzi (Perlis) serta Tengku Hasbullah Tengku Hassan (KL Plus).

Manakala mengugurkan tujuh pemain selepas mereka meminta dilepaskan meskipun masih mempunyai kontrak iaitu Mohd. Shazlkan Alias, Ismail Faruqi, Mohd. Shazlan Alias, Azlan Ismail, Ahmad Shahril Zakaria dan Md. Shahrul Ezrain.

Beberapa pemain lagi masih diperingkat perbincangan. Bekas jurulatih Perlis Irfan Bakti Abu Samah mengambil alih tugas Ken Worden yang tidak menyambung kontraknya sebagai ketua jurulatih.

PBSNT telah menyenaraikan 21 orang pemain, termasuk mengekalkan 15 orang pemain musim ini untuk membentuk pasukan tahun depan. Seramai 26 orang pemain akan didaftarkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum pendaftaran pemain ditutup pada 9 Dis ini.

Senarai 21 pemain pasukan Terengganu 2010: Mohamad Sharbinee Allawee Ramli, Mohamad Hafiezi Idris, Mohamad Shamiza Yusof, Hariri Mohd Safii, Mohamad Muhaimin Omar, Che Ku Ahmad Rusydi Amar, Mohd Marzuki Yusof, Zairo Anuar Zailani , Ahmad Nordin Alias,

Shahrizam Mohamad, Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Tengku Hazman Raja Hassan, Joseph Kalang Tie, Tengku Hasbulah Raja Hassan, Ronny Harun, Mohd Firdaus Mohd Faudzi, Helmi Remeli, K Rajan, Muhamad Ashaari Shamsuddin, Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi dan Abdul Manaf Mamat.

Irfan ke Terengganu
November 18 2009- Bekas jurulatih dua musim Perlis Irfan Bakti bakal dilantik ketua jurulatih Terengganu yang baru menggantikan Ken Worden bermula awal bulan Disember. Irfan menyatakan persetujuan menjadi jurulatih Terengganu bagi tempoh setahun, bermula tahun depan dan dijangka memulakan tugasnya sebagai jurulatih berkuat kuasa 1 Disember depan.

Tiada ulasan: