Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Sabtu, Oktober 02, 2010

Ho Chi Minh International Football Tournamnet

Ho Chi Minh City Cup


1,000th Thang Long Eximbank Cup 2010






Champions: US$20,000


Runner-up: US$10,000


Third Place: US$5,000






Pos. PasukanPMSKJBPGMata
1.Vietnam U2332104137
2.Iran U2131113304
3.Singapore U2330301103
4.Malaysia U23301214-31
September 28, 2010 (Selasa);Iran U211-1Singapore U23



Vietnam U23


Ann Duch (18',25')
2-1Malaysia U23


Norshahrul Idlan Talaha (44')
September 30, 2010 (Khamis)Malaysia U230-2Iran U21



Singapore U230-0Vietnam U23
Oktober 2, 2010 (Sabtu)Singapore U230-0Malaysia U23



Vietnam U232-0Iran U21




Pertembungan maruah


Sumber: Kosmo






HO CHI MINH CITY – “Jangan pula kita kalah dengan Singapura kerana ia maruah bola sepak negara.”






Demikian tegas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menjelang perlawanan terakhir Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 menentang Singapura di Stadium Thong Nhat di sini petang ini.






Malaysia kini di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas tewas 1-2 kepada Vietnam Selasa lalu dan tewas 0-2 kepada Iran kelmarin.






Namun jika menang, Malaysia akan menduduki tempat ketiga kerana Singapura baru mengutip dua mata selepas seri dengan Iran (1-1) dan Vietnam (0-0).






“Ramai fikir saya hanya beri alasan apabila kita kalah. Tapi secara keseluruhannya kita main dengan baik, cuma peluang yang kita dapat gagal dimanfaatkan.






“Banyak perkara positif sebenarnya diperoleh selepas mengharungi dua perlawanan. Saya yakin pemain akan bangkit untuk menewaskan Singapura,” katanya ketika ditemui di Hotel Oscar Saigon semalam.






Rajagobal dijangka terus meletakkan harapan kepada gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk membolosi kubu Singapura yang ditunjangi dua pemain senior, Lionel Lewis dan Daniel Bennett.






Bagi Safee, 26, yang merupakan pemain paling senior dalam pasukan, dia masih belum berpuas hati dengan persembahannya biarpun telah mendapat pujian Rajagobal.






“Memang dua perlawanan sebelum ini saya banyak dapat peluang tetapi gagal diterjemahkan dengan gol. Jika tidak pasti boleh ubah keputusan perlawanan.






“Apa pun saya harap pada aksi menentang Singapura, gandingan bersama Norshahrul akan lebih menjadi dan nasib memihak kepada saya untuk menjaringkan gol,” kata Safee.






Ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak pula yang akan bergandingan dengan Muslim Ahmad setelah Nasriq Baharom digantung akibat kad merah ketika bertemu Iran berkata, kesilapan mudah serta kurang fokus menjadi punca dua kekalahan sebelum ini.






“Demi maruah diri sendiri, pasukan dan negara, kita kena menang dengan Singapura. Kita cuba untuk meraih tempat ketiga kerana tak mahu pulang sebagai pasukan di tangga tercorot,” kata Aidil.





Vietnam Berjaya Balas Dendam 9 Bulan Kemudian


Sept 28, 2010 - Ho Chi Minh City - Vietnam berjaya membalas dendam ke atas Malaysia, bila kali terakhir tewas pada perlawanan akhir Sukan SEA Laos pada Disember 2009.






Kemenangan 2-1 itu tercatat keatas skuad Malaysia pada Piala Eximbank Millenium Thang Long-Hanoi 2010, di Stadium Thong Nhat dihadapan 10,000 penonton.






Tuan rumah bermula dengan formasi 4-5-1 serta bermain pantas menguasai permainan pada awal babak pertama. Pemain negara bertahan akibat asakan Vietnam dengan bersedia melakukan serangan balas.






Minit ke-8, Kesilapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang membuat sepakan lemah hampir dihukum Nguyen Anh Duc tetapi bola lambungnya sedikit melepasi palang gol.






Minit ke-18: Hasil gerakan dari bahagian tengah Nguyen Duc Thien yang berjaya melorong bola ke sayap kanan Thang Trung berhampiran kawasan penalti.. Thanh Trung dengan kaki kiri merembat kencang ke gawang Malaysia.






Penjaga gol Khairul Fahmi berjaya menampan bola keluar. Nguyen Anh Duc yang lebih pantas mengejar bola berjaya menolak masuk buat gol pertama Vietnam.






Minit ke-25: Vietnam mendapat gol kedua apabila hantaran bola jauh pemain pertahanan Min Duc dari kawasan Vietnam masuk ke kawasan Malaysia. Kordinasi antara Anh Duch dan Van Thang dalam petak penalti mudah melepasi dua pertahanan tengah Malaysia, Aidil Zafuan Radzak dan Nasriq Baharom sebelum Anh Duch melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi.






Minit ke-30: Malaysia mula menemui rentak apabila Vietnam yang selesa mendahului 2-0 mulai bermain secara individu dan Malaysia pula mula melakukan beberapa percubaan tepat ke arah pintu gol Vietnam.






Minit ke-44, Kesilapan penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong yang tergelincir ketika melakukan sepakan percuma di penjuru kanan menghadiahkan gol tunggal buat Malaysia






Bola tendangannya terus menuju ke arah kiri dimana Norshahrul Idlan Talaha berada. Tanpa melakukan kesilapan beliau merembat masuk ke gawang kosong yang terbuka luas bagi kedudukan 1-2.






Babak kedua bermula, rentak Malaysia semakin tersusun apabila berjaya menguasai permainan dan dilihat lebih banyak mengasak ke arah kubu pertahanan tuan rumah.






Rajagobal telah memasukkan Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani bagi menggantikan Fandi Othman dan Safee Sali pada minit ke-65 dan 70.






Singapura dan Iran seri 1-1 pada perlawanan lain. Iran mendahului pada minit ke-22 menerusi sepakan percuma Aliasgaridehaghi Hamidreza tetapi Singapura berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 hasil tandukan pemain gantian, Luo Zhenlun Eugene selepas sepakan sudut.






Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli (Sabre Mat Abu), Nasriq Baharom (Muslim Ahmad), Aidil Zafuan Radzak (ketua pasukan), Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan, Safiq Rahim, Amar Rohidan (Gary Steven Rob bat), Fandi Othman (Baddrol Bakhtiar), Norshahrul Idlan Talaha (Izzaq Faris Ramlan), Safee Sali (Ahmad Fakri Saarani).


Jurulatih: K. Rajagobal






Vietnam (4-5-1):


Penjaga Gol: Bui Tan Truong,


Pertahanan: Nguyen Quoc Long, Nguyen Thanh Long Giang, Nguyen Minh Duc (ketua pasukan), Tran Dinh Dong (Vo Hoang Quang)


Tengah: Nguyen Ngoc Dieu (Phan Thanh Hung), Dinh Thanh Trung (Mai Tien Thanh), Bui Van Hieu, Nguyen Duc Thien (Hoang Danh Ngoc), Le Van Thang (Nguyen Thai Duong),


Penyerang: Nguyen Anh Duc.


Jurulatih: Phan Thanh Hung






*Disebabkan ini dianggap perlawanan persahabatan setiap pasukan di benarkan membuat enam pertukaran













Senarai 20 pemain ke Piala Millenium Thang Long-Hanoi 2010.


Bil.Nama PemainPosisiPasukan
1.Amar RohidanMFPerlis
2.Ahmad Fakri SaaraniFWPerlis
3.Baddrol BakhtiarFWKedah
4.Mohamad Faizal bin Abu BakarMFKedah
5.Mohd Sabre bin Mat AbuDFKedah
6.Mohd Asraruddin PutraDFSelangor
7.Mohd Nasriq BaharomDFSelangor
8.Mohd Safee Mohd SaliFWSelangor
9.Safiq RahimMFSelangor
10.Mohamad Aidil Zafuan Abd RazakDFNegeri Sembilan
11.Kunalan SubramaniamMFNegeri Sembilan
12.Mohd Sharbinee AllaweePGTerengganu
13.Norshahrul Idlan TalahaFWKelantan
14.Khairul Fahmi Che MatPGKelantan
15.Gary Steven RobbatMFHarimau Muda
16.Izzat Faris RamlanFWHarimau Muda
17.Mahalli JasuliDFHarimau Muda
18.Mohammad Muslim AhmadDFHarimau Muda
19.Mohd Fadhli Mohd ShasDFHarimau Muda
20.Mohd Fandi OthmanDFHarimau Muda



Ho Chi Minh City International Football Tournament 2009


SJC Cup


Tarikh Kejohanan: Oktober 20-24, 2009


Venue: Thong Nhat Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam


Pos. PasukanPMSKJBPGMata
1.Singapore32107437
2.Korea University (South Korea)320111706
3.Vietnam311134-14
4.Turkmenistan3003814-60
Johan - Singapore


Okt 20, 2009 (Selasa): Singapore 1-0 Korea University, Vietnam 1-0 Turkmenistan


Okt 22, 2009 (Khamis): Turkmenistan 2-4 Singapore, Vietnam 0-2 Korea University


Okt 23, 2009 (Sabtu): Korea University 8-6 Turkmenistan, Vietnam 2-2 Singapore





Ho Chi Minh City International Football Tournament 2008


SJC Eximbank Cup


Tarikh Kejohanan: Oktober 1-5, 2008


Venue: Thong Nhat Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam


Pos. PasukanPMSKJBPGMata
1.Turkmenistan33008449
2.Korea University (South Korea)32016426
3.Myanmar310258-33
4.Vietnam300347-30
Johan - Turkmenistan


Okt 1, 2008: Turkmenistan 3-1 Korea University, Vietnam 2-3 Myanmar


Okt 3, 2008: Myanmar 1-2 Turkmenistan, Vietnam 0-1 Korea University


Okt 5, 2008: Vietnam 2-3 Turkmenistan, Korea University 4-1 Myanmar





Bach Vietnamese Cup (BV) 2006


Tarikh Kejohanan: November 15-19, 2006


Venue: Thong Nhat Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam


Pos. PasukanPMSKJBPGMata
1.Finland U2332106067
2.Cameroon U2332106157
3.Vietnam U23310225-33
4.Indonesia U23300308-80
Johan - Finland U23


Nov 15, 2006: Indonesia 0-2 Cameroon, Vietnam 0-1 Finland


Nov 17, 2006: Finland 0-0 Cameroon, Indonesia 0-1 Vietnam


Nov 19, 2006: Finland 5-0 Indonesia, Vietnam 1-4 Cameroon





LG Cup 2005


Tarikh Kejohanan: September 24-28, 2005


Venue: Thong Nhat Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam


Pos. PasukanPMSKJBPGMata
1.Vietnam U2332105237
2.Bulgaria U2332018446
3.Syria U21311137-44
4.Korea University300325-30
Johan - Vietnam U23


Sept 24, 2005: Vietnam 4-2 Bulgaria, Syria 3-2 Korea University


Sept 26, 2005: Vietnam 0-0 Syria, Bulgaria 1-0 Korea University


Sept 28, 2005: Vietnam 1-0 South Korea University, Bulgaria 5-0 Syria





LG Cup 2004


Tarikh Kejohanan: Ogos 20-28, 2004


Venue: Thong Nhat Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam


Pos. Kumpulan APMSKJBPGMata
1.Vietnam22007166
2.India21013303
3.Myanmar200217-60
Pos. Kumpulan BPMSKJBPGMata
4.Korea University22007166
4.Ho Chi Minh City210134-13
4.Malaysia B200205-50
Ogos 20, 2004 (Jumaat): (A) Vietnam 5-0 Myanmar, (B) Korea University 3-0 Malaysia


Azuan Othman, Mohd Ghazali Zainul Rashid, Mohd Sani Mat Isa, Ronny Harun, Nik Zul Aziz Nawawi, Muhammad Sofizal Sokhimi (V. Thirumurugan), Wan Zaman Wan Mustafa, Tengku Alias Tengku Ibrahim, Mohd Firdaus Mokhtar (Zairo Anuar Zalani), Tengku Adam Tengku Rosly (Mohd Saufi Ibrahim), R. Surendren.


Assistan Coach: B. Sathianathan


Ogos 22, 2004 (Ahad): (A) India 2-1 Myanmar, (B) Ho Chi Minh City 2-0 Malaysia


Ogos 24, 2004 (Selasa): (A) Vietnam 2-1 India, (B) Ho Chi Minh City 1-4 Korea University


Ogos 26, 2010: (Khamis) (Separuh Akhir): Korea University 4-0 India, Vietnam 5-0 Ho Chi Minh City


Ogos 28, 2010 (Sabtu): (Akhir): Korea University 5-4 (aet 4-4)Vietnam
















Tiada ulasan: