Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Ahad, Oktober 31, 2010

Liga Malaysia 2010

Hukuman Sathianathan Ditangguh
Oktober 25, 2010 - Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini memaklumkan hukuman 6 bulan ke atas ketua jurulatih Kelantan B. Sathianathanitu ditangguhkan dengan serta-merta selepas Jawatankuasa Rayuan FAM menerima rayuan melalui faksimili yang dihantar Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA).

Dengan berita terbaru ini Sathianathan bakal mengemudi Kelantan bagi menghadapi Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Oktober 30, 2010 (Sabtu) ini.

B. Sathianathan Di Gantung Enam Bulan
Oktober 23, 2010 - Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung ketua jurulatih Kelantan B. Sathianathan selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, B. Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah, bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super 2010.

Jurulatih T-Team Juga Digantung Enam Bulan
Ketua Jurulatih T-Team Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor mengalami nasib yang sama seperti B. Sathianatahan apabila dia dikenakan hukuman digantung enam bulan serta denda RM2,000 berkuatkuasa sertamerta.

Che Ku Marzuki dihukum atas kesalahan memberi komen pada Julai 27, 2010 di NST mengenai artikel berhubung perkara yang sama seperti Sathinathan.


FAS dan KAFA Di denda RM115,000
Oktober 19, 2010 - Pengerusi khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Datuk Dr. Omar Othman pada Oktober 19, 2010 (Selasa) selepas mempengerusi mesyuarat berkaitan insiden pergaduhan penyokong Selangor dan Kelantan pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Oktober 7, 2010 (Selasa) menjatuhkan hukuman pada kedua-dua persatuan terbabit.

Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) didenda atas tiga kesalahan dengan sejumlah RM 67,500:
1.Melanggar peraturan Liga Malaysia didenda sebanyak RM 50,000,
2.Di kehendaki membayar kerosakan Stadium Shah Alam sebanyak RM7,500 dan
3.Denda sebagai tuan rumah atas kegagalan memenuhi ciri-ciri keselamatan stadium.sebanyak RM10,000.

Manakala Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) didenda atas dua kesalahan dengan sejumlah RM 57,500:

1.Melanggar peraturan Liga Malaysia didenda sebanyak RM 50,000 dan
2.Di kehendaki membayar kerosakan Stadium Shah Alam sebanyak RM7,500

Keputusan ini dibuat setelah meneliti laporan daripada kedua-dua pihak, laporan polis dan laporan perlawanan daripada jawatankuasa FAM.


Selangor dan Kelantan Berdepan Tindakan
Oktober 16, 2010 - Pergaduhan antara penyokong Selangor dan Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2010 di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, bakal ditentukan keputusannya pada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selasa ini.

Pengerusi jawatankuasa, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, bagi mengelakkan kemungkinan pertindihan kepentingan dalam mesyuarat itu, beliau dan Afandi Hamzah menyerahkan keputusan kepada Datuk Omar Osman selaku pengerusi sementara.

Hamidin yang juga Naib Presiden FAM, merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sementara Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu, Afandi masih menyandang jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

"Pegawai atau wakil kedua-dua persatuan dan pasukan berkenaan juga bakal dipanggil memberikan keterangan malah kami akan mendengar laporan polis berhubung insiden itu dan keterangan pihak pengurusan stadium mengenai nilai kerosakan akibatnya,"


Senarai Pemain Kuala Lumpur 2010

Senarai Pemain KL PLUS FC 2010

Senarai Pemain Perak 2010

Senarai Pemain Pulau Pinang 2010

Senarai Pemain Selangor 2010

ATM rekrut 12 pemain

Gary Phillips Ketua Jurulatih Baru Sabah

Senarai Pemain Sarawak 2010

Senarai Pemain Harimau Muda (B19) 2010

Senarai Pemain KBSS USM 2010


Perlawanan Persahabatan Pra Piala Malaysia
*Kesemua perlawanan bermula 10:00 malam. Tertakluk kepada perubahan
Ogos 13, 2010 (Jumaat): MP Muar 1-1 PDRM, Pos Malaysia 3-5 Negeri Sembilan

Ogos 16, 2010 (Isnin): KL Plus 4-2 Melaka

Ogos 17, 2010 (Selasa): Negeri Sembilan 2-2 RAMD Kem Terendak (STAR, Paroi), Pos Malaysia FC 2-1 Kedah, Kuala Lumpur 0-1 TTeam

Ogos 18, 2010 (Rabu): Perak 2-0 PCRC (Std Perak, Ipoh), PDRM 0-2 Johor

Ogos 19, 2010 (Khamis): Pahang 3-2 Kedah

Ogos 20, 2010 (Jumaat): Negeri Sembilan 3-3 Felda United FC (Paroi), Kuala Lumpur 2-0 MP Muar, Melaka 2-2 ATM,

Ogos 21, 2010 (Sabtu): Selangor 1-2 Perak (Padang SUK, Shah Alam), Piala Malaysia Kedah 4-2 Piala Emas Raja-Raja Kedah (Std Darul Aman)

Ogos 23, 2010 (Isnin): Johor 1-1 Pahang, PDRM 2-2 Kedah, Negeri Sembilan 1-2 ATM, Terengganu 1-2 TTeam

Ogos 24, 2010 (Selasa): Perlis 0-1 Perak (Std Utama Negeri, Kangar). PKNS 4-0 Johor FC, Selangor 6-1 Pos Malaysia (Pdg SUK, Shah Alam), Pahang 12-0 Pos Malaysia

Ogos 25, 2010 (Rabu): Kuala Lumpur 2-0 Plus FC

Ogos 26, 2010 (Khamis): KL Plus 1-6 Terengganu, Pahang 1-2 ATM

Ogos 27, 2010 (Jumaat): Negeri Sembilan 1-1 Johor FC (STAR, Paroi)

Ogos 28, 2010 (Sabtu): Perak 2-1 SDM Kepala Batas (Std TLDM, Lumut), PKNS 0-0 Kuala Lumpur

Ogos 29, 2010 (Ahad): Kelantan 5-1 UiTM (SSMIV,KB)

Ogos 30, 2010 (Isnin): Felda United 0-0 Perak (Pdg MP Subang Jaya)

Ogos 31, 2010 (Selasa): Kuala Lumpur 3-1 Selangor (Std Bola sepak KL, Cheras), Johor FC mln Felda United (Std Jcorp, Pasir Gudang)

Sept 03, 2010 (Jumaaf): TTeam 0-4 Kelantan (SSINS, KT)

Sept 04, 2010 (Sabtu): Selangor 1-1 Johor FC (Pdg SUK, Shah Alam), Negeri Sembilan 1-0 Kuala Lumpur (STAR, Paroi)

Sept 05, 2010 (Ahad): Kelantan 0-1 Felda United (SSMIV, KB)

Sept 07, 2010 (Selasa):Selangor mln Pahang (Pdg SUK, Shah Alam), Kuala Lumpur mln Johor FC (Std Bola sepak KL, Cheras), Perak mln KL Plus FC (Std Perak, Ipoh), Kedah mln Perlis (Std Darul Aman)


Bunyamin Rehat 5 Bulan
Ogos 4, 2010 - Pemain tengah Selangor dan Bawah-23 kebangsaan Mohd Bunyamin Umar dinasihatkan berehat lima bulan setelah menjalani pembedahan ligamen lutut kanan yang putus pada Julai 29, 2010. Bunyamin akan terlepas aksi Piala Malaysia buat Selangor serta Sukan Asia dan Piala AFF buat skuad kebangsaan.

Bunyamin mengalami kecederaan tersebut ketika menentang Pulau Pinang pada 17 Julai, 2010 di Stadium Shah Alam, yang menyaksikan Selangor menang 3-0.


Final Piala Malaysia 2010 Kembali Ke Stadium Bukit Jalil
Akibat pembatalan Malaysia v Cardiff City FC, FAM meminda tarikh tiga perlawanan Liga Super iaitu dari 13 Julai ke 10 Julai, 20 Julai ke 17 Julai dan 24 Julai ke 28 Julai.

Fnal Piala Malaysia pada 30 Oktober yang sebelum ini diputuskan di Stadium Shah Alam akan kembali berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang boleh digunakan pada masa itu.


Fakri Direhatkan Enam Minggu
Mei 25 2010 - Pemain kebangsaan dan penjaring gol utama Perlis Ahmad Fakri Saarani di laporkan terpaksa direhatkan selama enam minggu kerana kecederaan lutut.

Fakri mengalami kecederaan meniscus (lutut koyak) itu ketika perlawanan Liga Super bertemu jiran terdekatnya Kedah pada Selasa lepas (Mei 18) di Stadium Utama, Kangar.

Fakri dinasihatkan menjalani pemulihan antara empat ke enam minggu oleh doktor pakar setelah mendapat rawatan di Institut Sukan Negara (ISN), Kuala Lumpur.


K. Devan dan Tiga Pemain Selangor Di gantung
Mei 20 201- Jawatankuasa Disiplin FAM menjatuhkan hukuman keatas jurulatih K. Devan dan tiga pemain Selangor iaitu Hardi Jaafar, Safee Sali dan Razman Roslan.

Kesemua mereka digantung antara empat hingga enam perlawanan dan dikenakan denda berjumlah RM16,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Semua hukuman dijatuhkan atas kesalahan disiplin ketika saingan separuh akhir kedua Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada April 3 2010. Pada perlawanan itu Selangor tewas dengan peraturan di tempat lawan setelah terikat dengan agregat 2-2, dengan jaringan 2-1 di Shah Alam namun tewas 0-1 di Paroi.

Kekecohan yang berpunca daripada kegagalan pengadil perlawanan, Ibrahim Mohamad dan penjaga garisan Mohd Kamil Tumin memberikan sepakan penalti kepada Selangor biarpun jelas pemain pertahanan Negeri Sembilan, Shukor Adan sengaja menampan bola menggunakan tangan pada minit ke-59. Dengan penjaga garisan, Mohd. Kamil Tumin lebih menjadi tumpuan.

K. Devan dan Hardi Jaafar dihukum gantung enam perlawanan dan denda RM6,000 setiap seorang. Devan melakukan dua kesalahan iaitu keluar dari kawasannya untuk mengganggu penjaga garisan serta mengeluarkan kata kesat terhadap penjaga garisan dan komisioner perlawanan.

Pemain tengah Selangor Hardi Jaafar juga dua kesalahan iaitu menyerang dan menolak serta memukul belakang badan penjaga garisan itu.

Manakala penyerang utama Safee Sali satu kesalahan iaitu melakukan sentuhan dengan menolak Mohd Kamil. Dia digantung empat perlawanan dan denda RM2,000.

Pemain pertahanan Razman Roslan pula bersalah kerana menampar pipi pemain Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah. Dia digantung empat perlawanan dan dikenakan denda RM2,000.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FAM, Kamaruddin Abdullah berkata "Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu memandangkan ia merupakan hukuman minimum bagi setiap kesalahan. Ia berkuat kuasa serta-merta."

Ini bermakna kesemua mereka akan terlepas aksi bersama Selangor mulai Mei 22 2010 (Sabtu) ini ketika menetang KL Plus di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat digantung 10 perlawanan dan didenda RM6,500 kerana melakukan tiga kesalahan, termasuk meludah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, Subkhiddin Mohd. Salleh pada perlawanan Piala FA menentang Kedah, 3 April lalu.


Piala Malaysia 2010 di Shah Alam
Mei 19 2010 - Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010, akan diadakan di Stadium Shah Alam yang dijadualkan pada 30 Okt 2010.

Ini kerana Stadium Nasional di Bukit Jalil tidak dapat digunakan ketika itu kerana kerja-kerja pembaikan trek.

Pemilihan Stadium Shah Alam untuk pertandingan akhir Piala Malaysia adalah berdasarkan kapasiti penontonnya yang tinggi serta lokasinya yang juga terletak di kawasan Lembah Klang.

Stadium Shah Alam yang dibuka pada 1994 menjadi gelanggang tuan rumah untuk pasukan Liga Super, Selangor mempunyai kapasiti 80,000 penonton.

Stadium Shah Alam pernah menjadi gelanggang final Piala Malaysia pada 1994, 1995, 1996, 1997 dan 2000.


FAM Bincang Liga M 2011 Selepas Habis Musim
Mei 19 2010 - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan membincangkan perjalanan Liga M musim 2011 selepas semua pertandingan tempatan berakhir iaitu selepas Piala Malaysia 2010.

Naib Presidennya Datuk Che Mat Jusoh berkata masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai semua perkara kerana liga baru sahaja memasuki pusingan kedua.

"Sekarang Liga Super dan Liga Perdana kecuali Piala FAM baru sahaja memasuki pusingan kedua. Selepas tamat saingan Piala Malaysia kita akan bincang perjalanan Liga M 2011," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pertandingan tempatan FAM di Wisma FAM.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura untuk membenarkan pemain import kembali mewarnai Liga M selepas menyepi selama dua tahun.

Ini kerana selepas ketiadaan pemain import, pasukan tempatan bergelut dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) kebelakangan ini.


Reduan Abdullah Jurulatih Baru Pulau Pinang
Apr 28 2010 - Pasukan bawahan Liga Super Pulau Pinang mengesahkan bahawa jurulatih Mohamed Bakar telah di singkir. Ini bertujuan mengelakkan pasukan itu terjerumus ke zon penyingkiran.

Tempatnya telah diambil alih buat sementara oleh Naib Presiden Persatuan Bola sepak Pulau Pinang (FAP) Shukor Salleh sejak April 13.

Bekas pemain kebangsaan dan bekas jurulatih Felda United selama dua tahun 2007-2008 Reduan Abdullah pula akan memegang jawatan jurulatih dari Shukor Salleh mulai Mei 1 2010.

Dengan tingkap perpindahan akan di buka pada Mei 5, Pulau Pinang berharap dapat mengambil lima pemain berpengalaman bagi menguatkan pasukan itu.

Khalid Jamlus Ke T-Team
Apr 30 2010 - Bekas pemain kebangsaan Muhammad Khalid Jamlus akan menyertai T-Team apabila jendela perpindahan dibuka mulai Mei 5 nanti. Khalid Jamlus pernah bermain dengan pasukan Perak, Selangor, Kelantan sebelum berhijrah ke ATM. T-Team telah menghantar permohonan kepada FAM bagi menggunakan khidmat Khalid.


Kelantan Ditangga Kedua
Jan 13 2010 - Di Stadium Darulaman, Kedah gagal memanfaat peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain ketika menentang Perlis apabila dikejutkan jiran tetangganya itu 1-0 hasil jaringan tunggal Azrul Hamid pada minit ke-17.

Ia berpunca daripada gerak cantik di tengah padang untuk Amar Rohidan melakukan hantaran lintang yang ditanduk kemas Azrul ke sasaran.

Perlis bermain 10 orang selama 70 minit kemudian apabila Badrul Azam Zamri yang menerima dua kad kuning setelah mengasari sayap kanan Sang Kenari, Baddrol Bakhtiar dan menendang bola keluar sesuka hati.

Juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan pula hanya terselamat dengan jaringan penyamaan Norizam Salaman untuk mengikat Johor FC 1-1 dan mencuri satu mata dari Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Wan Rohaimi Wan Ismail meletakkan tuan rumah menghampiri tiga mata dan peluang menyaingi Selangor di teraju liga dengan gol minit ke-75 setelah menanduk sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Mohd Khairul Ismail.

Namun Norizam, bekas pemain Johor yang berhijrah ke Negeri Sembilan musim ini, menyumbat rembatan rendah pada minit ke-83 buat menyelamatkan Negeri Sembilan dari kekalahan kedua.

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan membenam Johor 3-0 sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Super dalam perlawanan yang dikuasai oleh tuanrumah.

Akmal Rizal Ahmad Rakhli membuka tirai jaringan menerusi rembatan daripada dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohd Amrul, pada minit ketiga, diikuti voli Mohd Badri Radzi dari luar kotak (47) .

Indra Putra Mahayuddin (49) memastikan kemenangan Kelantan apabila meluru untuk paling pantas memanfaat bola muntah tampanan Mohd Amrul dan disudahkan dengan tampanan ke sasaran.


Selangor 4-1 KL
Selangor mencatat kemenangan dalam perlawanan "derby" Lembah Kelang apabila kali ini membenam jiran tetangga Kuala Lumpur 4-1 di Stadium Shah Alam.

Liew Kit Kong gagal dalam minit pertama apabila bola melambung walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Kuala Lumpur Ramezey Che Ros.

Kuala Lumpur membuka jaringan melalui Yong Kuong Yong pada minit keenam yang tidak dikawal dan mudah menanduk masuk sepakan percuma Azwan Abd Malek dari sebelah kanan.

Selangor hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16 tetapi penjaga gol Kuala Lumpur, Remezey Che Ros cemerlang menafikan dua percubaan Safee Sali dan Amri Yahyah disusuli lambungan Hardi Jaafar yang terkena palang.

Selangor melancarkan serangan bertali arus dan gol penyamaan muncul pada minit ke-34 melalui tandukan Mohd Safee Sali hasil lambungan Safiq Rahim dari sebelah kiri untuk kedudukan 1-1.

Lima minit sebelum separuh masa pertama berakhir, sepakan percuma dari jarak 25 meter yang diambil kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin sekadar menggegar palang.

Dibabak kedua Farderin Kadir serta Liew Kit Kong di keluarkan dan di ganti nya R. Surendren dan Amirulhadi Zainal.

Minit ke-59 ketua pasukan Amri Yahyah yang bijak memperdayakan Remezey yang meluru dengan sepakan lambungnya setelah dia menerima hantaran belakang menarik daripada Safee Sali. Selangor 2-1 Kuala Lumpur.

Penyerang gantian, R. Surendren merembat masuk gol ketiga Selangor pada minit ke-78 setelah dia bijak melepasi kawalan pertahanan lawan.

Minit ke-88 Surendren sekali lagi membuktikan dirinya supersub terbaik apabila melakukan kawalan bola yang kemas memperdayakan Remezey sebelum merembat kencang ke gawang terbuka untuk gol keempat Selangor.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang memperolehi gol pantas melalui Mohd Failee Ghazli seawal minit kedua sebelum R Surendran menyamakan kedudukan Pahang seminit kemudian (minit ke-3).

Pahang kehilangan pertahanannya, Yosri Derma Raju yang menerima kad merah pada minit ke-54.

Jaringan Mohd Naim Naseer Khan pada minit ke-62 memastikan tuan rumah memungut mata penuh dengan kemenangan 2-1.

Di Stadium Perak, Ipoh, Terengganu menewaskan tuan rumah 3-1 hasil jaringan Mohd Ashaari Shamsuddin (m-15 dan m-76) serta Mohd Firdaus Faudzi (m49) manakala gol tunggal Perak dihasilkan Mohd Saufi Saadi pada minit ke-57.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team seri 0-0 dengan KL Plus dalam perlawanan yang hanya mempunyai sedikit percubaan.
Angka Menarik Pada Perlawanan Pertama

1

- Kedah menjadi pasukan pertama menerajui takhta Liga Super 2010.

2

- Jaringan terpantas dan pertama bagi Liga Super 2010 dihasilkan oleh Mohd Faili Ghazali dari Pulau Pinang pada minit ke-2.

3

- Gol hatrik oleh Azlan Ismail dari Kedah pada minit ke-71, 80 dan 86.

4

- Gol terbanyak dihasilkan dalm satu perlawanan apabila KL Plus mengalahkan Pulau Pinang 3-1.

6

- Kad kuning dilayangkan oleh pengadil ketika Negeri Sembilan melawan Selangor.

7

- Jumlah perlawanan pada hari pertama Liga Super 2010.

14

- Jumlah pasukan Liga Super 2010.

15

- Penjaring yang menghasilkan jaringan pada hari pertama Liga Super 2010

16

- Gol terhasil pada perlawanan pertama Liga Super 2010.

25,000

- Jumlah penonton yang menyaksikan perlawanan Negeri Sembilan dan Selangor
Negeri Sembilan lwn Selangor
Jan 9 2010 - Selangor mencipta dua jaringan pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan pada perlawanan Piala Sumbangsih. Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2010 yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah yang juga sebagai perlawanan Liga Super.

Negeri Sembilan memberi amaran awal apabila sepakan percuma Mohd Aidil Zafuan Radzak singgah di palang pada percubaan kedua selepas benteng menghalang sepakan pertamanya.

Pada minit ke-7 Safiq Rahim meledakkan rembatan dari sayap kanan di luar kotak penalti dengan bola melepasi pintu gol Negeri.

Negeri Sembilan membuka jaringan pada minit ke-27 hasil dari sepakan bebas Rezal Zambery Yahaya selepas Norizam Salaman dijatuhkan, Idris Karim berjaya menanduk bola ke gawang untuk menewaskan penjaga gol Selangor Hamsani Ahmad bagi memberi kelebihan 1-0.

Negeri Sembilan menguasai bahagian tengah pada babak pertama yang diketuai oleh Rezal Zambery Yahya.

Babak kedua diteruskan dengan aksi rancak kedua-dua pasukan dan seperti dijangkakan Selangor bermula garang dengan tandukan cantik ketua pasukan, Amri Yahyah menuju tiang kiri ketika Farizal tertewas.

Minit ke-46 S. Kunalan yang berdepan satu dengan satu dengan Hamsani menendang terus ke dakapan penjaga gol.

Selangor mula menguasai perlawanan apabila jurulatih K. Devan meletakkan Amri bergandingan dengan Safee di hadapan dengan Liew Kit Kong bertindak sebagai midfil penyerang.

Minit ke-70 Hardi Jaafar dan Farderin Kadir yang kurang berkesan di gantikan dengan R. Surendren dan Amirulhadi Zainal.

Minit ke-77 Safee Sali menolak hantaran rendah D. Surendran yang bijak meloloskan diri di sayap kiri bagi gol penyamaan.

Minit ke-83, Selangor melengkapkan kebangkitan mereka apabila gerakan cantik satu dua R. Surendran-Safee berakhir dengan Surendran menjadi wira apabila menolak masuk hantaran Safee untuk gol kemenangan dan tiga mata penuh.

Gergasi Merah merangkul kejuaraan kelapan Piala Sumbangsih sejak diperkenalkan pertama kali pada 1985.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik mereka dengan kehadiran pemain kebangsaan. Kapten Selangor Amri Yahyah yang di laporkan mengalami kecederaan juga disenarai bersama-sama Safiq Rahim, Nasriq Baharom dan Asraruddin Putra Omar

Kad kuning (6) :
Negeri Sembilan : S. Kunalan, Rezal Zambry Yahya dan Shukor Adan.
Selangor : Shafiq Rahim, Hardy Jaafar dan Safee Sali

Penonton : 25,000

Johor lwn Kedah
Azlan Ismail menjadi penjaring hatrik pertama pada minit ke-71, 80 dan 86 bagi Liga Super musim 2010 apabila membantu Kedah menduduki takhta liga dengan kemenangan 3-0 ke atas Johor. Selepas mengasak bertubi-tubi, gol pembukaan yang dicari Kedah hadir pada minit ke-32 menerusi sepakan percuma Azlan yang terkena pertahanan
tuan rumah menyebabkan Mohd Amrol Jaihan terpaku di gawang sendiri disusuli ledakan pada minit ke-81 dan 86.

Terengganu lwn Kelantan
Pasukan pilihan kejuaraan musim ini Kelantan gagal meraih mata penuh apabila diikat 0-0 oleh Terengganu, dengan penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee Ramli menjadi wira apabila menafikan cubaan Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin apabila berjaya menyelamatkan percubaan bahaya mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dihadapan 20,000 penonton yang memenuhi stadium.

Kuala Lumpur lwn T-Team
Pertemuan pendatang baru Liga Super Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu T-Team berakhir 1-1 di Stadium KLFA, Cheras dengan Raimi Md Nor menjaringkan gol akibat pergelutan di pintu gol pada minit ke-41.

Pada minit ke-70 Khairul Anuar Shafie mensia-siakan peluang apabila hanya berdepan dengan penjaga gol Syamsuri Mustafa tetapi bola meliar keluar apabila dia mencuba merembat di celah kaki penjaga gol.

Kuala Lumpur dihukum akibat kegagalan itu pada minit ke-72 apabila Haris Safwan Kamal menyamakan kedudukan buat T-Team dengan sepakan dari sudut yang menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur Remezey Che Ros berhampiran pintu golnya.

Azwan Malek mensia-sia peluang keemasan untuk menjadi wira Kuala Lumpur di minit 82 apabila cubaan dari jarak enam meter kena palang dengan Syamsuri telah tertewas.

Pahang lwn Perak
Pahang bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Perak 2-1 di Stadium Darulmakmur, Kuantan selepas Nazri Kamal meletakkan pelawat di hadapan dengan gol penalti di minit 22 selepas Mohd. Fadzirul Zakaria dijatuhkan oleh Mohd Khalis Ibrahim.

Pahang menyamakan kedudukan di minit ke-31 apabila Mohd. Sharizat Mohd. Salleh menyempurnakan sepakan percuma melencung memerangkap penjaga gol Perak Megat Amir Faisal Ibrahim yang belum bersedia sebelum Azammuddin Akil merebut peluang dalam keadaan kelam-kabut pertahanan Perak untuk menjaringkan gol kemenangan di minit ke-49.

Perlis lwn Johor FC
Johor FC, mengejutkan tuanrumah Perlis dengan kemenangan 1-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar hasil jaringan Riduwan Ma'on setelah menerima hantaran lintang Mohd Nurul Azwan yang terkena pemain pertahanan Perlis dari luar kotak penalti lalu merembat deras menewaskan penjaga gol Perlis, Mohd Farizal Marlias. di minit 61.

KL Plus lwn Pulau Pinang
Pemain Pulau Pinang menjaringkan gol terpantas untuk musim ini di minit ke-3 ketika menentang KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya melalui rembatan kencang Mohd Faili Ghazali menewaskan penjaga gol, Mohd Faizal Rashid

Separuh masa kedua, menyaksikan KL Plus yang turun tanpa kapten kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah bangkit dengan dua gol pantas awal sebaik permainan dimulakan melalui Fazli Shaari di minit ke-48 dan 57 melalui Mohd Lot Abu Hassan sebelum menambah derita Pulau Pinang sebaik tamat masa sebenar permainan melalui gol Azi Shahril Azmi.


Cadangan KBS Buat Skuad B-23

Januari 6 2010 - Akhbar Kosmo menemui tiga pemain yang pernah berlatih di luar negara.


FAM Diminta Tidak Lepaskan Skuad B-23 Kepada Negeri, Kelab
Januari 3 2010 - Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, masalah kewangan adalah perkara utama yang bakal membantutkan cadangan Menteri Belia dan Sukan ........


Melaka turunkan pemain B-23

Disember 30 2009 - Persatuan Bola sepak Melaka (MAFA) dilaporkan akan menurunkan pemain bawah 23 tahun bagi mengharungi Liga Perdana 2010.

Hanya Mohd Saufi Mansor pemain dari skuad 2009 yang dikekalkan. Melaka akan dikendalikan oleh jurulatih Rahim Abdullah dan pembantunya, Mahathir Taha.

Skuad ini juga bakal disenaraikan untuk Sukan Malaysia (Sukma XIII) yang berlangsung di Melaka.


Pahang dapat ihsan FAM
Disember 8 2009 (Kosmo) - REKOD 'cemerlang' Pahang yang tidak pernah turun ke liga bawahan berterusan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad Tok Gajah itu akan kembali bersaing dalam Liga Super 2010 yang bermula 9 Januari depan.

Pahang sebelum ini sepatutnya telah tersing- kir ke Liga Perdana 2010 setelah tewas 1-5 kepada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super 2009 pada 25 Julai lalu, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot.

Pada 15 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis FAM juga mengesahkan bahawa Pahang akan turun beraksi dalam Liga Perdana 2010 bersama-sama pasukan tercorot Liga Super 2009 iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun, Mesyuarat Majlis FAM semalam yang dipengerusikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM bertindak 'menyelamatkan' pasukan negeri itu pada saat akhir sambil 'mengorbankan' skuad B-21 kebangsaan, Harimau Muda A.

"Hari ini (semalam) mesyuarat Majlis FAM telah membuat sedikit perubahan untuk pasukan-pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana musim depan.

"Setelah dibincang secara panjang lebar, Harimau Muda A dicadangkan untuk tidak beraksi dalam Liga Super 2010 supaya pemain-pemainnya dilepaskan beraksi untuk pasukan negeri masing-masing.

"Bagi menggenapkan 14 pasukan, Pahang dinaikkan semula ke Liga Super. Liga Perdana pula, kami akan jemput satu pasukan dari Liga FAM untuk menggenapkan 12 pasukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh pada sidang media semalam.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pahang dipilih menggantikan Harimau Muda A kerana 'kedudukannya' yang paling atas dalam senarai asal pasukan-pasukan Liga Perdana 2010.

"Tiada soal pilih kasih. Keputusan ini telah dipersetujui oleh suara majoriti dalam mesyuarat Majlis FAM hari ini (semalam).

"Harimau Muda B iaitu skuad B-19 kebangsaan akan kekal dalam Liga Perdana manakala Harimau Muda A di bawah jurulatih Azraai Khor Abdullah hanya akan dikumpul apabila ada tugasan antarabangsa," jelas Khairy.

Kosmo! pada 27 Julai lalu telah melaporkan tentang kemungkinan Pahang akan diselamatkan lagi oleh FAM daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana.

Keputusan FAM semalam sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan mereka ketika menukar format Liga Malaysia 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.

FAM ketika itu mengubah format daripada lapan pasukan kepada 14 pasukan, sekali gus menyelamatkan Pahang yang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan pada Liga Super 2006.

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah dalam titah baginda ketika mesyuarat semalam memberitahu, Datuk Gulzar Mohammad telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden FAM secara sukarela berkuat kuasa 22 November lalu atas alasan kesihatan dan tumpuan kepada pernia- gaannya.

Selain itu, pada tarikh yang sama, FAM turut melantik Tan Sri Mohd. Noor Abdul Rahim sebagai Bendahari FAM yang baru mengganti- kan Datuk Cheong Keap Tai.
Nidzam Adha Jurulatih Perlis


Kuala Lumpur 'dinaik pangkat' ke Liga Super
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Tiada lagi pasukan yang tergantung penyertaannya ke Liga Malaysia musim 2010 gara-gara tunggakan gaji pemain manakala sebuah pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur mendapat 'kenaikan pangkat' apabila ditawarkan bermain dalam Liga Super.

Enam pasukan yang diberikan tarikh akhir untuk menjelaskannya Isnin lalu - Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Shahzan Muda boleh menarik nafas lega untuk menyertai Liga M selepas dinilai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan mereka telah menunaikan syarat asas lain penyertaan Liga M yang termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), potongan cukai pendapatan dan jaminan sumber kewangan.

"Bagi menggenapkan 14 pasukan dalam Liga Super 2010 selepas penarikan diri KM Naza dan UPB-MyTeam, kami menawarkan satu tempat kepada Kuala Lumpur berdasarkan pencapaian tempat keempat mereka dalam Liga Perdana musim 2009," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Jelasnya, skuad bimbingan Razip Ismail itu yang turut ditawarkan ke Liga Super atas faktor kecekapan pengurusan kewangannya, bagaimanapun perlu memenuhi syarat tambahan dan diberikan peluang menjawabnya sehingga mesyuarat Majlis, Isnin ini.

Bagi menjadikan 12 pasukan yang bermain dalam Liga Perdana 2010 pula menurut Che Mat, Staf Universiti Sains Malaysia (USM) dari Pulau Pinang ditawarkan kenaikan daripada Liga FAM sebagai menggantikan Proton yang turut menarik diri.

"Sebuah pasukan dari Perlis, Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang yang sepatutnya layak bermain pada Liga Perdana 2010, pula memilih untuk kekal dalam Liga FAM," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa hampir tiga jam itu.

Katanya, kedua-dua skuad belia negara, Harimau Muda A dan B akan setaraf semua pasukan lain dalam Liga Super dan Liga Perdana sekali gus melayakkan mereka mengaut hadiah wang tunai yang ditawarkan jika bergelar juara selain menyertai Piala Malaysia yang berdasarkan merit bagi musim depan.

"Piala Malaysia musim 2010 hanya akan disertai 12 pasukan terbaik Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana pada musim yang sama. Ia bukan lagi mengambil kesemua negeri, Angkatan Tentera dan Polis secara automatik dan pertandingannya bermula dari 14 September hingga 20 November tahun depan," katanya.

Jelasnya, Liga Super akan membuka tirainya pada 9 Januari 2010 dengan didahului perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah yang menemukan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dengan juara Piala FA 2009, Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

"Liga Super akan berakhir pada 24 Julai sementara Liga Perdana ditetapkan dari 11 Januari hingga 23 Julai; Piala FA dari 2 Februari hingga 10 April dan Liga FAM bermula 7 Mac. Liga juga akan dihentikan seketika sepanjang Piala Dunia di Afrika Selatan (11 Jun hingga 11 Julai) dan Sukan Malaysia Ke-13 di Melaka.

"Liga turut akan berehat sepanjang bulan Ramadan tahun depan selain FAM akan menganjurkan sebuah kejohanan antarabangsa, Pestabola Merdeka dari 2 hingga 16 Oktober," kata Che Mat yang juga Naib Presiden FAM.


The Professor Kembali Bimbing Jengking

Terengganu umum senarai pemain 2010

Senarai Pemain Kelantan 2010.


Senarai ini pasti bertambah panjang apabila pemain pasukan seperti UPB/MyTeam FC, Kuala Muda Naza FC dan Proton FC yang telah menarik diri dari Liga Malaysia 2010 menghadiri sesi uji bakat dengan setiap pasukan.

PemainPasukan Baru (New Team)Pasukan Lama (Previous Team)
Nasril NourdinATMSelangor
Khalid JamlusATMKelantan
Nafuzi Zain ATMKelantan
Ahmad Tarmizi Saiban ATMPKNS FC
Fahrul Nizwan Abdul NasirATMPKNS FC
Mohd Aslam NajumudeenATMUPB-MyTeam FC
V. Saravanan ATMUPB-MyTeam FC
Mohd Syahman ZainuddinATMKuala Muda Naza FC
Chan Wing HongATMPerlis
Danial Fadzly AbdullahATMPerlis
Mohd Alafi MahmudATMPerlis
Azmi Muslim KedahUPB My Team
Muhamad Zambri ChinKedahUPB My Team
Azlan IsmailKedahTerengganu
Shahril Faizal KedahShahzan Muda
Hairuddin OmarKelantanT-Team
Nurshahrul Idlan TalahaKelantanUPB-MyTeam FC
Syed Adney Syed HusseinKelantanUPB-MyTeam FC
Shakir ShaariKelantanUPB-MyTeam FC
S. SubramaniamKelantanPerak
S. ChanturuKelantanPulau Pinang
Azizi Mat Rose KelantanKuala Muda Naza
Akmal Rizal Rakhli KelantanKuala Muda Naza
Fahruzzahar AliKuala LumpurJohor FC
Farid RamliKuala LumpurJohor FC
See Kok LuenKuala LumpurJohor FC
Remezey Che RosKuala LumpurPahang
Jeremy DankerKuala LumpurUPB-MyTeam
Raimi Mohd. Nor Kuala LumpurKL Plus FC
Nizaruddin YusofKL Plus FCPerlis
Azi Shahril AzmiKL Plus FCPerlis
Es Lizuan Zahid AmirKL Plus FCPerlis
Faizal RashidKL Plus FCUPB-MyTeam
Azrul AzmiKL Plus FCUPB-MyTeam
Fazrul Hazli KadriKL Plus FCUPB-MyTeam
Nazrin NawiKL Plus FCUPB-MyTeam
Sanjos SundawatKL Plus FCSelangor
Badrul Hisani Abd. RahmanKL Plus FCPahang
Hafidz Romli KL Plus FCKM Naza FC
Ibnu KassimKL Plus FC
Mohd Nizaruddin YusoffKL PlusPerlis
Azi Shahril AzmiKL PlusPerlis
K. Nantha Kumar PerakSelangor
Khairul Izwan MohamedPerakPerlis
Shafuan Adli ShaariPerakT-Team
Wan Azwari Wan NohPerakPahang
Mohd Arif IsmailPerakNegeri Sembilan
Mohd Fauzzi Mohd Kassim PerakMelaka
Mohd Azrul AhmadPerlisKedah
Mohd Yusri AbasPerlisKuala Muda Naza FC
Mohd Hazrul MustafaPerlisPerak
Shariman Che OmarPerlisPulau Pinang
Saiful Amar SudarPKNSKuala Lumpur
Khairi ZainuddinPKNSKuala Lumpur
Bobby GonzalesSabahKL Plus FC
Razlan Otto SabahPahang
Md Reithuddin Ag Embran SabahMelaka
Azrein AffendySelangorJohor
Safiq RahimSelangorKL Plus FC
Mohd Iqbal SuhaimiSelangorKL Pus FC
Bunyamin UmarSelangorUPB-MyTeam FC
Liew Kit KongSelangorKuala Muda Naza FC
Farderin KadirSelangorKuala Muda Naza FC
Joseph Kallang TieTerengganuSarawak
Ronny HarunTerengganuSarawak
K.RajanTerengganuKuala Muda Naza FC
Helmi RemeliTerengganuKuala Muda Naza FC
Mohd Firdaus Mohd FauziTerengganuPerlis
Tengku Hasbullah Tengku HassanTerengganuKL Plus FC
Abdul Hadi YahyahT-TeamKuala Lumpur


Pulau Pinang Tukar Venue

Disember 31 2009 - Pulau Pinang akan menggunakan Stadium Negeri Baru Kawan sebagai gelanggang sendiri bagi musim 2010. Pertukaran gelanggang dari Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dilakukan atas alasan sewa yang tinggi di Stadium Bandaraya

FAP sasar lima terbaik

PULAU PINANG - Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya di kedudukan lima pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengurus : Shukor Salleh
Ketua Jurulatih : Mohamad Bakar

Pemain lama yang dikekalkan adalah Md. Suhaidi Akmal Md. Noor selaku ketua pasukan, Mohammad Idzwan Salim, Mohd. Failee Mohamad Ghazli, Muhammad Rafiuddin Roddin dan Mohd. Faizal Mohd. Yusof.

Pemain baru : Chun Keng Hong, Wan Hossen Wan Abd. Ghani, R. Paremeswaren dan Khairul Azri Jamal Abd. Haziq.

SKUAD PULAU PINANG 2010

Skuad 2009 yang dikekalkan:
Amir Omar Khata (GK), Khairul Iskandar Ismail, Md Suhaidi Akmal, Mohd Idzwan Salim, Muhd Wazir Che Ani, V Jaganathan, Mohd Failee Ghazali,S Thinagaran, K Kuyilan, A Muniandy, S Veenod, Shaiful Azizi Anuar (GK)

Pemain baru:
Chun Keng Hong (Perak), Muhd Naim Naseer Khan (P.Presiden PP), Wan Hossen Abd Ghani (P.Presiden Perak), R Paremeswaren (P.Presiden PP), Khairzul Azri Jamal (P.Presiden KM Naza), Mohd Haslan Abu Hassan (Pemain Tempatan), Zainudin Abidin (Pemain Tempatan), S Kugen (GK) (Pemain Tempatan)

Pemain keluar:
Mohd Faizal (GK) (Johor), Amirul Omar (KB USM), M Prakash (KB USM), Noraslan Makhtar (KB USM), S Chanturu (Kelantan), Rafiuddin Roddin (Harimau Muda), Farkhis Fisol (Tiada pasukan), K Mugilan (Tiada pasukan), Muaz Badiozzaman (Tiada pasukan)



Kedah Ambil 4 Pemain
Dis 4 2009 - Empat pemain baru telah menandatangani kontrak bersama Kedah iaitu Azmi Muslim dan Muhamad Zambri Chin kedua-duanya dari UPB My Team, Azlan Ismail (Terengganu) dan Shahril Faizal (Shahzan Muda).

Ketua Jurulatih : Ahmad Yusof

Skuad Kenari mensasar menang semula tiga piala iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Perlis, Selangor serta Kuala Lumpur dan dalam perancangan untuk ke Indonesia bagi tujuan yang sama,

Ahmad Yusof Jurulatih Kedah
Bekas jurulatih Pahang Ahmad Yusof dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan Kedah bagi musim 2010 berkuatkuasa November 2 2009. Dia menggantikan Mohd Azraai Khor yang meletak jawatan selepas Kedah tersingkir pada pusingan kumpulan Piala Malaysia tahun ini.

Ahmad yang menjadi pembantu jurulatih kepada Yunus Alif membimbing Proton FC tahun ini, mempunyai tugas berat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Azraai membawa Kedah kekal sebagai pasukan elit.

Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri akan meneruskan tugas sebagai pembantu jurulatih dan Datuk Khazali Din sebagai Pengurus pasukan.


Melaka turunkan pemain B-23

Disember 30 2009 - Persatuan Bola sepak Melaka (MAFA) dilaporkan akan menurunkan pemain bawah 23 tahun bagi mengharungi Liga Perdana 2010.

Hanya Mohd Saufi Mansor pemain dari skuad 2009 yang dikekalkan. Melaka akan dikendalikan oleh jurulatih Rahim Abdullah dan pembantunya, Mahathir Taha.

Skuad ini juga bakal disenaraikan untuk Sukan Malaysia (Sukma XIII) yang berlangsung di Melaka.4.Bekas Pemain KM Naza tuntut pampasan

Disember 10 2009 - Kosmo! melaporkan terdapat kira-kira tujuh bekas pemain dan pegawai kelab KM Naza menuntut janji yang telah dipersetujui dalam kontrak mereka sebelum ini.

Seorang bekas pegawai KM Naza yang enggan namanya didedahkan memberitahu, kira-kira tujuh bekas pemain dan pegawai kelab itu masih mempunyai baki kontrak selama satu hingga tiga tahun. dengan pembayaran terakhir pada bulan November lalu.


KUALA LUMPUR

SKUAD Liga Super Kuala Lumpur akan diperkuatkan oleh enam muka baru bagi menghadapi saingan musim 2010.


Pahang dapat ihsan FAM



Gary Phillips Ketua Jurulatih Baru Sabah
Disemmber 14 2009 - Gary Phillips jurulatih berasal dari Australia dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad Sabah bagi musim 2010. Gary sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Pembangunan Jurulatih Persekutuan Bolasepak Asia (AFC).

Senarai Pemain Sabah Hampir Lengkap
Disember 8 2009 - Sabah hampir melengkapkan senarai 25 pemain Liga Premier 2010.



Nidzam Adha Jurulatih Perlis

Dis 8 2009 - Bekas ketua jurulatih kelab Kuala Muda Naza, Mohd Nidzam Adha Yusoff, dilantik sebagai jurulatih baru Perlis menggantikan Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

Perlis persiap barisan baru
Nov 20 2009 - Sekurang-kurangnya enam pemain baru diperlukan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan itu dengan dua daripadanya sudah memberikan persetujuan dan empat lagi di peringkat perbincangan.


Senarai Skuad Selangor 2010
Disember 1 2009 - Selangor mengambil enam pemain baru dan menggugurkan tujuh pemain.

Lima Pemain ke Selangor
November 23 2009 - Lima pemain ke Selangor iaitu bagi menggantikan pemain yang digugurkan.

Selangor gugur lima pemain
November 19 2009 - Selangor akan mengugurkan lima pemain bagi menghadapi saingan Liga-M musim depan.

Selangor Wakil Tunggal Malaysia Ke Piala AFC 2010
Nov 19 2009 - Hanya pasukan Selangor yang akan mewakili Malaysia untuk bersaing pada kejohanan Piala AFC 2010 berbanding dua pasukan sebelum ini.10.USM FC
Disember 31 2009 - Pasukan Kelab Bola Sepak Staf USM (KBSSUSM) akan menggunakan nama USM FC bagi menampakkan penglibatan keseluruhan warga USM.

Dis 24 2009 - Ketua Jurulatih : S. Veloo (bekas jurulatih Pulau Pinang)
Penolong Jurulatih : Rosli Ali dan K. Ramajayam.

Antara pemain yang akan mewakili KBSSUSM termasuk beberapa bekas pemain Liga Super Pulau Pinang seperti penyerang, Nor Affendi Md. Yatim dan Amirul Omar, bekas ketua pasukan, M. Prakash dan penjaring terbanyak Liga FAM untuk USM, Mohamad Baser Mahamad Napae.

Gelaran: Jungle Tigers
Venue: Stadium USM



KL PLUS FC Umum Pemain.
Dis 4 2009 - Plus FC mengumumkan senarai 22 pemain untuk musim 2010 dengan 11 daripadanya adalah pemain baru.


Senarai Pemain Perak
Dis 4 2009 - Perak mendapat khidmat enam pemain baru untuk musim 2010. Mereka menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pada Disember 4 2009 (Jumaat).

Kutipan Derma Bantu Pafa
Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah melancarkan kutipan dana RM1 bagi membantu PAFA menyelesaikan kemelut kewangan persatuan itu



Kuala Lumpur ke Liga Super
Dis 3 2009 - Kuala Lumpur diberi peluang beraksi di Liga Super musim 2010. Manakala enam pasukan bermasalah juga layak bertanding.

KSK Tambun Tulang Tarik Diri

Dis 1 - Naib juara Piala FAM, Kelab Sukan Komuniti (KSK) Tambun Tulang, menarik diri daripada saingan bola sepak Liga Perdana musim 2010 berikutan kesempitan sumber kewangan yang dihadapi oleh kelab tersebut selepas gagal mendapat bantuan daripada kerajaan negeri Perlis dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


RUK Dapat Surat Tunjuk Sebab

Dis 1 2009 - Razali Umar Kandasamy diberi surat tunjuk sebab atas ketidakhadiran dari latihan pusat skuad Bawah-23 kebangsaan ke Sukan Sea.

Razali dan pemain lain diberikan cuti sehari untuk menyambut Hari Raya Aidiladha selepas perlawanan persahabatan melawan Maldives di Stadium UiTM November 26 (Khamis) lalu.

Penyerang Perak itu sepatutnya melaporkan diri kembali ke kem latihan pada malam Jumaat itu (November 27 2009) tetapi tidak muncul diatas alasan gagal mendapat kemudahan pengangkutan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Razali sebelum dirujuk ke jawatankuasa displin.

Jurulatih kebangsaan bawah-23 tahun K.Rajagobal berura-ura memasukkan Razali dalam rancangannya ke Sukan Sea tetapi menggugurkan Razali atas alasan ini.


Liga Malaysia Tiada Penonton
Hanya 63,415 penonton menyaksikan 182 perlawanan Liga Premier 2009 berbanding 233,323 musim sebelumnya. Ini bererti hanya purata 348 peminat satu perlawanan!

Kehadiran penonton di Liga Super juga tidak bertambah baik, dengan kejatuhan 20% penonton yang hadir. Sejumlah 614,000 peminat menyaksikan 182 perlawanan berbanding dengan 750,000 musim sebelumya. Ini bermakna purata satu perlawanan adalah 3,377 penonton sahaja.

Kelantan menyumbangkan 150,000 penonton dengan purata satu perlawanan antara 8,000 ke 10,000 peminat.


Tiga Pasukan Tarik Diri
UB/MyTeam, Kuala Muda Naza FC dan Proton FC sah menarik diri dari Liga Malaysia 2010.

Manakala enam pasukan Pahang, Pulau Pinang, Perak, Melaka Shazan Muda dan Kelantan di beri amaran segera menyelesaikan segala hutang tertunggak sebelum November 30 2009 ini sebelum dibenarkan menyertai Liga Malaysia 2010.


Punca Kuala Muda Naza Menarik Diri
Nov 25 2009 - Mengikut akhbar The Star Kuala Muda Naza menarik diri dari Liga Malaysia 2010 berpunca dari kurangnya sokongan para penonton.

Hanya antara 100-200 penonton menyaksikan perlawanan ditempat sendiri di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Penonton bertambah apabila bertemu pasukan utama seperti Selangor. Itupun hanya mampu menarik antara 500-600 peminat.


Pengadil Pun Tak Dibayar

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima maklumat daripada beberapa pengadil berhubung pembayaran pengadilan perlawanan Liga Malaysia tidak dibayar.

Amat mengejutkan apabila mendapati tunggakan bayaran bagi mengendalikan perlawanan musim lalu kini melebihi RM20,000 dan membabitkan lima pasukan negeri termasuk kelab dengan seramai 40 pengadil.

Perkara ini dedahkan oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang menjadi pengerusi jawatankuasa berkenaan. Siasatan awal mendapati masalah ini berlaku disebabkan kedua-dua pihak itu (persatuan negeri dan kelab) berdepan masalah kewangan.

Difahamkan, terdapat beberapa pasukan atau kelab yang sudah menarik diri turut terbabit dengan isu ini malah lebih membimbangkan apabila ada antara mereka masih bersaing dalam liga seolah-olah tidak peduli dengan mengenai masalah ini.

Anggaran kasar bayaran dikenakan ke atas pengadil bagi setiap perlawanan ialah RM500 seorang. Jadi, setiap perlawanan itu membabitkan lima pengadil dan jumlah bayaran bagi satu-satu perlawanan ialah RM2,500.

Inilah senario sebenar bolasepak Malaysia segala masalah kepada pemain seperti gaji, bonus tertunggak, KWSP, SOCSO, LHDN/Cukai, bayaran sewa stadium seolah-olah sengaja lepas tangan atas alasan tidak cukup peruntukan.

Tetapi apabila pasukan itu menjuarai Piala Malaysia segala-galanya berubah, berebut-rebut menabur wang ringgit. Dimana salahnya bolasepak Malaysia?


Negeri Sembilan, Perlis dan Johor juga Berhutang!
Nov 24 2009 (The Star) - Juara Piala Malaysia Negeri Sembilan belum membayar hutang tertunggak lebih dari RM200,000 kepada pemain dari Slovakia Marian Juhas manakala pasukan yang baru dinaikkan Johor tidak membayar gaji dan bonus kepada pemain mereka lebih dari tiga bulan.


FAM belum terima bukti
(November 17 2009 - myMetro)

SEKADAR bercakap saja tetapi hingga kini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai dakwaan beberapa persatuan bola sepak (FA) negeri yang mendakwa segala hutang-hutang mereka sudah diselesaikan.

“Kami akan tetap membawa cadangan menghalang beberapa pasukan daripada beraksi di dalam Liga-M musim depan selepas gagal mematuhi syarat pendaftaran yang dikenakan. Memang mereka ada mengatakan bahawa mereka sudah menyelesaikan hutang berkenaan tetapi kami tidak menerima apa-apa.

“Tiada surat atau dokumen daripada mereka yang mengesahkan bahawa semua hutang terbabit sudah diselesaikan. Setakat ini, mereka hanya bercakap saja. Jika mengikut kepada kedudukan semasa, cadangan untuk menghalang mereka beraksi musim depan akan tetap dibawa ke mesyuarat exco,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Mesyuarat Exco FAM berlangsung Ahad ini dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa naib juara Piala Malaysia, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Shahzan Muda dan Melaka tidak akan dibenarkan beraksi musim depan.

Semuanya gara-gara enam pasukan terbabit masih lagi mempunyai hutang tertunggak termasuk caruman KWSP pemain serta pegawai dan FAM memberi tempoh hingga hujung bulan ini kepada semua mereka untuk menyelesaikan masalah masing-masing.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, beberapa FA negeri tampil memberi jaminan termasuk mendakwa semua perkara berkenaan sudah diselesaikan tetapi Azzuddin ketika dihubungi pula mendakwa pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

“Saya ada mendengar beberapa presiden FA negeri bercakap mengenai hutang berkenaan dan ada yang mendakwa semuanya sudah dijelaskan tetapi bagi kami, apa yang bakal dicadangkan (menghalang mereka daripada beraksi musim depan) akan terus kekal.

“Begitupun, semua keputusan akan dibuat dalam mesyuarat berkenaan dan kami hanya membuat cadangan mengikut peraturan sedia ada,” katanya.

Beliau juga mendakwa ada bertanya kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah berhubung kedudukan Pahang di dalam perkara itu dan dimaklumkan bahawa semuanya terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

“Tuanku kata, kalau mereka (PBNP) tidak selesaikan semua masalah berkenaan, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Itulah yang beliau katakan sebelum berlepas ke London, baru-baru ini,” kata Azzuddin.

PBNP diterajui oleh anakanda Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman.


The Professor Kembali Bimbing Jengking
Nov 29 2009 - Nasir Yusof kembali menjadi jurulatih skuad Johor selepas diarahkan bercuti oleh Perstuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ).

Johor Tidak Terurus
Nov 16 2009-Johor FA berada dalam keadaan tidak terurus hanya selepas beberapa minggu layak bermain di Liga Super 2010.


ATM rekrut 12 pemain
Nov 27 2009 - ATM telah merekrut 12 pemain baru bagi memperkuatkan dan memberi cabaran kejuaraan Liga Premier 2010.
Terengganu umum senarai pemain 2010
Nov 24 2009 - Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memperkenalkan enam muka baru dalam senarai pasukan 2010 termasuk dua dari Sarawak.


Perlawanan Persahabatan
Nov 14 2009 (Sabtu)PSMS Medan
Affan Lubis (m-42')
1-0Pulau PinangStadion Mini USU Medan



Senarai pemain Kelantan 2010
Hairuddin Pula Ke Kelantan
Disember 10 2009 - Penyerang T-Team Terengganu, Hairuddin Omar kini sah menjadi milik Kelantan selepas menandatangani kontrak setahun bersama pasukan itu.

Hairuddin yang sebelum ini menjadi pemain buruan pasukan Negeri Sembilan akhirnya membuat keputusan menyarung jersi The Red Warriors selepas turut menolak tawaran pasukan yang disertainya musim lalu, T-Team.

Nov 21 2009 - Senarai 25 pemain Kelantan 2010.


Nov 16 2009-Kuala Muda Naza dilaporkan berura-ura menarik diri dari Liga Super musim depan (2010) menurut akhbar The Star.

Pasukan kelab itu yang berpengkalan di Gurun, Kedah dijangka menamatkan penyertaan mereka selepas empat musim menyertai pertandingan domestik.

Kuala Muda tahun ini dibawah bimbingan bekas pemain kebangsaan Mohd Nidzam Adzha dan mereka berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Pasukan itu mempunyai beberapa pemain berpengalaman termasuk Akmal Rizal Rakhli, B. Rajanikandh, Azizon Kadir, K. Rajan, Liew Kit Kong dan Fardein Kadir.

Kuala Muda Naza akan menjadi pasukan kedua menarik diri dari Liga Super selepas UPB-MyTeam.



Sesi pemilihan Sarawak
Nov 19 2009-Sarawak mengadakan sesi pemilihan pemain untuk skuad Liga Premier musim 2010.


Negeri Sembilan Jersi Kuning
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) memutuskan jersi utama Skuad Rusa berwarna kuning mulai musim depan seperti pada pertandingan akhir untuk tuan rumah dan jersi merah ketika bermain di luar Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan akan mengadakan perlawanan persahabatan di Bandung, Indonesia, bagi membuat persiapan pasukan menjelang perlawanan musim 2010.


Hairuddin kekal di T-Team
Nov 12 2009 -Hairuddin Omar mengesahkan untuk kekal bersama skuad T-Team Terengganu bagi menghadapi Liga Super 2010.

Hairuddin dipinjam kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dalam kempen Piala Malaysia dan pemain itu akan kembali semula bersama T-Team mengikut perjanjian yang dibuat dengan pemain berkenaan.


Nizaruddin Yusop ke KL Plus
Nov 10 - Pemenang Kasut Emas Liga Super 2009 Mohd Nizaruddin Yusop akan bermain dengan KL Plus FC bagi musim 2010 setelah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pasukan itu.

Nizaruddin telah bermain dengan pasukan Perlis selama dua tahun dan dia memberi alasan untuk berada berhampiran dengan keluarga.


Enam pasukan tidak layak sertai Liga Malaysia 2010
November 2 - Mesyuarat JKPT Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM mendapati enam pasukan tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia 2010 setelah gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Liga Super:
Kelantan
Perak
Pulau Pinang

Liga Premier:
Pahang
Melaka
Shahzan Muda

Tarik Diri:
UPB-MyTeam
Proton FC

Keenam-enam pasukan itu telah gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh FAM seperti melunaskan gaji pemain-pemain yang tertunggak dan hutang tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga tarikh akhir iaitu Sabtu lepas.

Bagaimanapun keputusan muktamad mengenai nasib enam pasukan itu bergantung sepenuhnya kepada mesyuarat Majlis FAM yang akan dipengerusikan oleh presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan di dalam masa terdekat ini.

Jika keputusan JKPT ini kekal dan diluluskan, Liga Super akan mempunyai 11 pasukan sahaja pada musim depan berbanding 14 pasukan musim ini, manakala 10 pasukan bagi Liga Perdana berbanding 14 pasukan. FAM akan mengundang satu pasukan daripada Liga Perdana untuk menjadikannya 12 pasukan.

Dua pasukan berstatus kelab iaitu UPB-MyTEAM yang beraksi di dalam Liga Super dan Proton FC di dalam Liga Perdana sah menarik diri. Keputusan sama ada dua kelab itu perlu atau tidak dikenakan hukuman berbentuk denda atau penggantungan akan dibincang dan diputuskan di dalam masa terdekat ini.

Senarai pasukan yang layak untuk Liga Super 2010: Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, KL Plus, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, KM Naza, Johor, T-Team.

Senarai pasukan yang layak untuk
Liga Perdana 2010: PDRM, Kuala Lumpur, ATM, PKNS Selangor, Sabah, KL Felda United, KL Pos, Perlis KSK Tambun Tulang, Harimau Muda B, Sarawak.


Format Liga Malaysia 2010
Ogos 16 2009 - Untuk Liga Super dan Liga Premier bagi musim 2010, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan membuat sebarang perubahan besar.

Pasukan Liga Super dikehendaki membayar deposit sebanyak RM150,000, Liga Premier sebanyak RM100,000 dan Liga FAM sebanyak RM30,000.

Setiap pasukan mesti menunjukkan kemampuan kewangan yang mantap untuk turut serta dengan pasukan Liga Super adalah RM2.5 juta, Liga Premier RM1.5 juta, Liga FAM RM500,000 dan Piala Presiden antara RM300,000 dan RM500,000.

Dengan pengekalan format itu Pahang dan PDRM akan diturunkan ke Liga Premier manakala T-Team dan Johor dinaikkan ke Liga Super.

Semua pasukan perlu mematuhi semua syarat berkenaan sebelum tarikh akhir pendaftaran untuk musim 2010 pada 14 Oktober ini.

FAM juga bercadang menjemput pasukan pelapis lain dibawah FAM seperti Harimau Muda (skuad kebangsaan bawah-20) yang bermain di Liga Premier untuk bermain di Liga Super sebagai tujuan pembangunan.

LIGA SUPER (15 pasukan)
Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, Kelantan, KL Plus FC, Kuala Muda Naza, Negeri Sembilan, Perak, UPB-MyTeam FC, Pulau Pinang,T-Team Terengganu dan Johor.

Dinaikkan: T-Team Terengganu, Johor dan Harimau Muda (Bawah 21 tahun).
Diturunkkan: Pahang dan PDRM

LIGA PREMIER (15 pasukan)
Pahang, PDRM, Kuala Lumpur, Felda United, Sabah, Sarawak, Melaka, ATM, Shahzan Muda, Proton FC, PKNS FC, Harimau Muda, KL Pos Malaysia dan Tambun Tulang Perlis.

Dinaikkan: KL Pos Malaysia, Tambun Tulang Perlis dan Skuad Bawah 20 tahun.
Diturunkkan: Sinar Dimaja Mai Sara(SDM) Kepala Batas dan Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB)

Bagi format Piala Malaysia pula hanya 16 pasukan layak. Duabelas (12) pasukan teratas Liga Super dan empat (4) pasukan teratas Liga Premier.

Tiada ulasan: