Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Rabu, November 25, 2009

Angka Pusingan Kelayakan


Angka Pusingan Kelayakan

19.3

juta peminat, satu angka rekod, menghadiri kempen kelayakan Piala Dunia yang terbesar sepanjang masa, manakala purata penonton adalah 23,000 juga meletakan tanda aras yang tinggi. Mendahului adalah Mexico dimana perlawanan ditempat sendiri hampir 735,000 peminat, atau hampir 82,000 satu perlawanan. Kempen cemerlang England, pula ditonton secara langsung oleh 80,000 penonton satu perlawanan.

5602

pemain keseluruhan ikut serta . Manakala Belanda mampu dengan hanya 25, Argentina menggunakan jumlah sekali ganda dari itu. Namun lebih ramai pemain digunakan oleh pasukan Bolivia, Colombia dan Peru (56). Juga terbabit seramai 360 pengadil dan 650 pembantu.

2344

gol dijaringkan pada keseluruhannya, namun pada dasarnya kurang dari kempen dua kejohanan sebelumnya. Jumlah purata gol adalah 2.75, paling rendah dalam 20 tahun. Jumlah gol paling sedikit pada Piala Dunia adalah 1990 di Itali (2.21 satu perlawanan).

853

adalah jumlah rekod perlawanan yang diperlukan untuk memilih 31 pasukan akhir - lebih enam dari yang diperlukan empat tahun lalu. Terdapat satu perlawanan tambahan yang tidak dijangka pada penghujungnya selepas terikat antara Mesir dan Algeria bermakna perlawanan penentuan terpaksa diadakan. Hampir sepertiga perlawanan berlangsung di Eropah (268 atau 31 peratus), dengan Afrika (202) dan Asia (145) tidak jauh ketinggalan.

348

gol dijaringkan oleh pemain jersi bernombor 9. Hampir bersamaan dengan jaringan jersi bernombor 10 (334), manakala 257 pula dijaringkan oleh pemain nombor 11.

275

jurulatih dari 135 negara membimbing 200 pasukan melalui perlumbaan kelayakan. Perancis membekalkan jumlah tertinggi dengan 14, manakala terdapat 12 dari Belanda, 10 dari Brazil dan Jerman.

200

pasukan mengambil bahagian dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2010, juga satu rekod baru dan bertambah dari 194 terbaik sebelumnya. Termasuk dalam jumlah itu adalah Tuvalu, bukan ahli rasmi FIFA , yang mengambil bahagian pada Sukan Pasifik Selatan dan tuanrumah Afrika Selatan, yang bertanding dalam percubaan menempah tempah ke Piala Negara-Negara Afrika CAF.

164

perlawanan kelayakan, atau 19 peratus, berakhir dengan jaringan 1-0. Keputusan ini, digabungkan dengan yang kedua dan ketiga jaringan yang lazim - 2-0 dan 2-1 - merangkumi hampir 50 peratus dari perlawanan. 73 perlawanan, atau 9 peratus berakhir tanpa jaringan.

43

tahun dan 1 bulan adalah umur adalah pemain tertua kelayakan 2010 Afrika Selatan, pemain Monserrat Kenny Dyer, juga sebaya, manakala yang termuda, Abdi Abdifatah dari Somalia, baru menjangkau 14 tahun.

42

gol dijaringkan oleh Amerika Syarikat dalam 18 perlawanan, manakala New Zealand memerlukan hanya 15 dalam 8 perlawanan untuk menempah tiket ke kejohanan akhir. Jaringan Mexico pula dihasilkan tidak kurang dari 19 pemain berlainan, 5 darinya sepakan penalti. Pemain simpanan mewakili 11 dari penjaringnya, lebih banyak dari mana-mana pasukan lain.

27

tahun dan 4 bulan - purata umur skuad yang membawa Itali buat kali ke 17 di Piala Dunia – membuatkan Gli Azzurri pasukan tertua berbanding dengan pasukan yang layak. Skuad Marcello Lippi hampir 5 tahun tua dari pasukan saingannya iaitu Korea DPR, yang berstatus paling muda dengan purata umur hanya 22 tahun dan 5 bulan.

20

perlawanan diperlukan oleh Uruguay dalam perjalanan ke Afrika Selatan 2010, angka yang sama dengan pasukan yang mereka tewaskan untuk merebut tempat, iaitu Costa Rica. Belanda dan New Zealand, berbeza, bermain hanya 8 perlawanan setiap pasukan ketika kempen berjaya mereka.

18

kempen kelayakan Piala Dunia telah diadakan sejak 1934, dan Portugal pasukan tunggal peserta Afrika Selatan 2010 yang telah menyertai setiap satu darinya. Bagi pasukan yang gagal ke Afrika Selatan, Luxembourg dan Republik Ireland juga telah menyertai setiap kempen kelayakan.

16

gol dijaringkan perlawanan jaringan terbanyak, satu perlawanan yang juga menghasilkan pemenang terbesar: Fiji 16-0 Tuvalu.

12

gol dijaringkan oleh Moumouni Dagano dan Osea Vakatalesau dihasilkan oleh penyerang Burkina Faso dan Fiji sebagai pendahulu penjaring peringkat awal. 2 gol dihadapan penyerang Greek Theofanis Gekas dan dari Chile Humberto Suazo.

8

pasukan kekal tanpa tewas sepanjang peringkat awal. Seperti juga pasukan kejohanan akhir Côte d’Ivoire, Jerman, Itali, Republik Korea, Nigeria, Sepanyol dan Belanda, Kepulauan British Virgin juga muncul tanpa tewas, tetapi menjadi mangsa kepada peraturan gol ditempat lawan berikutan seri 2-2 menentang Bahamas.

6

kejayaan berturut-turut dalam kempen kelayakan dirangkul oleh 7 pasukan: dalam 20 tahun lampau, Argentina, Brazil, Jerman, Itali, Republik Korea, Sepanyol dan Amerika Syarikat kesemuanya berjaya kesetiap kejohanan.

3.4

gol per perlawanan menjadikan England mempunyai rekod terbaik berbanding dengan pasukan lain yang layak. Jauh pasukan paling sedikit menjaringkan gol iaitu Korea DPR, yang hanya mampu purata 1.25 per perlawanan.

Tiada ulasan: