Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Rabu, Ogos 18, 2010

Anugerah Kelab Bola sepak Eropah 2010


Anugerah Kelab Bola sepak Eropah 2010
Pemain Terbaik Kelab Eropah 2010
Ogos 27, 2010 - Pemain-pemain kelab FC Internazionale Milano menyapu bersih kelima-lima anugerah Kelab Bola sepak Eropah 2010 pada Grimaldi Forum di Monaco, ini kali pertama pencapaian seperti ini sejak diperkanalkan pada 1998.

Anugerah:
Pemain Kelab Tahunan: Diego Milito (FC Internazionale Milano)
Penjaga Gol Kelab Tahunan: Júlio César (FC Internazionale Milano)
Pertahanan Kelab Tahunan: Maicon (FC Internazionale Milano)
Pemain Tengah Kelab Tahunan: Wesley Sneijder (FC Internazionale Milano)
Pemain Penyerang Kelab Tahunan: Diego Milito (FC Internazionale Milano)

Ogos 16, 2010 - Persatuan Bola sepak Kesatuan Eropah (UEFA) telah mengumumkan calon bagi Anugerah Kelab Bola sepak Eropah 2010. Dengan 12 pemain di senarai pendekkan bagi anugerah pemain posisi dan hadiah keseluruhan Kelab Tahunan Eropah.

Anugerah Kelab Bola sepak Eropah 2010 akan di adakan ketika undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.di Grimaldi Forum, Monaco pada Ogos 26, 2010 (Khamis), dengan tiga pemain tersenarai untuk merebut penjaga gol terbaik, pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik dan penyerang terbaik.

Calon ini ditentukan oleh jurulatih 16 pasukan yang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah 2009/10. Setiap jurulatih berpeluang untuk mengundi hadiah posisi individu serta nama pilihan masing-masing untuk Pemain Tahunan Kelab Eropah 2010.

Penjaga Gol Kelab Tahunan/Club Goalkeeper of the Year
Júlio César (FC Internazionale Milano)
Hugo Lloris (Olympique Lyonnais)
Víctor Valdés (FC Barcelona)

Pertahanan Kelab Tahunan/Club Defender of the Year
Lúcio (FC Internazionale Milano)
Maicon (FC Internazionale Milano)
Gerard Piqué (FC Barcelona)

Pemain Tengah Kelab Tahunan/Club Midfielder of the Year
Xavi Hernández (FC Barcelona)
Arjen Robben (FC Bayern München)
Wesley Sneijder (FC Internazionale Milano)

Pemain Penyerang Kelab Tahunan/Club Attacker of the Year
Lionel Messi (FC Barcelona)
Diego Milito (FC Internazionale Milano)
Wayne Rooney (Manchester United FC)

Tiada ulasan: