Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Selasa, Julai 01, 2008

EURO 2008


EURO 2008
(Jun 7-Jun 29 2008)


Undian: Dis 12 2007 di Lucerne

Sejarah penyertaan
PasukanLayakTahun
*Germany101972, 1976, 1980, 1984, 1988,
1992, 1996, 2000, 2004, 2008
*Russia91960, 1964, 1968, 1972, 1988,
1992, 1996, 2004, 2008
Spain81964, 1980, 1984, 1988,
1996, 2000, 2004, 2008
Netherlands81976, 1980, 1988, 1992,
1996, 2000, 2004, 2008
*Czech Republic71960, 1976, 1980, 1996,
2000, 2004, 2008
France71960, 1984, 1992, 1996,
2000, 2004, 2008
Italy71968, 1980, 1988, 1996,
2000, 2004, 2008
Portugal51984, 1996, 2000,
2004, 2008
Romania41984, 1996, 2000, 2008
Sweden41992, 2000, 2004, 2008
Greece31980, 2004, 2008
Switzerland31996, 2004, 2008
Croatia31996, 2004, 2008
Turkey31996, 2004, 2008
Austria12008
Poland12008

*Germany termasuk West Germany(Jerman Barat)
*Russia termasuk USSR
*Czech Republic termasuk Czechoslavakia

Jadual, Kedudukan kumpulan EURO 2008

(Jun 7-29 2008 - Austria dan Switzerland)
AKHIR : JUARA : SPAIN

Jun 29 2008 : GERMANY 0-1 SPAIN
Spain- Fernando Torres-33
Ernst Happel, Vienna

Sepanyol menjadi juara Eropah untuk kedua kalinya selepas Fernando Torres menjaringkan gol di separuh masa pertama cukup membuatkannya menewaskan Jerman di akhir. Sepanyol memenanginya cuma sekali dikejohanan inii pada tahun 1964 dan tidak pernah berjaya melepasi suku akhir dimana-mana kejohanan dalam masa 24 tahun.

Jersi :

Barisan Pemain :

GERMANY (4-2-3-1): 1-Jens Lehmann; 3- Arne Friedrich, 17- Per Mertesacker, 21- Christoph Metzelder, 16- Philipp Lahm (2-Marcell Jansen); 15- Thomas Hitzlsperger (22- Micahel Kuranyi), 8- Torsten Frings; 7- Bastian Schweinsteiger, 13- Michael Ballack, 20- Lukas Podolski; 11- Miroslav Klose (9-Mario Gomez).
Coach : Joachim Low

SPAIN (4-4-1-1): 1- Iker Casillas; Sergio Ramos, 4- Carlos Marchena, 5- Charles Puyol, 11- Joan Capdevilla; 6- Andres Iniesta, 19- Marcos Senna, 8- Xavi Hernandez, 21- David Silva (12- Santi Cazorla); 10- Cesc Fabregas (14-Xabi Alonso); 9- Fernando Torres (Daniel Guiza)
Coach : Luis Aragones

Laluan ke akhir:

Germany
26 Jun : Germany 3-2 Turkey : Lahm menbuatkan skuad pantang kalah Turki hilang kata-kata dengan gol minit akhir.
20 Jun : Germany 3-2 Portugal : Ballack membuatkan Scolari mengemaskan begnya.
17 Jun : Germany 1-0 Austria : Jaringan Ballack meranapkan impian Austria.
13 Jun : Croatia 2-1 Germany : Bilic memberi tenaga kepada Croatia meninggalkan Jerman untuk memulihkan kembali semangatnya.
9 Jun : Germany 2-0 Poland : Pemain kelahiran Poland Podolski menjaringkan 2 gol membuatkan Jerman keriangan.

Spain
27 Jun : Spain 3-0 Russia : Spain menguasai untuk menghancurkan cita-cita Rusia.
23 Jun : Spain 0-0 Italy : Fabregas menaikan semangat untuk mengakhiri penguasaan Itali keatas Sepanyol.
19 Jun : Spain 2-1 Greece : Laluan mudah buat Webb dan Spain.
15 Jun : Spain 2-1 Sweden : Villa mematahkan hati Sweden.
11 Jun : Spain 4-1 Russia : Jaringan hatrik Villa menepikan ketepi halangan Rusia.

Pertemuan 5 perlawanan terakhir:
Feb 03 : Spain 3-0 Germany
Ogos 00 : Germany 4-1 Spain
Feb 95 : Spain 0-0 Germany
Jun 94 : Germany 1-1 Spain
Jun 88 : W. Germany 2-0 Spain

Berita ringkas
Pemain midfield Sepanyol Xavi Hernández telah dinamakan sebagai Pemain Kejohanan Euro 2008 oleh UEFA.

Penjaring Terbanyak
4 - David Villa (Spain)
3 - Hakan Yakin (Switzerland), Lukas Podolski (Germany), Roman Pavlyuchenko (Russia), Semih Şentürk(Turkey)

Gol JaringGol Bolos
12Spain9Turkey
10Netherlands, Germany8Russia
8Turkey7Germany

Kad Kuning - 122
Kad merah - 3
Kesalahan dilakukan-1118

Sejarah Pemenang

Bola Perlawanan Akhir: EUROPASS GLORIA

Adidas dan UEFA telah menyerahkan bola perlawanan yang akan digunakan pada Perlawanan Akhir Kejohanan Eropah 2008.Kejohanan akan bermula pada Jun 7.Bola ini akan hanya digunakan pada perlawanan Akhir yang akan bermain pada Jun 29 di Vienna.

Kump APMSKJBPGMT
Portugal32015316
Turkey32015506
Czech Rep310246-23
Switzerland31023303
Kump BPMSKJBPGMT
Croatia33004139
Germany3 2014226
Austria301213-21
Poland301214-31
Kump CPMSKJPGBMT
Netherlands33009189
Italy3 11134-14
Romania302113-22
France301216-51
Kump DPMSKJBPGMT
Spain33008359
Russia3 2014406
Sweden310234-13
Greece300315-40

Jadual Kejohanan Akhir
Sabtu 7 Jun 2008
1Grp ASwitzerland0-1Czech RepublicBasel - St. Jakob-Park
2Grp APortugal2-0TurkeyGeneva - Stade de Genève
Ahad 8 Jun 2008
3Grp BAustria0-1CroatiaVienna - Ernst Happel
4Grp BGermany2-0PolandKlagenfurt - Wörthersee
Isnin 9 Jun 2008
5Grp CRomania0-0FranceZurich - Letzigrund
6Grp CNetherlands3-0ItalyBerne - Stade de Suisse
Selasa 10 Jun 2008
7Grp DSpain4-1RussiaInnsbruck - Tivoli Neu
8Grp DGreece0-2SwedenSalzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Rabu 11 Jun 2008
9Grp ACzech Republic1-3PortugalGeneva - Stade de Genève
10Grp ASwitzerland1-2TurkeyBasel - St. Jakob-Park
Khamis 12 Jun 2008
11Grp BCroatia2-1GermanyKlagenfurt - Wörthersee
12Grp BAustria1-1PolandVienna - Ernst Happel
Jumaat 13 Jun 2008
13Grp CItaly1-1RomaniaZurich - Letzigrund
14Grp CNetherlands4-1FranceBerne - Stade de Suisse
Sabtu 14 Jun 2008
15Grp DSweden1-2SpainInnsbruck - Tivoli Neu
16Grp DGreece0-1RussiaSalzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Ahad 15 Jun 2008
17Grp ASwitzerland2-0PortugalBasel - St. Jakob-Park
18Grp ATurkey3-2Czech RepublicGeneva - Stade de Genève
Isnin 16 Jun 2008
19Grp BPoland0-1CroatiaKlagenfurt - Wörthersee
20Grp BAustria0-1GermanyVienna - Ernst Happel
Selasa 17 Jun 2008
21Grp CNetherlands2-0RomaniaBerne - Stade de Suisse
22Grp CFrance0-2ItalyZurich - Letzigrund
Rabu 18 Jun 2008
23Grp DGreece1-2SpainSalzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
24Grp DRussia2-0SwedenInnsbruck - Tivoli Neu
Khamis 19 Jun 2008
25Suku AkhirPortugal2-3GermanyBasel - St. Jakob-Park
Jumaat 20 Jun 2008
26Suku AkhirCroatia1-1
aet, penalti 1-3)
TurkeyVienna - Ernst Happel
Sabtu 21 Jun 2008
27Suku AkhirNetherlands1-3(aet 1-1)RussiaBasel - St. Jakob-Park
Ahad 22 Jun 2008
28Suku AkhirSpain0-0
(aet, penalti 4-2)
ItalyVienna - Ernst Happel
Rabu 25 Jun 2008
29Separuh AkhirGermany3-2TurkeyBasel - St. Jakob-Park
Khamis 26 Jun 2008
30Separuh AkhirRussia0-3SpainVienna - Ernst Happel
Ahad 29 Jun 2008
31AkhirGermany0-1SpainVienna - Ernst Happel

UEFA menegaskan bahawa jaringan gol oleh penyerang Belanda Ruud van Nisterlrooy di perlawanan EURO 2008 menentang Itali di Berne semalam adalah sah, dan pengadil Peter Fröjdfeldt bertindak betul dalam menghadiahkannya.

Tidak ofsaid
Pemain itu tidak ofsaid, kerana, pada tambahan penjaga gol Itali, terdapat seorang pemain Itali lagi di hadapan penjaring gol. Sungguhpun seorang lagi pemain Itali pada ketika itu telah jatuh diluar padang, kedudukannya masih diambil dikira untuk kegunaan peraturan ofsaid.

Masih terbabit
Pada peringkat pemulaannya, Peraturan Permainan (Law of the Game) -Peraturan 11 -yang berkaitan dengan ofsaid, dimana pemain yang berkedudukan ofsaid jika dia berhampiran ke garisan gol berbanding dengan bola dan pemain lawan kedua. Ia memerlukan dua pertahanan terbabit. Dalam situasi tersebut pemain pertama adalah penjaga gol, dan yang kedua adalah pertahanan dimana, kerana momentumnya, sebenarnya telah meninggalkan padang. Tetapi pertahanan ini masih dikira sebagai sebahagian dari permainan. Oleh itu dia diambil kira salah satu dari dua pertahanan terakhir. Dengan keputusan ini, Ruud van Nisterlrooy tidak paling berhampiran dengan gol lawan berbanding dengan pertahanan-kedua terakhir itu, dengan itu, tidak mungkin dalam posisi ofsaid.

Insiden JarangIni adalah tafsiran (interpretation) yang biasa berlaku peraturan ofsaid dikalangan pengadil yang tidak ramai diketahui oleh masyarakat umum bolasepak. Insiden seperti ini jarang berlaku - sungguhpun ia telah dilaporkan insiden seperti ini sebulan lalu di Liga Super Swiss diantara FC Sion dan FC Basel 1893.

Peraturan dipakai
Adalah jelas - pengadil perlawanan menggunakan peraturan didalam keadaan yang betul. Jikalau mentafsirkan pemain itu telah keluar padang apa yang akan berlaku adalah pasukan bertahan boleh menggunakan taktik sengaja keluar padang untuk menjadikannya ofsaid, dengan itu sudah tentu tidak diterima. Tafsiran paling mudah dan praktikal untuk peraturan seumpama ini adalah menggunakan hanya satu cara bagi pengadil diseluruh dunia - iaitu sekiranya anda belum mendapat keizinan dari pengadil untuk berada diluar padang, anda dikira masih didalam dan dikira sebahagian dari permainan. Oleh sebab itu pertahanan Itali, sungguhpun kerana mometum telah terkeluar padang, masih dikira sebahagian dari permainan, dengan itu pemain penyerang memasukan bola ke dalam gol, dan ia dikira gol yang sah. Peraturan yang diguna pakai adalah sememangnya betul.

SEPARUH AKHIR

Jun 25 2008: Germany 3-2 Turkey - St. Jakob-Park, Basel
Germany - Bastian Schweinsteiger-26, Miroslav Klose-79, Phillip Lahm-90
Turkey - Uğur Boral-22, Semih Şentürk-86

Gol jaringan Phillip Lahm pada minit terakhir membawa Jerman ke perlawanan akhir dan mengecewakan pasukan Turki.

Jun 26 2008: Russia 0-3 Spain- Ernst Happel, Vienna
Spain - Xavi Hernández-50, Danny Güiza-73, David Silva-82

Gol babak kedua membawa Sepanyol ke perlawanan akhir buat kali pertama
sejak 1984 untuk menentang Jerman. Anak buat Luis Aragonés terlalu
gagah buat Russia apabila dibenamkan dengan 3-0
SUKU AKHIR

Jun 19 2008 : Portugal 2-3 Germany - Basel

Jun 20 2008: Croatia 1-1 (aet,Turkey menang penalti 3-1) Turkey - Vienna

Jun 21 2008 : Netherlands 1-3 (aet 1-1) Russia - Basel

Jun 22 2008 : Spain 0-0 (aet, Spain menang penalti 4-2) Italy - Vienna
Jun 22 2008:Spain 0-0 (Spain menang penalti 4-2)
Italy - Vienna
Iker Casillas menjadi hero sepakan penalti, sebelum ini Sepanyol tewas di tiga peringkat suku akhir dalam sepakan penalti, tetapi pada Jun 22 mereka berjaya menghentikan kekalahan itu dan menempah tempat ke separuh akhir untuk bertemu Russia. Sungguhpun Gianluigi Buffon menyelamatkan sepakan Daniel Güiza, Casillas menafikan sepakan Daniele De Rossi dan Antonio Di Natale, membolehkan Cesc Fàbregas
memasukkan bola dan menyaksikan Sepanyol mara.
Jun 21 2008: Netherlands 1-3(aet) Russia - Basel
Netherlands - Ruud van Nistelrooy-86
Russia - Roman Pavlyuchenko-56, Dmitri Torbinski-112, Andrei Arshavin-116
Dmitri Torbinski dan Andrei Arshavin meledakkan jaringan di lapan minit terakhir masa tambahan untuk membawa Russia ke separuh akhir Euro 2008 dengan menewaskan negara asal jurulatih Russia Guus Hiddink iaitu Belanda dengan 3-1
Jun 20 2008: Croatia 1-1(Turki menang pen 1-3) Turkey
Croatia - Ivan Klasnić - 29 masa tambahan
Turkey - Semih Şentürk -30+2 masa tambahan
Turkilayak ke separuh akhir Euro 2008 untuk pertama kalinya dengan kekecewaan Croatia dalam perlawanan mendebarkan yang ditentukan oleh sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan saling bertukar jaringan diminit terakhir masa tambahan. Apabila Ivan Klasnić menanduk masuk hasil hantaran silang Luka Modrić dengan berbaki satu minit perlawanan dimasa tambahan kelihatan Croatia telah menempah tempat ke separuh akhir, tetapi untuk kali ketiga berturut-turut Turki dengan penuh sensasi membalas balik di minit terakhir untuk memaksa sepakan penalti apabila Semih Şentürk menjaringkan gol. Turki menang sepakan penalti 3-1 apabila Rüştü Reçber meyelamatkan sepakan Mladen Petrić selepas gagal dua tendangan dari Luka Modrić dan Darijo Srna.

Jun 19 2008
Suku Akhir - Portugal 2-3 Germany - Basel - St. Jakob-Park
Portugal - Nuno Gomes-40, Hélder Postiga-87
Germany - Bastian Schweinsteiger-22, Miroslav Klose-26, Michael Ballack-61
Jerman mara ke separuh akhir Euro 2008 untuk pertama kalinya sejak 1996 dengan gol Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose, dan Michael Ballack menewaskan Portugal 3-2. Igauan buruk Luiz Felipe Scholari terjadi, mimpi buruk sebelum perlawanan tentang penguasaan bola tinggi menjadi kenyataan dengan gol tandukan Klose dan Ballack.

Jun 18 2008
Kumpulan D - Greece 1-2 Spain - Salzburg
Greece-Charisteas-42
Spain-Rubén de la Red-61, Daniel Güiza-88
Gol antarabanga pertama Daniel Güiza and Rubén de la Red membolehkan pasukan kedua Sepanyolmembuatkan Greece berputih mata untuk mendapatkan sebarang mata sebagai
mengakhiri kempen juara bertahan mereka bagi Euro 2008.

Kumpulan D - Russia 2-0 Sweden - Innsbruck
Russia-Roman Pavlyuchenko-24, Andrei Arshavin-50
Russia menumbangkan Sweden 2-0 untuk layak kesuku akhir bertemu Belanda. Russia tidak pernah menang keatas Sweden dalam 5 pertemuan sebelumnya melampaui 95 tahun.

Jun 17 2008
Kumpulan C - Netherlands 2-0 Romania - Berne
Netherlands-Klaas Jan Huntelaar-54, Robin van Persie-87
Gol babak kedua dari Klaas Jan Huntelaar dan Robin van Persie mengakhiri peluang Romania ke suku akhir, apabila Belanda menutup kempen kumpulan C dengan kemenangan ketiga.

Kumpulan C - France 0-2 Italy - Zurich
Italy-Andrea Pirlo-25(pen), Daniele De Rossi-62
Juara dunia Itali layak ke suku akhir dengan cara dramatik apabila menumbangkan Perancis 2-0 dan Romania juga kalah dengan jaringan yang sama kepada Belanda. Perubahan perlawanan berlaku apabila Eric Abidal dikenakan kad merah pada minit ke-24, selepas mengasari Luca Toni. Andrea Pirlo mengambil sepakan penalti untuk mendahului 1-0. Jaringan Daniele De Rossi pada babak kedua menambah kegembiraan buat pasukan Itali, dengan sedikit terencat apabila kad kuning kepada Pirlo dan
Gennaro Gattuso bermakna mereka akan terlepas perlawanan suku akhir
menentang Sepanyol pada Jun 22.

Jun 16 2008
Kumpulan B - Poland 0-1 Croatia - Klagenfurt
Croatia-Ivan Klasnić-53
Croatia merehatkan sebilangan besar pemain tetapi masih terlalu gagah untuk Poland, apabila mereka menang 1-0 untuk mengakhiri dengan mata maksima bagi Kumpulan B dan mengesahkan lawannya terkeluar awal.

Kumpulan B - Austria 0-1 Germany - Vienna
Germany-Michael Ballack-49
Kapten Jerman Michael Ballack menempah tempat pasukannya ke suku akhir dengan
tendangan kencang, menamatkan sebarang harapan Austria sungguhpun usaha keras dari tuanrumah bersama di Vienna.

Jun 15 2008
Kumpulan A- Switzerland 2-0 Portugal
Hakan Yakin-71,83(pen)
Portugal menurunkan pasukan pilihan kedua dengan hanya menurunkan tiga pemain yang mencatat kemenangan terdahulu.Kemenangan Switzerland tidak merubah kedudukan mereka ditangga tercorot kumpulan A.

Kumpulan A- Turkey 3-2 Czech Rep
Turkey - Arda Turan-75, Nihat Kahveci-87,89
Czech Rep - Jan Koller-34, Jaroslav Plašil-62
Dua jaringan Nihat Kahveci menempah 10-pemain Turki tempat ke suku akhir.

Jun 14 2008
Kumpulan D-Sweden 1-2 Spain - Innsbruck
Sweden- Zlatan Ibrahimović-34
Spain- Fernando Torres-15, David Villa-90+2
David Villa menjaringkan gol dua minit di masa tambahan untuk Sepanyol menewaskan kekentalan Sweden 2-1 untuk menempah tempat ke suku akhir sebagai juara kumpulan D.

Kumpulan D-Greece 0-1 Russia - Salzburg
Russia- Konstantin Zyryanov-33
Russia menamatkan raja Eropah Greece 1-0 dari kejohanan EURO 2008 dengan kemenangan 1-0. Kesilapan penjaga gol Greece mengejar bola silang yang jauhnya 5 atau 6 meter dari pintu gawang, dan ditewaskan oleh kapten Russian Sergei Semak, yang menendang kembali melepasi kepala dan Zryanov yang berada disitu dengan mudah mengawalnya ke pintu gawang yang tidak dikawal.

Jun 13 2008(Jum)
Kump C - Netherlands 4-1 France - Berne
Netherlands- Dirk Kuyt-9, Robin van Persie-59, Arjen Robben-72, Wesley Sneijder-90+2
France- Thierry Henry-71
Belanda menempah tempah ke suku akhir Euro 2008 dengan berbaki satu perlawanan selepas mempersembahkan satu lagi permainan menarik ketika menentang Perancis 4-1.

Kump C - Italy 1-1 Romania - Zurich
Italy- Christian Panucci-56
Romania- Andrian Mutu-55
Penjaga gol Itali Gianluigi Buffon menyelamatkan sepakan penalti Andrian Mutu dengan berbaki 9 minit lagi untuk membuatkan juara dunia tersebut masih berpeluang dalam Euro 2008 ketika Azzurri dan Romania berakhir dengan 1-1.


Jun 12 2008(Kha)
Kump B - Croatia 2-1 Germany - Klagenfurt
Croatia-Darijo Srna-24, Ivica Olić-62
Germany-Lucas Podolski-79
Croatia mengesahkan tempat ke suku akhir EURO 2008 apabila berjaya mencatat kemenangan manis keatas Jerman 2-1. Croatia, kejayaan terakhir keatas Jerman adalah di suku akhir Piala Dunia FIFA 1998. Pemain Jerman Bastian Schweinsteiger di buang padang kerana mendapat kad merah. Jerman memerlukan sekurang-kurangnya satu mata keatas tuan rumah Austria di perlawanan terakhir nanti untuk terus mara di kejohanan ini.

Kump B - Austria 1-1 Poland - Vienna
Austria - Ivica Vastic-90+3
Poland - Roger Guerreiro-30
Gol penalti Ivica Vastic pada minit terakhir membolehkan Austria untuk terus mencuba menempatkan diri ke suku akhir EURO 2008, merampas satu mata dari pasukan Poland yang kelihatan akan mencapai kemenangan mutlak di atas gol oleh Roger Guerreiro di babak pertama dan kecemerlangan penjaga-gol Artur Boruc.

Jun 11 2008(Rabu)
Kump A-Czech Rep 1-3 Portugal - Geneva
Czech Rep-Libor Sionko-17
Portugal-Deco-8 Christiano Ronaldo-63 Ricardo Quaresma-90+1
Cristiano Ronaldo menjaringkan satu gol dan mencipta dua gol lagi untuk membawa Portugal ke suku-akhir EURO 2008 dengan kemenangan 3-1 keatas Rep. Czech.

Kump A-Switzerland (WM - 2.45 pg - Jun 12) Turkey - Basel
Switzerland-Hakan Yakin-32
Turkey-Semih Şentürk-57, Arda Turan-90+2
Gol pantulan Ardan Turan pada masa kecederaan memberikan Turkey kemenangan untuk menghidupkan kembali peluang mereka untuk terus mara di EURO 2008.

Jun 10 2008 (Selasa)
Kump D-Greece 0-2 Sweden -Salzburg
Sweden-Zlatan Ibrahimović-67, Petter Hansson-72
Penyandang juara Greece terpaksa berjuang untuk terus mencengkam tropi yang mereka menang empat tahun lalu yang penuh memori selepas, Sweden memungut tiga mata penuh dengan kemenangan 2-0.

Gol dari Ibrahimović dimana berjaya menjaringkan gol pertama antarabangsanya sejak Oktober 2005 memecah kebuntuan sebelum Hansson menambah lima minit kemudian.

Kump D-Spain 4-1 Russia -Innsbuck
Spain-David Villa 20,44,75 Cesc Fàbregas-90+1
Russia-Roman Pavlyuchenko-86
Hat-trick dari David Villa memberikan Sepanyol kemenangan mutlak 4-1 keatas Russia dalam saingan Kumpulan D dan mengesahkan kekuatan penyerang Valencia CF yang berpasangan dengan Fernando Torres.

Pemain ketujuh didalam sejarah kejohanan akhir yang berjaya menjaringkan tiga gol disatu perlawanan. Tiga gol ini juga yang pertama di EURO semenjak Patrick Kluvert menentang Yugoslavia lapan tahun lalu.

Jun 9 2008(Isnin)
Kump C-Romania 0-0 France - Zurich
Kump C- Netherlands 3-0 Italy - Berne
Belanda mengejutkan Juara Piala Dunia Itali. Belanda menamatkan penantian 30-tahun untuk kemenangan ke atas Itali dengan bergaya dengan kemenangan 3-0 untuk memulakan kempen Kumpulan C. Gol Belanda dijaringkan oleh Ruud Van Nistelrooy-26, Wesley Sneijder-31 dan Giovanni van Bocckhorst-79. Penjaga gol Belanda Edwin van der Sar menjadi hanya pemain ketiga yang berjaya beraksi di empat Kejohanan UEFA Eropah.

Tiada ulasan: