Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Selasa, Januari 25, 2011

Berita Harimau Muda A

Perlawanan Persahabatan
Januari 20, 2011 (Khamis)
Malaysia Olympic Team
Syahrul Azwari Bin Ibrahim (75')
1-2Thailand Olympic TeamRajamanggala National Stadium, Bangkok
Januari 24, 2011 (Isnin)
Malaysia Olympic Team
Irfan Bin Fazail 23', Syahrul Azwari Bin Ibrahim 45'
2-0Singapore Olympic Team7.30mlm, Jalan Besar Stadium, Singapore
Senarai 18 Pemain Olimpik Malaysia ke Bangkok menentang Thailand
Mahali Bin Jasuli, Mohamad Fadhli Bin Mohd Shas, Sivanesan A/L Shanmugan, Mohd Irfan Bin Fazail, Abdul Shukur Bin Jusoh, Thamil Arasu A/L Ambumamee, Gurusamy A/L G. Kandasamy, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Bin Ramlan, Mohammad Amer Bin Saidin, Wan Zack Haikal Bin Wan Nor, Mohamad Fandi Bin Othman, Syahrul Azwari Bin Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Bin Wan Zakaria, Mohd Izham Tarmizi Bin Roslan (Gk), Mohd Affizie Faizal Bin Mamat. Muhammad Zamer Bin Selamat (Gk), Mohamad Muslim Bin Ahmad (C)

Skuad Kelayakan Olympik
Pemain Harimau Muda A Liga Super 2011

Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee

Penjaga Gol: Mohd Zamir Selamat, K. Sasikumar, Mohd Syamin Othman, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Affize Faizal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, Mohd Nazri Ahmad, Mohd Bashahrul Abu Bakar, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Nazirul Naim Che Hashim.

Tengah: Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy, Mohd Rafiuddin Roddin, K. Ravindran, V. Kavi Chelvan, S. Sivanesan, Mohd Syahid Saidon, Mohd Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Haziq Zikri Elias, Gary Steven Robbat.

Penyerang: Izzaq Faris Ramlan, A. Thamil Arasu, Mohd Ferris Danial Mat Nasir, Syahrul Azwari Ibrahim.

Pemain dari pasukan negeri (FA)

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat (Kel).

Penyerang: Faizal Abu Bakar (Ked), Ahmad Shakir Ali (Per), Ahmad Fakri Saarani (Per).

Perlawanan Persahabatan:
Disember 27, 2010 (Isnin): HM 'A' 4-1 Kelantan (Std MBPJ, Kelana Jaya)
Januari 7, 2011 (Jumaat): HM 'A'  4-0 Johor (Wisma FAM, Kelana Jaya)
Januari 13, 2011 (Khamis): HM 'A' 0-1 Pahang (Wisma FM, Kelana Jaya)
Januari 14, 2011 (Jumaat): HM 'A' 1-0 PKNS (Pdg PKNS, Kelana Jaya)
Januari 20, 2011 (Khamis) HM 'A' vs Thailand Olympic (Bangkok)


Harimau Muda Ke Slovakia
Nov 14, 2010 (Ahad): Harimau Muda A 3-4 SKN St Polten (Austria)
Wan Zack Haikal (69', 72'), Syahrul Azwari Ibrahim (62')

Nov 17, 2011 (Rab): Harimau Muda A 3-1 Torna Ferencavaros (Hungaty)
Abdul Shukor Jusoh (12',74'), Wan Zaharul Nizam (54')

Menang - 3, Seri - 3, Kalah - 6 = 12 perlawanan

Sept 05, 2010 (Ahad): Harimau Muda A 1-3 MFK Ružomberok B
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit 68')
Sept 07, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 2-2 FC Petržalka 1898
Izzaq Faris Ramlan (minit 9', 70')
Sept 14, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 1-2 Slovan Duslo Sala
Gary Steven Robbat (minit 44')
Sept 20, 2010 (Isnin): Harimau Muda A 1-1 Bodva Moldava
Harimau Muda "A" - Sivanesan Samugam (69'), Bodva Moldava - Pančík Tomas (18 ')

foto

Sumber: www.fkmoldava.sk
Senarai Pemain: Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Fadhli Mohd Shas, Abdul Shukor Jusoh, Irfan Fazail (Saarvindran Devandran), Gary Steven Robbat (Sivanesan Shanmugam), Izzaq Faris Ramlan (Muhammad Ferris Danial Mat Nasir), Wan Zack Haikal Wan Noor, Muhammad Rafiuddin Roddin (Nazirul Naim Che Hashim,), Mohd Affize Faisal Mamat (Mahali Jasuli), Mohd Fandi Othman, Mohd Muslim Ahmad


Bandingkan perbezaan fizikal pemain Harimau Muda "A" dengan pemain Liptovky Mikolav
Sumber: Harimaumuda.com

Sept 28, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 1-1 MFK Tatran Liptovsky Mikulas
(Wan Zaharulnizam mimit 42')

Harimau Muda A 0-2 MFK Zemplin Michalovce
Sumber: Michali.sk

Sumber: Michali.sk
Okt 06, 2010 (Rabu): Harimau Muda A 0-2 Zemplin Michalovce
M. Bags (minit 21'), Janrek (33')

Okt 09, 2010 (Sabtu): Harimau Muda A 0-1 Dolny Kubin
Jaworek Marek (11')

Okt 12, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 1-3 SFM Senec
Wan Zack Haikal (pen 90') Senec : Chorvatovic Richard (59'), Zeleznik Martin (73'), Bedecs Imric (84')

Oktober 20, 2010 - Harimau Muda mencatat kemenangan pertama di Slovakia.
Okt 19, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 3-1 LAFC Lucenec
HM: Wan Zaharul Nizam (67'), Abdul Shukur Jusoh (70'), Syahrul Azwari (76');  Lucenec: Lucac Milan (25')

Okt 26, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 2-0 FK Puchov
Syahrul Azwari Ibrahim (21'), Wan Zack Haikal (penalti 54')

November 3, 2010 - Harimau Muda mencatat kemenangan ketiga berturut-turut di Slovakia.
Nov 02, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 1-0 Rimavska Sobota
Abdul Shukur B. Jusoh (59')

November 10, 2010 - Harimau Muda tewas 1-2 kepada AS Trecin pada perlawanan terakhir mereka di Slovakia.
Nov 09, 2010 (Selasa): Harimau Muda A 1-2 AS Trencin
HM: Muhammad Ferris Danial Mat Nasir59'); AS Trecin: Salnas (72'), Malec (86')

Mohd Izham Tarmizi Roslan, Wan Zack Haikal Wan Noor, Amer Saidin, Muhamad Nazri Ahmad, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Affize Faisal Mamat, Saarvindran Devandran (Muhammad Ferris Danial Mat Nasir, 36'), Sivanesan Shanmugam, Abdul Shukor Jusoh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim.


Harimau Muda "A" Di Slovakia Tanpa Lapan Pemain
Oktober 5, 2010 - Menurut laporan Kosmo lapan pemain Harimau Muda "A" yang menyertai skuad Malaysia ke Kejohanan Millineum Thang Long-Hanoi Piala Eximbank 2010 di Ho Chi Minh pada September 28 hingga Oktober 2 lalu tidak akan kembali ke Slovakia

Mereka ialah K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Fadhli Shas dan Zamir Selamat.

Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk mengelakkan pembaziran kos penerbangan dan juga keletihan. Skuad Harimau Muda di Slovakia akan mengharungi tiga perlawanan lagi, namun kelapan-lapan mereka akan menyertai kembali latihan pusat skuad kebangsaan menghadapi Sukan Asia 2010 bermula Oktober 18 ini.

Sementara itu mereka akan menjalani latihan bersama Harimau Muda "B" di bawah bimbimgan Ismail Ibrahim untuk dua minggu ini. Dengan keputusan itu skuad di Slovakia hanya akan terdiri dari 17 pemain sahaja sehingga tamat latihan mereka di sana


Lapan Pemain Harimau Muda "A"Menyertai Latihan Pusat Skuad Kebangsaan
September 21, 2010 - Perlawanan menentang Bodva Moldava (September 20, 2010) merupakan perlawanan terakhir untuk 8 orang pemain yang dipanggil balik untuk menyertai latihan skuad kebangsaan.

Mereka akan kembali semula ke Slovakia pada Oktober 5. Kelapan-lapan pemain ini akan terlepas peluang menentang Liptovsky Mikulas pada September 28 dan Zemplin Michalovce pada Oktober 6.

Mereka adalah ketua pasukan, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, Mohd Fadhli Mohd Shas dan penjaga gol, Zamir Selamat.

Thamil Arasu Tarik Diri
Sep 1, 2010 - A. Thamil Arasu.menarik diri dari latihan skuad Harimau Muda "A" tiga bulan diSlovakia. Thamil Arasu, 19 tahun memberi alasan masalah menjaga ibunya yang sedang sakit jantung..

Dia adalah anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Namun dia akan berlatih dibawah skuad 19 tahun.

Tempat Thamil Arasu akan diambil oleh Nazirul Naim Che Hashim, 17 tahun penyerang skuad bawah 19 tahun kebangsaan.

Harimau Muda Ke Slovakia

Ogos 26, 2010 - Pasukan Harimau Muda A yang dikendalikan oleh jurulatih Ong Kim Swee sekali lagi akan menimba ilmu di Slovakia bagi menyiapkan diri mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada temasya 2011 di Indonesia.

Keputusan dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, selepas mengadakan perbincangan dengan Kim Swee pada 24 Ogos lalu setelah mengkaji tiga pilihan yang ada.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad, seramai 19 pemain dan empat pegawai akan berlepas ke Slovakia pada 1 September ini iaitu ketua jurulatih Kim Swee, penolong jurulatih Hassan Sazali Mohd. Waras, jurulatih penjaga gol, Yong Wai Hwang dan ahli fisioterapi, Mohd. Nasrul Ahmad Tajuddin.

Enam pemain yang kini menjalani latihan bersama skuad senior akan menyertai Harimau Muda A selepas menamatkan perlawanan persahabatan dengan Oman di Doha pada 3 September ini,

Jelasnya, enam pemain itu ialah K. Gurusamy, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd. Fadhli Shas.

"FAM percaya langkah menghantar pasukan ini ke Slovakia adalah tepat, berlandaskan beberapa aspek iaitu pasukan Harimau Muda A akan didedahkan kepada 12 perlawanan menentang lawan Divisyen Satu Liga Slovakia yang bersifat kompetitif.

"Ia tidak termasuk empat perlawanan persahabatan dengan empat pasukan, Bawah 21 Austria, Poland, Republik Czech dan Hungary dalam tempoh tiga bulan yang juga satu tempoh singkat untuk mengatur mana-mana perlawanan persahabatan bertaraf tinggi.

Skuad Harimau Muda Ke Slovakia (25 pemain/4 pegawai):

Ketua jurulatih: Ong Kim Swee
Penolong jurulatih: Hassan Sazali Mohd. Waras
Jurulatih penjaga gol: Yong Wai Hwang
Ahli fisioterapi: Mohd. Nasrul Ahmad Tajuddin

Penjaga gol:
Muhammad Zamir Selamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar.
Pertahanan:
Mohd Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mahali Jasuli, Muhammad Faizal Mohd, Mohd Fadhli Mohd Shas, Muhamad Nazri Ahmad, Nicholas Wee Shen Ming, Amer Saidin, Mohd Fandi Othman.
Pemain tengah:
Gary Steven Robbat, Gurusamy Govandar Kandasamy, Abdul Shukor Jusoh, Muhammad Rafiuddin Roddin, Sivanesan Shanmugam, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Noor, Saarvindran Devandran, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.
Penyerang:
Izzaq Faris Ramlan, Thamil Arasu Ambumanee, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir, Syahrul Azwari Ibrahim.

Ke mana Haluan Harimau Muda A?

Julai 29 2010 - Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Razali Ibrahim dalam satu kenyataan berkata tiga pilihan sedang dipertimbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi pendedahan untuk pasukan Harimau Muda A.

Pilihan pertama adalah kembali menjalani kem latihan sepenuh masa di Slovakia, di mana pasukan Harimau Muda itu beraksi dalam 12 perlawanan pemanas badan berkualiti dengan kelab-kelab divisyen satu Slovakia sama seperti apa yang dilakukan Februari lalu serta mengadakan empat perlawanan persahabatan antarabangsa dengan negara-negara rantau itu.

Pilihan kedua adalah menjalani latihan bersama Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan pasukan Kelab Bola Sepak Cardiff City di Divisyen Dua England.

Pilihan ketiga dan terakhir pula adalah mengadakan beberapa sesi latihan di luar negara.

Menurut Razali, ketiga-tiga pendekatan ini melibatkan kos yang hampir sama, dimana keberkesanannya menjadi pertimbangan utama KBS dan FAM dalam membuat keputusan.

Katanya, misi yang bakal dipikul skuad Harimau Muda adalah besar, mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada temasya 2011 di Indonesia. Penyertaan di Sukan Asia pula akan menjadi penanda aras kemampuan skuad bola sepak Malaysia.

Keputusan akhir mengenai masa depan Harimau Muda bagaimanapun hanya akan ditentukan selepas 31 Julai ini, iaitu selepas tamat kongres FAM.

Ong Kim Swee Jurulatih Harimau Muda A
Julai 14 2010 - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Julai 14 2010 (Rabu) mengumumkan jurulatih Harimau Muda B, Ong Kim Swee sebagai pengganti Azraai Khor Abdullah yang meletak jawatan sebagai jurulatih Harimau Muda A pada Julai 13, 2010 (Selasa).

Penolong jurulatih Azman Eusoff serta jurulatih penjaga gol P. Mohana Sundram juga dilaporkan akan meletak jawatan.

Ong Kim Swee akan dibantu oleh Hassan Sazali Mohd Waras (46 tahun) dan jurulatih penjaga gol Yong Wai Hwang (42 tahun) akan segera mengisi kekosongan jurulatih untuk Harimau Muda B. Skuad Harimau Muda B pula adalah skuad Bawah 19-tahun negara yang kini beraksi pada saingan Liga Perdana dan menduduki tanggan kelima ketika ini

Skuad Harimau Muda A merupakan skuad B-21 negara yang akan beraksi pada Kelayakan Sukan Olimpik 2012 bermulas tahun depan serta membawa misi merpertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia

FAM masih menanti keputusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung peruntukan kewangan untuk membawa skuad Harimau Muda A itu beraksi pada saingan penuh Liga 1 Slovakia 2010/11. Dijangka pihak KBS akan membuat keputusan pada minggu depan dan jika segalanya diluluskan skuad Harimau Muda A akan terus bergegas ke Slovakia kerana mereka perlu tiba disana paling lewat pada Julai 22 ini

Saingan Liga 1 Slovakia bermula Julai 17, 2010 (Sabtu) ini tetapi pihak Slovakia memaklumkan perlawanan pertama kita boleh ditangguh lewat seminggu. Andai diberi lampu hijau Liga 1 Slovakia akan dijalankan secara dua peringkat.

Peringkat pertama bermula dari Julai hingga November sebelum berhenti rehat musim sejuk Disember 28-Februari 29

Peringkat kedua akan diadakan pada Mac hingga Mei 2011.


Harimau Muda A Kembali

Jun 2 2010 - Skuad Harimau Muda A selamat tiba ke tanah air Jun 1 2010 selepas latihan tiga bulan di Liga Satu Slovaka.

Jurulatih Azraai Khor mendedahkan antara lain skuad itu ditawarkan menyertai musim baru 2010/11 Liga Satu Slovakia, yang bermula pada akhir Julai nanti. Surat tawaran telah diberi kepada Azraai untuk di serah kepada FAM untuk tindakan lanjut.

Menurut penilaian Azraai secara keseluruhan pemain mempelajari perkara baru mengenai permainan seta bermain dalam kedaan cuaca yang berbeza serta menentang lawan yang berbadan besar.

"'Pemain liga Eropah bermain menggunakan kelebihan fizikal sepenuhnya, tetapi tidak mementingkan soal teknik. Bola sepak Slovakia sangat aggresif. Mereka menggunakan saiz dan ketinggian untuk mengawal anda" kata Azraai.

Harimau Muda beraksi 13 perlawanan sepanjang di Slovakia, dengan mencatat tiga kemenangan, 10 kali tewas dengan menjaringkan 10 gol dan 36 bolos.

Tugas selepas ini pada Jun 20 2010 dengan kem latihan intensif di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Pada Oktober 8-18 2010, akan menyertai Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper di Vietnam. Namun lima pemain Harimau Muda A akan menyertai kem latihan skuad kebangsaan ke Antalya, Turki mulai Jun 10-20 2010.

Mereka terdiri daripada Muslim Ahmad, Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Mahali Jasuli dan Izzaq Faris Ramlan.

Keputusan sama ada Real Madrid akan berkunjung ke negara ini pada 14 hingga 21 Ogos depan hanya akan diketahui pada Jumaat ini.

Jadual Perlawanan Harimau Muda A
Green Soccer Bowl - DIBATALKAN
Harimau Muda Tarik Diri Dari Kejohanan Green Soccer Bowl

MONDAY, MAY 17, 2010 - THE FA OF MALAYSIA today decided to withdraw from the Green Soccer Bowl invitational tournament in Michigan, the United States, due to unforeseen circumstances.

FAM had originally agreed to send Slovakian-based Harimau Muda A to represent Malaysia and they were scheduled to depart from Bratislava to Detroit via Prague today 17 May 2010.

However due to reasons beyond FAM’s control and jurisdiction, FAM have decided to withdraw the team’s participation.

According to the original invite, the tournament, held under the auspices of the United States President’s Day Celebration Soccer Invitational Tournament Foundation, was supposed to feature Ghana, Kenya, Puerto Rico and Malaysia on May 20-21.

FAM was later informed there were issues with Ghana’s and Puerto Rico’s visa application, hence their withdrawal.

Due to the uncertainties, FAM have decided for Harimau Muda A to remain in Slovakia until their scheduled flight back to Kuala Lumpur on 31 May 2010.

Venue : Pontiac Silverdome, Detroit, Michigan

Mei 20 2010 (Kha) :
Puerto Rico v Malaysia (8pm/ Waktu Malaysia Mei 21 08:00)

Mei 22 2010 (Jum) :
Puerto Rico/Malaysia v Nigeria (B Team ) ((6pm /Waktu Malaysia Mei 21 06:00)
Kenya v Ghana (B Team) (8pm/ Waktu Malaysia Mei 23 08:00)

Mei 23 2010 (Jum) :
Consolation games : 6pm
Championship : 8pm

Harimau Muda di Slovakia
Apr 28 2010 (Rab)  - HM 0-4 B21 Akademi Bolasepak Puskas di Budapest, Hungary dalam satu siri perlawanan bolasepak persahabatan

HM tewas 1-4 dalam perlawanan pertama Liga 1 Slovakia menentang Slovan Duslo Sala. Gol saguhati Malaysia dijaringkan oleh penyerang gantian, Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke 80.

Feb 26 20210 - Harimau Muda A akan turun pada perlawanan 1 mereka pada Feb 27 2010 di Sala. Walaubagaimanapun perlawanan liga Slovakia yang dijadualkan pada Feb 27 2010 telah ditangguh kepada kepada Mac 24 2010.

Feb 27 2010 - Bakal kesebelasan utama Harimau Muda v FK Slovan Duslo Sala :

GK-Muhammad Zamir Selamat
DF-Mahalli Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad, Mohd Fadhli Mohd Shas
MF-S.Sivanesan, K.Gurusamy (C), Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Fandi Othman FW-Ahmad Shakir Mohd Ali, A.Thamil Arasu - sumber dari fb Harimau Muda

Februari 11 2010 - Ketua Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah mengumumkan senarai 25 pemain skuad Harimau Muda ke Slovakia di Wisma FAM hari ini.

Apr 14 2010 (Rab) perlawanan persahabatan Harimau Muda 0-6 Bohemians FC 1905 di Prague, Republic Czech. Bohemians FC adalah kelab yang beraksi di Gambrinus Liga (liga utama) di Republic Czech.


Mac 3 2010 (Rabu) Harimau Muda 2-2 MSK Zilina U21 di Stadium Zilina.
A.Thamil Arasu (penalti-min 20) dan Mohd Fandi Othman (min 57).

Mac 7 2010 (Ahd) Harimau Muda 0-1 MFK Topvar Topolcany (Stadium MFK Topolcany

Feb 27 2010 (Sab)Harimau Muda
Wan Zack Wan Haikal (80')
1-4Slovan Duslo Šaľa
Mac 6 2010 (Sab)MFK Ružomberok B2-0Harimau Muda
Mac 13 2010 (Sab)Harimau Muda0-3MFK Zemplín Michalovce
Mac 20 2010 (Sab)Harimau Muda
Mohd Fandi Othman (49')
1-3MFK Tatran AOS L. Mikuláš
Mac 27 2010 (Sab)MFK Dolný Kubín2-3Harimau Muda
Izzaq Faris Ramlan (32, 90), S.Sivanesan (88)
Apr 4 2010 (Ahd)Harimau Mudatewas
Ahmad Shakir Md Ali (40), Mohd Affize Faisal Mamat (56)
2-4FC ViOn Z. Moravce
Apr 10 2010 (Sab)AS Trenčín4-0Harimau Muda
Apr 17 2010 (Sab)Harimau Muda0-2FK Púchov
Apr 24 2010 (Sab)Harimau Muda
Mohd Affize Faisal Mamat (61)
1-0LAFC Lučenec
Mei 1 2010 (Sab)MŠK R. Sobota3-0Harimau Muda
Mei 15 2010 (Sab)Slovan Duslo Šaľa2-1Harimau Muda
S. Shanmugam (61)
Mei 21 2010 (Jum)Harimau Muda0-2MFK Ružomberok B
Mei 25 2010 (Sel)MFK Zemplín Michalovce0-1Harimau Muda
Abdul Shukur Jusoh (47)

Selain 14 perlawanan dalam persaingan liga, empat perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa juga sudah diaturkan kepada Harimau Muda, iaitu bertemu bawah 21 tahun Austria, Republik Czech, Hungary dan Poland. Tarikh perlawanan belum ditetapkan kerana masih pada peringkat perbincangan dengan persatuan bola sepak negara yang terlibat.

Senarai pemain Harimau Muda A ke Slovakia
Februari 11 2010 - Ketua Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah mengumumkan senarai 25 pemain skuad Harimau Muda ke Slovakia di Wisma FAM hari ini.

Pemain :
Penjaga Gol : Muhamad Syamim Othman, Muhammad Zamir Selamat, K.Sasikumar Kishor

Pertahanan : Mahalli Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Bashahrul Abu Bakar, Mohd Faizal Muhamad, Muhamad Nazri Ahmad, K.Shathiya, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Fandi Othman

Tengah : Abdul Shukur Jusoh, K. Gurusamy (Kapten), V. Kavichelvan, Mohd Affize Faisal Mamat, Muhammad Syahid Zaidon, Muszaki Abu Bakar, S. Sivanesan, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Noor

Penyerang : Ahmad Shakir Ali, Izzaq Faris Ramlan, Muhammad Rafiuddin Roddin, K. Ravindran, A. Thamil Arasu.

Lima pemain yang tercicir ialah : Muhamad Zulhariz Mohamad Nor dan Mohd Nazrin Baharudin (pertahanan), Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafei dan Yusaini Hafiz Chee Saad (penyerang).

Harimau Muda B , dibawah jurulatih Ong Kim Swee kehilangan 5 pemain tulang belakang skuad Liga Perdana kepada Harimau Muda A iaitu Fadhli Shas, Fendi Othman, Gary Steven, Thamil Arasu dan Wan Zack Haikal.

Skuad ini bakal bertolak ke Slovakia pada Februari 20 2010.

Tuesday, April 6, 2010 - Sumber : www.harimaumuda.com/

Dua Pemain Harimau Muda dipancing oleh FC Vion Zlate Moravce.
Aksi cemerlang dua pemain Harimau muda, Mohd Muslim Ahmad dan Gary Stevan Robbat berjaya menambat hati pihak kejurulatihan FC Vion Zlate Moravce yang merupakan antara kelab terkuat dalam Liga 1 Slovakia. Mereka telah dipanggil menjalani latihan bersama skuad Vion bermula 30 Mac 2010 dan akan kembali bersama Harimau Muda untuk perlawanan yang dijadualkan dalam Liga 1 Slovakia.

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia menganggap perkembangan ini sebagai petanda baik dan sesuatu yang membanggakan kerana ianya merupakan pengiktirafan kepada pemain muda negara.Lantas tujuan pendedahan mereka di peringkat Eropah sudah mula menunjukkan hasil. Mereka berdua juga berjanji untuk memberi yang terbaik agar mereka dapat ditawarkankontrak sebagai pemain professional bersama FC Vion untuk musim akan datang.

FIRST WIN FOR HARIMAU MUDA IN SLOVAKIA

PETALING JAYA (29 March 2010) – Malaysia’s Harimau Muda (national Under-21 squad) scored their first win in Slovakia when they edged out MFK Dolny Kubin 3-2.

The victory was their first following the four losses they suffered in earlier matches.

“I appreciate the commitment and the spirit shown by the players. The win was so meaningful to them that a few shed tears of joy afterwards,” said head coach Mohd Azraai Khor Abdullah after the match.

Striker Izzaq Faris Ramlan had given the Malaysian youngsters the best of start with the opening goal on 32 minutes but MFK Dolny fought back to lead the tie 2-1.

Izzaq then slammed home the equalizing goal just two minutes to the end before S. Sivanesan then clinched the winner in the last minute of play for Harimau Muda’s first ever win in Slovakia.

“If I were to rate the league that we are playing in, I will give them a rating of 6/10 in terms of competitiveness. We are using players under the age of 21-years-old while we are playing against players who are much more mature, so it is very competitive,” added Azraai.

As opposed to what was reported earlier that the Slovakian First Division league is not competitive enough, Azraai said that the fact could not be far from the truth.

“Our youngsters are up against European players who have the advantage in terms of experience, physical, discipline and tactical,” he added.

Artikel dari www.aseanfootball.org.com/

Siaran media FAM mengenai Harimau Muda
Rakan-rakan Media,

Bersama-sama dengan ini dilampirkan kenyataan akhbar berkenaan isu Harimau Muda di Slovakia oleh Persatuan Bolasepak Malaysia dan juga kenyataan akhbar berkenaan isu yang sama oleh ULK Slovakia untuk perhatian Tuan/Puan.

Terima Kasih.










Perlawanan Persahabatan Harimau Muda A (B-21)
Feb 10 2010 (Rab) Harimau Muda
V.Kavichelvan (29), Ahmad Shakir Mohd Ali (54,59,67), K.Ravindran (63), Mohd Affize Faisal Mamat (85) dan Muhammad Syahid Zaidon (87)
7-0 Universiti Putra Malaysia 20:30 Std UPM, Serdang.

Feb 5 2010 (Jum) Harimau Muda
V. Kavichelvan di minit ke 26
1-2 ATM Juniors 17:00 Padang Kem Batu Cantonment, Jalan Ipoh, KL

Jan 20 2010 (Rab) Harimau Muda
Ahmad Shakir Ali (3 gol), Mohd Bashahrul Abu Bakar
4-1 Khalsa Lion FC (Australia) 17:00 Pdg Kilat, Jln Bangsar, KL

Jan 21 2010 (Kha) Harimau Muda
Muhammad Syahid Zaidon, Mahali Jasuli Mohamad Muslim Ahmad
3-2 UiTM 17:00 Std UiTM, Shah Alam

Jan 28 2010 (Khamis) : Harimau Muda
Mahali Jasuli
1-1 KL-SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) 17:00 Kompleks Sukan Petronas, Bangi

Feb 30 2009 Harimau Muda A (U21)
Izzaq Faris Ramlan (3 gol ), Ravindran Krishnan (3 gol), Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Muhammad Rafiuddin Roddin, Muhammad Syahid Zaidon dan Yusaini Hafiz Chee Saad.
10-0 Nanyang Technological University of Singapore
17:00 Kelab Aman, Jalan Ampang, KL

Harimau Muda 'A' Akhirnya Dapat Nafas Baru Musim Ini

PETALING JAYA, 31 Jan (Bernama) -- Pasukan Harimau Muda 'A', yang menamatkan penantian negara selama 20 tahun untuk meraih emas pada Sukan SEA Laos Disember lalu, akhirnya akan menyertai liga bawah 21 tahun Slovakia selama tiga bulan mulai bulan depan.

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak penyertaan pasukan itu dalam Liga Super dan kemudian Liga Singapura musim ini, persatuan itu merangka perancangan baru bagi pasukan tersebut tahun ini.

Timbalan Presiden FAM Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata pasukan itu dijadual bermain 14 perlawanan dalam Liga Slovakia selain beberapa perlawanan persahabatan semasa berada di negara itu.

Selepas Liga Slovakia Mei ini, pasukan kebangsaan bawah 21 tahun itu akan menyertai kejohanan Piala Obama di Amerika Syraikat pada Jun, menjalani latihan Indonesia pada Julai dan Piala Newspaper di Vietnam pada Oktober ini.

*Mengikut facebook Harimau-Muda ianya adalah 1st Liga iaitu liga division kedua selepas Liga Corgon Slovakia. Perlawanan pertama Harimau Muda adalah pada Feb 27 melawan pasukan Slovan Druslo Sala berpengkalan di Sala.

1st Liga ini terdiri dari 12 pasukan namun satu pasukan telah menarik diri. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Harimau Muda A
Februari 1 2010 - Mengikut laman facebook Harimau-Muda ianya adalah 1st Liga iaitu liga division kedua selepas Liga Super (Corgon) Slovakia. Perlawanan pertama Harimau Muda adalah pada Feb 27 melawan pasukan Slovan Druslo Sala berpengkalan di Sala.

1st Liga ini terdiri dari 12 pasukan namun satu pasukan telah menarik diri. Liga 1 Slovakia 2009/10 sebenarnya sudah bermula pada 11 Julai lalu dan kini sedang berehat selama 12 minggu sejak 5 Disember lalu sempena musim sejuk sebelum bersambung semula pada 27 Februari depan, tarikh yang sama Harimau Muda A akan mula beraksi di sana.

Setiap pasukan dalam liga tersebut sudah pun beraksi 17 perlawanan dengan
baki 16 perlawanan lagi akan berlangsung pada 27 Februari hingga 29 Mei.

Manakala berita lain menyebut Liga Divisyen Satu Bawah 21 Slovakia bakal beraksi dengan tujuh pasukan lain di dalam liga tersebut. Harimau Muda akan berpengkalan di Vion. Skuad ini akan berlepas pada Feb 16 2010.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Piala Presiden Amerika Syarikat, atau sebagai Piala Obama pula adalah atas jemputan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) di Michigan Mei ini. Untuk edisi 2011 pun USSF sudah mengundang pasukan kita. Pasukan lain adalah Ghana, Kenya dan Puerto Rico.

Jadual Harimau Muda A 2010:
Febuari - Mei : Liga Slovakia
Mei - Piala Presiden Amerika Syarikat/Piala Obama
Jun - Berlatih di Malaysia
Julai - Perlawanan persahabatan di Indonesia
Ogos - Berlatih di Pulau Pinang
September - Persahabatan di India
Oktober -Piala Newspaper di Vietnam
November - Berlatih di Malaysia
Disember - Persahabatan di Qatar

Pada Januari 2011, skuad Harimau Muda A akan kembali beraksi dalam Liga Super sehinggalah mereka menyertai Sukan SEA. Persiapan ini adalah untuk memantapkan pasukan dalam usaha kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Manakala skuad bawah 23 tahun pula akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Thailand pada 27 Mac ini.

FAM juga sedang mengatur satu lagi perlawanan persahabatan pada 3 Mac depan, namun, belum pasti skuad mana yang akan kita hadapi. Semua perlawanan ini merupakan persiapan skuad negara dalam menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, November ini dan Piala AFF pada Disember.

FAM Cari Maklumat Lanjut
Feb 5 2010 - Samada sebagai hanya rakan sepelatih (sparring partner), perlawanan persahabatan atau pemanas badan FAM menggangap Harimau Muda mendapat perlawanan kompetitif serta pendedahan terbaik.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad akan ke Slovakia untuk membincangkan hal-hal teknikal pada 9 Februari ini dan mungkin pada 14 Februari, akan membuat sidang media untuk memberi gambaran lebih jelas mengenai perkara ini.

Skuad 25 pemain skuad Harimau Muda A bersama tiga jurulatihnya akan berlepas ke Slovakia pada 19 Februari ini dan mempunyai kira-kira seminggu persiapan sebelum aksi sulung bertemu Slovan Duslo Sala pada 27 Februari.

Lima pemain Harimau Muda B (skuad B-19 negara bimbingan Ong Kim Swee) akan diserapkan ke dalam skuad ini untuk melengkapkan jumlah 25 pemain.

Tiga pegawai yang akan ke Slovakia pula ialah Azraai Khor Abdullah (ketua jurulatih), Azman Eusoff (penolong jurulatih) dan P. Mohana Sundram (jurulatih penjaga gol).

Pastikah Harimau Muda Layak Bermain Di Liga Slovakia ?

Satu artikel telah dikeluarkan pada Feb 3 2010 dalam laman web rasmi Persatuan bola sepak Slovakia (SFA) didalam bahasa Slovak mengenai penyertaan Harimau Muda dalam liga Slovakia.

Apa yang dapat difahami memang benar Harimau Muda akan menyertai di Liga Divisyen 2 (I. ligy 2009/10) dan pusat latihan di Vion. Skuad ini akan menggantikan pasukan ZP Sport Podbrezová dalam jadual perlawanan liga tersebut sebagai perlawanan persahabatan.

Mengikut apa yang difahami dari alih bahasa artikel tersebut pihak Presiden SITA Charles ULK Belanik akan membuat keputusan muktamad setelah mencapai persetujuan bersama semua kelab terbabit bersama presiden Kesatuan Kelab-Kelab Liga (Union League Clubs - ULK) pada Februari 15 nanti.

Naib-presiden FAM Datuk Redzuan yang turut serta dalam wawancara tersebut tidak menyatakan kos sebenar yang terbabit sepanjang Harimau Muda berada di Slovakia.
Info Slovakia
Feb 1 2010 - Nama Rasmi : Slovak Republic

Negara yang tersepit di Eropah Tengah bersempadan dengan Republik Czech dan Austria di barat, Poland di utara, Ukraine di timur dan Hungary di selatan

Keluasan : 49,035 km persegi
Penduduk : 5.4 juta (2008)
Ibu negara : Brastislava
Bahasa rasmi : Slovak
Kumpulan etnik : 85.8 % Slovak, 9.5 % Hungary, 1.9 % Roma, 2.8 % lain-lain kumpulan minoriti.

Kemerdekaan :
dari Austria-Hungary Oktober 28, 1918
dari Czecoslovakia Januari 1 1993
Matawang : Euro
Zon Waktu : CET (+1), Musim panas CET (+2)

Slovak Football Association (SFA) ditubuhkan pada 1938, merupakan pertubuhan terbesar di Slovakia dengan 427 102 ahli. SFA memastikan aktiviti sukan secara teratur dengan lebih dari 10,000 pemuda didalam strukturnya. Ianya mengadakan 5,000 perlawanan setiap minggu di bandar dan desa di seluruh negara.

Kenyataan pertama mengenai organisasi bola sepak bermula pada 1893. Tonggak penting dalam pengembangannya adalah dengan kemunculan Republik Czechoslovakia. Keadaan untuk pembangunan sukan di cipta dan asas untuk organisasi bola sepak di Slovakia telah diwujudkan. Kelab bola sepak Slovakia pertama adalah 1. Čs. ŠK Bratislava ditubuhkan pada 1919. Pengembangan besar-besaran bola sepak bermula selepas era perang. Peningkatan ketara dalam angka pemain, pasukan, dan terutamanya dalam kategori pemuda dapat diamati dalam tempoh yang tersebut.

Kejayaan utama bola sepak Czecho-Slovak :
- Naib Johan Piala Dunia 1934 di Itali
- Naib Johan Piala Dunia 1962 di Chile
- Pingat Emas Sukan Olimpik 1980 di Moscow
- Pingat Perak Sukan Olimpik 1964 di Tokyo.
- Tempat ke-3 Piala Negara-Negara Eropah 1960 di Perancis.
- Tempat ke-3 Piala Negara-Negara Eropah 1980 di Itali.
- Johan Piala Negara-Negara Eropah 1976 di Yugoslavia
- Layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan

Reaksi Azraai Khor Harimau Muda Gagal ke Liga-S
Januari 20 2010 - Sumber dari Berita Harian, Harian Metro dan Utusan Malaysia reaksi dari jurulatih Harimau Muda Azraai Khor akibat kegagalan skuad itu bermain di Liga-S Singapura.

BH
JURULATIH Harimau Muda, Mohd Azraai Khor menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memikirkan semula langkah menghalang mereka daripada menyertai liga tempatan selepas permohonan menyertai Liga Singapura ditolak.

Mohd Azraai mengakui anak buahnya begitu hampa ketika diberitahu peluang beraksi pada Liga S sudah tertutup selepas barisan bawah 21 tahun kebangsaan itu tidak berada dalam senarai 12 pasukan yang diumumkan di Singapura, kelmarin.

“Pemain sememangnya kecewa. Kami sebenarnya begitu mengharap untuk beraksi dalam Liga S kerana ia akan menjanjikan kami aksi kompetitif.

“Kami tak boleh mengharapkan perlawanan persahabatan semata-mata untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Sukan Sea 2011,” katanya.

Sungguhpun Liga Super sudah memasuki perlawanan keempat semalam, Mohd Azraai berkata ia masih belum terlambat untuk menyenaraikan Harimau Muda ke dalam kancah domestik utama demi kebaikan bola sepak tempatan.

“Sudahlah kami tak dibenarkan beraksi dalam Liga Super, kini hasrat beraksi dalam Liga S juga berkecai.

“Ketika kami beraksi dalam Liga Perdana musim lalu, kami dapat bermain dalam hampir 30 perlawanan kompetitif. Walaupun Liga Super sudah memasuki perlawanan keempat, kami seharusnya diberikan tempat untuk beraksi demi bola sepak negara,” katanya.

Harimau Muda dilihat menjadi mangsa birokrasi bola sepak negara apabila penyertaan mereka dibatalkan, disahkan dan kemudiannya dibatalkan semula atas desakan ahli gabungan pada mesyuarat Majlis FAM, lewat tahun lalu.

Sebarang keputusan mengenai masa depan Harimau Muda akan diperjelaskan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebaik pulang daripada lawatan kerja di London.

Liga S yang diiktiraf Kongres Bola Sepak Asia sebagai antara yang paling kompetitif di rantau Asia Tenggara akan bermula pada 1 Februari dengan 12 pasukan, termasuk tiga kelab luar negara iaitu Beijing Guo''an dari China, Etoile dari Perancis dan Albirex dari Jepun.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Singapura yang menolak penyertaan Malaysia atas sebab-sebab teknikal, tidak menutup pintu sepenuhnya kepada skuad negara dengan menghulurkan jemputan itu menyertai kejohanan itu pada masa akan datang.

UM
Jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah menyarankan pasukannya dikembalikan ke Liga Super musim ini biarpun saingan divisyen teratas itu sudah melalui empat perlawanan berikutan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menolak penyertaan skuad bawah 21 tahun negara itu, kelmarin.

Katanya, masih belum terlewat untuk berbuat demikian kerana ia dianggap lebih baik sebagai medan pendedahan pertandingan sebenar daripada terus 'memeram' anak buahnya di kem latihan dan cuma mengadakan siri perlawanan persahabatan di merata tempat.

"Mungkin masih boleh diselitkan jadual perlawanan Harimau Muda A di tengah-tengah Liga Super sekarang daripada membiarkan semua pemain kecewa apabila ditolak daripada bermain dalam Liga Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Harimau Muda A mulanya dinaikkan ke Liga Super musim ini setelah menjuarai Liga Perdana musim lalu di bawah bimbingan K. Rajagobal sebelum diambil alih Ong Kim Swee tetapi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merombak semula susunan pasukan dengan memasukkan Kuala Lumpur dan Pahang, awal bulan lalu.

Azraai, jurulatih Kedah yang menjuarai tiga gelaran Liga M 2007 dan 2008, turut menganggap Liga Super satu platform terbaik buat anak buahnya setelah mencapai matlamat menakluki Liga Perdana 2009 malah sebagai persediaan jangka panjang ke Sukan SEA Indonesia 2011.

"Pelik juga apabila kita sendiri yang tidak benarkan bermain dalam Liga Super, kemudian cuba berharapkan Singapura yang beri tempat dalam Liga S dan akhirnya, pemain yang kecewa kerana sekadar terus berlatih tetapi masih tidak dapat bermain di mana-mana pun.

"Memang ada siri persahabatan dan lawatan ke luar negara untuk kami (ke Surabaya dari 26 Januari selama dua minggu dan mungkin ke Turki atau Slovakia tahun ini) tetapi ia masih tidak sama dengan pertandingan sebenar," katanya.

Azraai juga tidak melihat sebarang masalah untuk menempatkan Harimau Muda A semula ke Liga Super 2010 walaupun mungkin menjadikan jumlah pasukannya ganjil (15 pasukan) dan salah sebuah pasukan perlu berehat pada setiap kali hari perlawanan.

"Kita pernah melalui yang lebih pelik daripada ini (format pertandingan Liga M). Jadi apa masalahnya? Jika Harimau Muda A masuk semula Liga M, bukan sahaja pasukan ini dapat beraksi dalam Liga Super bahkan Piala FA dan mungkin Piala Malaysia.

"Bayangkan jumlah perlawanan yang diperoleh pasukan ini," katanya yang turut berharap Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dapat meleraikan dilema mereka sekembalinya dari London, hari ini bagi merisik kelab England yang mampu menempatkan skuad bawah 23 tahun negara - juara Sukan SEA Laos 2009.

Harimau Muda B (bawah 19 tahun) yang diterajui Kim Swee, kini menduduki tempat kelima Liga Perdana di belakang Felda United, PKNS, Pos Malaysia dan Angkatan Tentera dengan berjaya mengutip kemenangan sulung dalam perlawanan ketiganya setelah menewaskan Sabah 3-2 di Kota Kinabalu.

HM
PEMBANGUNAN bentuk apakah yang cuba dilakar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap skuad pelapis negara, Harimau Muda A yang kini tidak ubah seperti merempat di tanah air sendiri selepas permohonan mereka untuk menyertai Liga-S 2010 ditolak.

Tidak siapa tahu apakah nasib pemain muda negara dalam skuad yang pernah gah menjulang gelaran selaku Juara Liga Perdana musim lalu itu dan kesinambungan terhadap kecemerlangan yang dipamerkan, seakan-akan mati begitu saja.

Selepas kelibat mereka dalam Liga-S ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), mana lagi hala tuju skuad bimbingan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk menyelitkan pasukan itu di dalam saingan Liga-M yang sedang berlangsung.

Segala-galanya tampak tidak menjadi buat Harimau Muda A dan Azraai Khor mengakui semangat anak buahnya kini sudah luntur gara-gara khabar yang dihadirkan negara Seberang Tambak Besar itu, kelmarin.

“Pemain-pemain saya nak tahu apa nasib mereka. Selepas menjuarai Liga Perdana musim lalu, kenapa hak mereka untuk beraksi dalam Liga Super, dinafikan. Kami seperti merempat di tempat sendiri.

“Saya sungguh kecewa. Liga-S adalah satu-satunya harapan dan pentas terbaik untuk anak buah saya meningkatkan prestasi selepas kami diketepikan dalam Liga Super. Moral pemain kini hancur apabila mereka mendapat tahu tidak dapat bermain dalam Liga-S.

“Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang, sepatutnya soalan itu anda kena ajukan kepada FAM. Mungkin kalau kita buat keputusan lebih awal, kita ada harapan bermain di Liga-S. Singapura tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini sebab sebagai tuan rumah, mereka berhak membuat keputusan.

“Saya memikirkan nasib pemain ini selepas dua tahun bersama dan selepas membuktikan keupayaan, sepatutnya mereka melangkah ke tahap lebih tinggi. Mengapa FAM tidak dapat melakukan sesuatu? “Apa hala tuju pemain ini? Mereka ini adalah pemain yang bakal mewakili skuad negara ke Sukan Sea 2011 dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk mereka mencari pengalaman dan memantapkan permainan masing-masing.

“Kalau kami dapat beraksi dalam Liga Super, sekurang-kurangnya kami akan dapat bermain dalam 26 perlawanan liga, serta Piala FA dan mungkin juga Piala Malaysia,” kata Azraai Khor.

Jika dikaji secara teliti, Azraai Khor memang orang yang paling layak untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya itu dan ketika persoalan berkenaan diajukan kepada FAM, Penolong Setiausaha Agung, Ahmad Fuad Daud berkata, semua perkara membabitkan isu Harimau Muda A akan hanya dibincangkan di dalam mesyuarat exco, Ahad ini.

“Kita akan bincangkan semuanya dalam mesyuarat exco yang akan berlangsung, Ahad ini. Buat masa ini, mereka (Harimau Muda A) akan menjalani latihan serta sebanyak mungkin pertandingan di luar negara.

“Memang peluang untuk mereka menyelit di dalam Liga Super sudah tidak ada. Ia adalah sesuatu yang mustahil. Pertandingan terdekat untuk Harimau Muda A ialah Piala Obama yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, bulan depan,” katanya.

Sudah sah Harimau Muda B-21 gagal ke Liga-S.
Jan 18 2010 - Berita terbaru dari Singapura melaporkan bahawa pasukan dari Perancis Etoile FC dan Beijing Guo'An telah disahkan sebagai pasukan ke 11dan 12 untuk musim 2010 bola sepak Liga -S Singapura yang akan bermula dua minggu lagi.

Etoile FC akan berpengkalan di Stadium Queenstown, Singapura dan bakal menjadi pasukan pertama berasal dari Eropah yang akan menyertai liga professional Singapura.

Manakala pasukan dari China Beijing Guo' An, akan berpengkalan di Stadium Yishun, Singapura.

Pasukan Harimau Muda B-21 di bawah bimbingan Azraai Khor gagal ke Liga-S atas sebab-sebab teknikal.

Rekod baru dicipta apabila sejumlah 8 pasukan dari seluruh dunia, termasuk dari Brazil menunjukkan minat untuk menyertai Liga-S Singapura tahun ini.

Liga Malaysia Nak Jadi Tunggang Langgang?

Sumber : Utusan Malaysia
Januari 22 2010 – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia meneliti hasrat pasukan Harimau Muda A untuk dikembalikan ke dalam saingan Liga Super.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah ketika ditanya perkara itu bertitah, badan induk bola sepak negara itu sedia meneliti kedudukan pasukan tersebut yang telah ditolak bermain dalam Liga Singapura sebelum ini.

“Insya-Allah,” titah baginda ketika ditemui selepas merasmikan Forum Hak dan Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1Malaysia anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam di sini, semalam.

Baginda ditanya sama ada FAM sedia meneliti rayuan Harimau Muda A supaya pasukannya dikembalikan ke Liga Super.

Kelmarin, jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah yang membuat saranan itu menganggap belum terlewat untuk melakukannya demi memberikan pendedahan pertandingan sebenar daripada membiarkan mereka cuma berlatih dan terperap di kem latihan selain mengadakan siri lawatan dan perlawanan persahabatan.

“Kita pernah melalui yang lebih pelik daripada ini (format pertandingan Liga M). Jika Harimau Muda A masuk semula Liga M, bukan sahaja pasukan ini dapat beraksi dalam Liga Super bahkan Piala FA dan Piala Malaysia,” ujar Azraai ketika memberikan alasan untuk mengembalikan anak buahnya yang dikeluarkan awal bulan lalu untuk memberikan laluan kepada Pahang.

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah turut menafikan kemasukan skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Super disebabkan kedudukan baginda dalam FAM.

Sebaliknya, baginda menjelaskan, keputusan untuk memasukkan Pahang dalam kancah saingan Liga Super dibuat berdasarkan kedudukan pasukan itu yang teratas dalam kumpulannya selain mendapat persetujuan Ahli Jawatankuasa badan induk bola sepak itu.

“Ada dalam tulisan (akhbar) saya tak tahu mana, macam saya berusaha, beria-ia nakkan Pahang (dimasukkan dalam Liga Super). Bukan saya, (sebaliknya) kerana Pahang (berkedudukan) teratas dalam kumpulan dia. Sebab itu Pahang dibawa masuk. Itu dengan persetujuan Ahli Majlis,” titah baginda lagi.

Mengenai kedudukan skuad bola sepak Bawah 23 supaya dikekalkan, Sultan Ahmad Shah yang bangga dengan pencapaian pasukan negara itu memenangi pingat emas pada Sukan SEA Laos lalu, bertitah, baginda tidak dapat mendedahkannya kerana menganggap: ‘‘Itu rahsia saya dan rakan-rakan saya dalam FAM.

“Saya bangga kerana buat kali pertama selepas 20 tahun (kita menang emas). Sebab itu saya selalu kata jangan anggap pasukan negara itu tidak mampu dapat kejayaan cemerlang.”

Hanya Everton sedia bekerjasama
Sumber : Utusan Malaysia
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

PETALING JAYA – Skuad bawah 23 tahun negara boleh menganggap hasrat untuk ditempatkan di kelab England terlalu tipis berikutan hanya Everton satu-satunya bersedia mengadakan kerjasama menerusi akademinya yang menumpukan pemain akar umbi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menyertai kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ke Everton, Jumaat lalu, berkata, akademi kelab yang mencungkil bakat Wayne Rooney itu turut menawarkan dua pilihan untuk kemudahan pemain negara ini seawal usia lapan tahun.

“Yang pertama, mereka hanya sedia menghantar pakar dan pengendali ke Malaysia untuk melatih jurulatih kita dan yang kedua, membantu membuka pusat serantau Everton mengikut zon utara, timur, tengah, selatan dan Sabah-Sarawak,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Kata Azzuddin, akademi belia kelab berkenaan merupakan salah satu yang terbaik di England dalam mencungkil bakat dan pembangunan pemain sebelum menjualnya ke kelab lain dengan harga mahal seperti yang pernah dilakukan terhadap Rooney, penyerang England yang kemudian menyertai Manchester United.

“Saya juga baru dihubungi oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas sebagai langkah susulan kerjasama dengan akademi Everton yang turut dianggotai wakil mereka, FAM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pelajaran.

“Buat masa ini saya fikir, kita perlu menghormati kontrak sebahagian besar pemain skuad bawah 23 tahun kecuali tiga orang yang masih terikat dengan negeri dan kelab masing-masing. Lagipun Liga Malaysia sudah pun berjalan tetapi kita akan cuba atur program latihan pusat skuad ini pada setiap bulan,” katanya.

Mengenai peruntukan RM10 juta bagi Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, kata Azzuddin, pengagihan sebahagian besarnya adalah kepada akar umbi dan sebahagian lagi untuk skuad yang mengakhiri kemarau emas 20 tahun pada Sukan SEA.

RM10 Juta Untuk Tabung Bola Sepak
Januari 12 2010 Putrajaya - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju memberikan RM10 juta kepada tabung Pelan Pembangunan Bola Sepak atas cadangan Kementerian Belia dan Sukan yang diwujudkan pada tahun ini bagi membangunkan sukan tersebut di peringkat akar umbi.

Katanya ketika berucap di majlis penyampaian cek Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada 62 pemenang pingat emas dari temasya di Vientiane yang berlangsung dari 9 hingga 19 Dis lepas.

Pemberian RM10 juta kepada tabung tersebut berdasarkan kejayaan skuad negara di bawah bimbingan K. Rajagobal menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 1989 di Kuala Lumpur.

Pelan tersebut akan dibangunkan secara sistematik dan bukan tertumpu kepada pemain sahaja tetapi juga jurulatih dan pegawai teknikal yang berkaitan.

Sasaran Harimau Muda (B-19) ke Sukan Asia 2014
Januari 13 2010 - Ketua Jurulatih Harimau Muda (B-19) Ong Kim Swee di laporkan oleh The Star berkata skuad bimbingannya sedang di bentuk untuk menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Selain dari kejohanan bola sepak (B-23) Sukan Asia skuad ini yang terdiri dari 13 pemain dari kumpulan umur bawah-18 tahun, juga layak bermain di tiga Sukan SEA bagi acara bola sepak iaitu pada 2011, 2013 dan 2015.

Skuad ini berjaya mengikat ATM 1-1 yang terdiri dari pemain berpengalaman dalam perlawanan sulong Liga Premier 2010. Terdapat sembilan pemain dari skuad 2009 yang menjuarai Liga Premier musim lalu yang masih kekal iaitu Tamil Arasu, Mohd Fadli Shaz, Gary Steven Robart, Fandi Othman, Wan Zack Haikal, Khairul Izuan Rosli, Faziq Zikri, D. Sarvindran dan Irfan Fazai.

Keseluruhan skuad ini terdiri dari 30 pemain — Bawah-19 (15 pemain), Bawah-18 (12) dan Bawah-17 (2). Skuad ini menjadikan Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebagai tempat penginapan dan tempat latihan mereka.

Persatuan Bolasepak Negeri/Kelab gagal lahirkan pemain berbakat - Datuk Redzuan Sheikh Ahmad

Januari 4 2010 - Persatuan negeri dan kelab dicabar supaya mencungkil bakat baru yang boleh diketengahkan ke skuad negara berbanding hanya mengambil jalan mudah dengan terus mendapatkan khidmat pemain terkenal yang telah dilatih oleh badan induk bola sepak negara itu.

Harimau Muda ke Liga-S 2010 ?

Khabar-khabar angin yang bertiup mengatakan Harimau Muda (B-21) dibawah bimbingan Azraai Khor yang digugurkan dari Liga Super 2010 akan bermain di Liga-S Singapura.

Akibat dari penggantungan antarabangsa pasukan DPMM Brunei dan perancangan pasukan Super Reds bertukar ke pasukan tempatan pada 2010, akan mengakibatkan hanya pasukan dari Jepun iaitu Albirex Niigata pasukan tunggal asing yang disahkan menyertai Liga-S 2010.

Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) berminat untuk terus mengekalkan kemasukan pasukan luar, permohonan dari negara Asia, Afrika, Australia dan pasukan Eropah termasuk dalam pertimbangan.

Pasukan juara Liga Super China iaitu Beijing Guoan (simpanan) dan satu pasukan berpengkalan di Darwin, Australia menjadi pilihan utama. Pasukan ini akan bermain secara timbal-balik seperti yang dilakukan oleh DPMM tahun 2009.

Masalah logistik untuk menerbangkan pasukan dari Singapura ke Darwin menjadi penghalang utama. Ini bermakna pasukan Beijing Guoan mempunyai kelebihan. Seperti pasukan dari Jepun pasukan utama mereka akan bermain di Liga-J manakala pasukan simpanan bermain di Liga-S, pasukan Beijing juga dilaporkan berhasrat mengikut jejak itu.

Sekilas pandang pertandingan liga tempatan Singapura:

S-League (Liga-S) :
Liga professional Singapura. Musim 2010 bermula dari Feb 1 - Nov 2010.

Terdapat 12 pasukan pada musim 2009 iaitu : SAFFC (Angkatan Tentera Singapura), Tampines Rovers, Gombak United, Home United, Super Reds (Korea), Geylang United, Albirex Niigata (S), Young Lions (pasukan b-23 tahun kebangsaan Singapura), Woodlands Wellington, Sengkang Punggol, Balestier Khalsa dan Brunei DPMM (digantung semasa liga).

Terdapat tujuh pasukan luar Singapura pernah menyertainya iaitu Albirex Niigata FC (Singapore), Sinchi FC, Sporting Afrique FC, Liaoning Guangyuan FC, Super Reds FC, Dalian Shide Siwu and Brunei DPMM FC. Nama rasminya ialah Great Eastern S-League. Kejohanan ini setaraf Liga-M di Malaysia.

Singapore Cup (Piala Singapura) :
Kejohanan kalah mati melibatkan kelab Liga-S dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut disertai wakil kelab seperti dari Malaysia, Thailand, Cambodia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Ianya berjalan serentak dengan musim liga.

Bank RHB menjadi penaja utama kejohanan ini sejak 2005. Kejohanan ini setaraf dengan Piala FA di Malaysia. Pemenang mewakili Singapura dalam Piala AFC. Harimau Muda (B-23) menyertainya pada tahun 2006, tewas di pusingan awal.

Singapore League Cup (Piala Liga Singapura) :
Kejohanan kalah-mati tahunan ini disertai oleh 12 pasukan Liga-S. Ianya dilancarkan pada 2007 sebagai trofi kejuaraan domestik ketiga bersama-sama Liga-S dan Piala Singapura.

Musim 2009 menggunakan format tiga pasukan dengan empat kumpulan secara liga. Dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah-mati. Kejohanan ini setaraf dengan Piala Malaysia.

Prime League (Liga Utama) :
Kejohanan liga simpanan merangkap kejohanan remaja. Kejohanan ini setaraf Piala Presiden di Malaysia. Nama rasminya Great Eastern-YEO'S Prime League.

Purata kehadiran penonton adalah 2,039 (2009), 1844 (2008)

Harimau Muda (B-19) di Slovakia 2009
Skuad Harimau Muda (Bawah 19 tahun) dengan 26 pemain menyertai siri perlawanan persahabatan di Slovakia, Hungary dan Austria dari 1-18 September dan menjalani kem latihan Kompleks Sukan Vion, Slovakia.

Jurulatih: Ong Kim Swee

Barisan pemain :

1 Mohd Amer b Saidin, 2 Wan Zaharulnizam b Zakaria, 3 Thamil Arasu Ambumamee, 4 Ahmad Aminuddin b Shaharudin, 5 Kavi Chelvan Vivekandthan, 6 Sasikumar Khisor Kumar, 7 Mohamad Fadhli b Mohd Shas, 8 Mohd Bashahrul b Abu Bakar, 9 Yusaini Hafiz b Chee Saad, 10 Nicholas Wee Shen Ming, 11 Haziq Zikri b Elias, 12 Muhammad Zamir b Selamat, 13 Mohd Affize Faisal b Mamat, 14 Mohd Kkairul Izzuwan b Shaari, 15 Muszaki b Abu Bakar, 16 Muhammad Syamim b Othman, 17 Mohd Irfan b Faizal, 18 Mohd Khairul Izuan b Rosli, 19 Sivanesan A/L Shanmugam, 20 Muhammad Zulhariz, 21 Gary Steven A/L Robat, 22 Mohd Alif Fadhil b Ismail, 23 Mohd Nazrin b Baharudin, 24 Izzaq Faris b Ramlan, 25 Wan Zack Haikal b Wan Nor, 26 Saarivindran A/L Devendran

Jadual:
Sep 3 2009 Harimau Muda 4-0 Slovan Levice U-20 (Vion, Slovakia)
Thamil Arasu (2 gol), Wan Zack Haikal dan Sarvindran

Sep 8 2009 Harimau Muda 1-2 Honved Budapest U-20 (Budapest, Hungary)
Wan Zack Haikal

Sep 9 2009 Harimau Muda 1-2 Spartak Trnava U-20 (Vion, Slovakia)
Mohd Khairul Izuan b Rosli

Sep 15 2009 Harimau Muda 1-0 Banska Bystraca U-20

Vion-15 Sep, Skuad Harimau Muda menewaskan Banska Bystraca dalam perlawanan persahabatan sebentar tadi (5 ptg. waktu Malaysia) Gol dihasilkan pada minit ke 8 oleh Yusaini Hafiz B. Chee Saad.

Sep 16 2009 Harimau Muda 0-1 Slovakia U-19

Tiada ulasan: