Mangga

Youtube

YOUTUBE

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)

KOTAK JERIT (SHOUTBOX)


Rabu, Januari 12, 2011

LIGA ANTARABANGSA


FIFA Serahkan USD40 juta dari Piala Dunia kepada kelab
Januari 7, 2011 - Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA) menyerahkan USD40 juta kepada kelab, dimana pemain kelab mereka terbabit pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan lalu.

Bayaran terbesar kepada Barcelona USD866,267, Bayern Munich (USD778,667), Chelsea (USD762,667), Liverpool (USD695,600) dan Real Madrid (USD678,133).

Kelab Eropah membolot pecahan terbanyak dengan sembilan kelab England menerima USD5,992,533 sesama kelab mereka.

Angka ini berdasarkan kepada jumlah pemain bagi setiap kelab yang dihantar ke Piala Dunia dan jumlah hari yang digunakan semasa kejohanan itu.

FIFA menambah jumlah itu akan bertambah dari USD40 juta kepada USD70 juta untuk Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.

Hampir USD2 juta diserahkan kepada kelab dari Jepun, yang mana pasukan kebangsaannya disingkir pada pusingan kedua, manakala kelab dari Ghana yang mara ke suku akhir, hanya menerima USD222,000 sesama kelab mereka.

Selain Jepun (USD2 juta), kelab Asia lain adalah DPR Korea (USD932,000), Korea Republic (USD714,000), Australia (USD223,900), China (USD85,200), UAE (USD74,500), Arab Saudi (USD52,800) dan Qatar (USD40,000)

Kelab dari Uruguay yang layak ke separuh akhir, yang hanya mempunyai dua orang pemain berpengkalan di laman sendiri, hanya menerima USD186,000.

FIFA melaporkan sejumlah 400 kelab dari 55 negara menerima pembayaran itu dengan 736 pemain terlibat. FIFA bersetuju membayar USD1,600 bagi setiap pemain untuk satu hari bermula dua minggu sebelum perlawanan pembukaan dan berakhir selepas pasukan pemain itu terkeluar dari saingan di kejohanan yang berlangsung antara Jun dan Julai itu.


Barcelona Mendapat Penajaan Baju Terbesar Dalam Sejarah

Disember 10, 2010 (Madrid) - Barcelona telah bersetuju menandatangani kontrak penajaan baju terbesar dalam sejarah dengan Yayasan Qatar (Qatar Foundation) bernilai 30 juta euro semusim sehingga ke hujung kempen 2015-16, juara La Liga itu mengumumkan pada hari Jumaat.

Persetujuan itu adalah yang terbesar bagi mana-mana pasukan kelab bolasepak dan akan mengaut keseluruhan 165 juta euro pada keseluruhannya, termasuk 15 juta euro untuk baki selebihnya bagi musim ini.

Yayasan Qatar, yang diasaskan oleh Sheikh Hamad Al Thani, Emir Qatar pada 1995, mempunyai projek yang memfokuskan pada bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pembangunan komuniti. Ia juga terbabit dalam beberapa usahasama korperat.

Barca adalah antara segelintir kelab dalam dunia bolasepak yang tidak mempunyai logo korperat pada baju pasukan utama, sebaliknya memaparkan nama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dimana mereka membayar organisasi itu 1.5 juta euro setahun.

Sebagai bandingan kelab Liga Premier Inggeris iaitu Manchester United dan Liverpool bersama broker insuran AON dan bank Standard Chartered bernilai 23.6 juta euro masing-masing.

Real Madrid yang membuat persetujuan dengan firma pertaruhan Internet bwin sebanyak 23 juta euro mengikuti di belakang


Russia dan Qatar Tuan Rumah Piala Dunia 2018 dan 2022
Disember 2, 2010 - Russia dan Qatar telah dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia masing-masing pada 2018 dan 2022 selepas undian rahsia 22 ahli eksekutif FIFA di Zurich.

Bagi Piala Dunia 2018 Russia menewaskan bidaan bersama Sepanyol-Portugal, Belanda-Holland dan England dengan kelebihan dua undi.

Manakala bagi Piala Dunia 2022, Qatar mengecewakan bidaan dari Korea Selatan, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.

Pada sesi Pusingan Pertama Russia menerima 9 undian, Sepanyol-Portugal 7, Belanda-Belgium 4 dan England 2 (terkeluar)

Pada Pusingan Kedua Russia 13 (majoriti mutlak), Sepanyol-Portugal 7, Belanda-Belgium 2.

Bagi Piala Dunia 2022, undian Pusingan Pertama: Qatar 11, Korea Selatan 4, Amerika Syarikat 3, Jepun 3 dan Australia 1 (terkeluar).

Di Pusingan Kedua: Qatar 10, Amerika Syarikat 5, Korea Selatan 5 dan Jepun 2 (terkeluar).

Di Pusingan Ketiga: Qatar 11, Amerika Syarikat 6 dan Korea Selatan 5 (terkeluar)

Di Pusingan keempat: Qatar 14, Amerika Syarikat 8. Qatar mendapat 14 kemenangan majoriti di Pusingan Keempat undian untuk Piala Dunia 2022.

Ini juga kali pertama bagi kedua-dua negara itu menganjurkan Piala Dunia.


Blatter Cadang Hapuskan Seri Pada Piala Dunia
Ogos 14, 2010 Berlin - FIFA bercadang hapuskan keputusan seri di peringkat kumpulan pada kejohanan akhir Piala Dunia.

Presiden badan bola sepak dunia FIFA Sepp Blatter dalam satu wawancara bersama majalah berita mingguan Jerman, Focus dalam edisi Isnin ini di petik melaporkan bahawa dia mahu menamatkan cara permainan bertahan suatu pasukan yang bertujuan mendapatkan seri pada peingkat kumpulan di kejohanan Piala Dunia itu.

Blatter dipetik berkata FIFA akan mempertimbangkan menghapuskan keputusan seri ... dan juga menamatkan permainan masa tambahan. Perubahan ini akan menjadikan kejohanan ini lebih menarik, mendakwa pasukan "pada dasarnya tidak mahu tewas - ini menjadikan permainan membosankan"

Andai tiada pemenang di akhir permainan 90 minit, tendangan penalti akan dilakukan.

Pilihan lain menurut Blatter, mengembalikan "Gol Emas", dimana jika perlawanan berakhir dengan seri, pasukan pertama menjaringkan gol pada masa tambahan dikira pemenang.

Ianya pernah digunakan pada kejohanan 1998 di Perancis apabila Laurent Blanc memberikan kemenangan buat Perancis ketas Paraguay di pusingan 16 pasukan, tetapi di gugurkan empat tahun kemudian apabila kejohanan akhir diadakan di Jepun dan Korea Selatan.

Blatter juga mengulangi usaha FIFA menggunakan teknologi mengesahkan gol diatas garisan, dimana akan dibincangkan pada mesyuarat Badan Persatuan Bola sepak Antarabangsa (IFAB) pada Oktober nanti.

Jika terdapat indikator gol yang selamat, pantas dan yang tidak rumit, kami akan menggunakannya, beliau dipetik berkata.

China Ambil Alih Liverpool
Ogos 2, 2010 - Lapuran terbaru sedang hangat diperkatakan bahawa, billionaire dari China Kenny Huang telah menawarkan secara rasmi untuk membeli hutang Liverpool sebanyak £237j dari Royal Bank of Scotland (RBS) dalam usaha menamatkan penguasaaan Tom Hicks dan George Gillert Jr. dalam kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Huang adalah pengerusi syarikat pelaburan sukan QSL Sports Group yang berpengkalan di Hong Kong, mempunyai sokongan dari belakang menerusi dana pelaburan yang kaya.Sumber yang rapat dengan Huang memberitahu persetujuan harus dicapai sebelum jendela perpindahan ditutup. Huang telah membuat cadangan yang bernas Lembaga pengarah kelab telah memberi persetujuan penjualan ini dan mungkin akan bersetuju dalam beberapa hari lagi.

Hicks dan Gillert telah meletakkan Liverpool untuk di jual pada April tetapi sehingga kini hanya sedikit peluang untuk berjaya. Firma ekuiti berpengkalan di New York pada awalnya telah mencuba untuk membeli 40% pegangan, tetapi bidaan itu ditolak oleh mereka berdua.

Namun Gillet dikatakan telah memberitahu RBS bahawa dia sedang berunding dengan usahawan Syria dan bekas pemain antarabangsa Yahya Kirdi. Mengikut terma pinjaman bank kepada Liverpool, mereka terpaksa akur untuk mendengar sebarang bidaan yang datang dari pemilik bersama Amerika itu. Sumber menyebut tawaran itu tidak membawa sebarang makna, cuma sebagai batu loncatan untuk membuat Huang membuat tawaran lebih tinggi.

Tawaran Huang pada masa ini akan menyaksikan Hicks dan Gillert gagal membuat sebarang keuntungan dari kelab, dimana mereka membelinya £218.9j pada Februari 2007. Mereka menjangkakan untuk menerima £600j dari kelab sekarang.

Jendela perpindahan akan ditutuppada Ogos 31. Andai kata tiada sebarang bidaan yang berjaya pada musim panas ini, RBS berkemungkinan akan memanggil peratusan hutang mereka pada Oktober nanti, berpontesi memaksa kelab di bawah tanggungan pentadbiran

Khedira Berpindah Ke Real Madrid
Julai 30, 2010 - Pemain midfield Jerman dan Stuttgart Sami Khedira telah bersetuju berpindah ke Read Madrid tanpa menyebut mengenai yuran perpindahan, namun dilapur sebanyak €14 juta.

Khedira telah bersetuju dengan syarat terma dengan Madrid pada hari Rabu dan akan menandatangani komtrak lima tahun selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pemain kedua ditandatangani jurulatih Jose Maourinho sejak membimbing Real Madrid., berikutan ketibaan pemain sayap Angel di Maria dari Benfica.

Dua pemain utama Real Madrid, Raul dan Guti, telah meninggalkan Madrid minggu ini, ketika kelab itu mula membina kembali pasukan dibawah bimbingan Mourinho.

Khedira membuat 12 penampilan buat Jerman, walaupun baru mewakili pasukan itu tidak sampai setahun. Pemain midfield itu merupakan hasil dari akademi remaja Stuttgart dan telah membuat lebih 100 penampilan rasmi di Schwaben sejak memulakan aksinya pada Oktober 2006.

Man Utd Paling Bernilai
Julai 22, 2010 - Manchester United kekal sebagai kelab sukan paling bernilai di dunia berdasarkan kepada Forbes.com, walaupun berhutang lebih US$1.1 billion.

Penerbit majalah perniagaan yang berpusat di Amerika Syarikat itu mengeluarkan senarainya pasukan paling bernilai di dunia semalam, dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu dinilaikan US$1.84bn (£1.2bn).

Hanya tiga pasukan bola sepak termasuk dalam senarai 10 teratas, manakala bakinya adalah dari sukan bola sepak Amerika. Kelab lain adalah Real Madrid (tempat ke-6) dan Arsenal (tempat ke-8)

Most Valuable Teams In Sports
  1. Manchester United (soccer) US$1.835b
  2. Dallas Cowboys (football) US$1.650b
  3. The New York Yankees (football) US$1.600b
  4. Washington Redskins (football) US$1.550b
  5. New England Patriots (football) US$1.361b
  6. Real Madrid (soccer) US$1.323b
  7. New York Giants (football) US$1.183
  8. Arsenal (soccer) US$1.181b
  9. New York Jets (football) US41.170b
  10. Houston Texans (football) US$1.150b
Dua Pengadil Tambahan Buat Liga Juara-Juara
Julai 22, 2010 - UEFA mengesahkan dua penolong pengadil tambahan akan digunakan untuk Liga Juara-Juara selepas UEFA berpuas hati dengan ujian percubaan yang dijalankan pada Liga Europa.

Sistem lima pengadil amat berjaya sehingga Badan Persatuan Bola sepak Antarabangsa (IFAB) telah meluluskan usul dari Presiden UEFA, Michel Platini untuk menambah pegawai dibelakang setiap garisan gol di tiga kejohanan kelab utama Eropah sehingga dua musim mendatang sebagai meneruskan ujian percubaan ini.

Penolong Pengadil tambahan akan di gerakkan di perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa pada musim 2010/11 dan 2011/12 dan Piala Super UEFA pada 2010 dan 2011.

Drogba Jalani Pembedahan Minimal
Julai 24, 2010 - Didier Drogba bakal terlepas aksi musim pembukaan Chelsea dengan masalah paha.

Penyerang Ivory Coast itu akan terkeluar selama tiga minggu selepas menjalankan "pembedahan minimal invasif" pada hari Jumaat.

Ini bermakna dia tidak akan diturunkan ketika pertemuan Perisai Komuniti melawan Manchester United pada Ogos 8 nanti.

Aleksandar Kolarov Ke Manchester City
Julai 24, 2010 - Manchester City telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan kiri Lazio, Aleksandar Kolarov dengan yuran perpindahan £19 juta serta lima tahun kontrak.

Permain Serbia, berusia 24 tahun itu adalah pemain cemerlang dalam membuat hantaran dengan kaki kirinya. Dia boleh bermain di pertahanan dan tengah di bahagian kiri. Kolarov dijangka mengambil tempat Wayne Bridge di Eastlands.

Kolarov membuat 80 penampilan buat Lazio dalam tiga musim selepas menyertai kelab itu dari OFK Belgrade pada musim panas 2007.

Kolarov juga bermain untuk Serbia di Piala Dunia di Afrika Selatan.

Joe Cole Ke Liverpool
Julai 19 2010 - Liverpool telah menandatangani pemain midfield England Joe Cole dengan perpindahan percuma serta kontrak empat tahun selepas dia dibebaskan dari Chelsea pada akhir bulan lepas.

Dia dilaporkan menerima gaji £90,000 seminggu untuk menghalang tawaran dari Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Cole, 28 tahun adalah pemain kedua yang ditandatangani pada musim panas ini selepas Milan Jovanovic dari Standard Liege  juga dengan perpindahan percuma.

Cole memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dua Piala FA ketika tujuh tahun di Stamford Bridge.

Dia mewakili England sebanyak 56 kali dan menjaringkan 10 gol.

Adriano Correia ke Barca
Jul 17 2010 - Pemain Sevilla Adriano Correia telah melengkapkan perpindahannya ke Barcelona, dengan empat tahun kontrak.

Pemain Brazil berusia 25 tahun itu yang bermain di bahagian pertahanan dan midfield, telah menandatangani kontraknya pada hari Sabtu. Kontrak itu mempunyai pilihan menyambung satu tahun.

Barcelona dilaporkan membayar €9.5 juta (£7.6j) untuk pemain tersebut dengan yuran menjangkau €13.5 juta (£11.4j) berdasarkan berdasarkan prestasi pemain itu

Adriano memulakan kareenya dengan kelab Cortiba (2002) sebelum berpindah ke Sevilla (Januari 2005) dengan empat setengah tahun kontrak. Dia mempunyai 8 penampilan dengan Brazil

Adriano membantu Sevilla memenangi kejuaraan satu Copa del Rey, dua Piala UEFA (sekarang Liga Europa), satu Piala Supercup Sepanyol, dan satu Piala Super Eropah.

Real Madrid sambar Pedro Leon
Jul 16 2010 - Real Madrid mengumumkan pemain sayap kelab Getafe, Pedro Leon telah menandatangani kontrak enam tahun dengan Los Blancos.

Walaupun tidak menyebut nilai yuran perpindahannya media Sepanyol percayai ia sekitar €10 juta (£8j) Pedro Leon (23 tahun) adalah bekas pemain antrabangsa Bawah 21-tahun Sepanyol, memulakan kareernya pada 2005 dengan Real Murcia. Dia bermain dengan Levante dan Valladolod sebelum berpindah ke Getafe. Dia boleh bermain di kedua-dua belah bahagian sayap serta  berkemampuan mengambil sepakan percuma.

Pedro Leon menjaringkan 8 gol dalam 35 penampilan buat Getafe dan membantu Getafe ditangga keenam liga serta pemain utama pada kelayakan Liga Europa. Ini adalah pemain ketiga yang ditandatangani oleh pengurus Jose Mourinho selepas Angel di Maria dan Sergio Canales.

Milan Jovanovic Sertai Liverpool
Jul 8 2010 - Penyerang Serbia Milan Jovanovic telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan Liverpool.

Pemain 29 tahun berpindah secara percuma setelah kontraknya dengan kelab Belgium Standard Liege tamat pada hujung musim dan perpindahan ini diusahakan oleh bekas pengurus lama Rafael Benitez sebelum dia meninggalkan Liverpool awal Jun lalu.

Jovanovic bermain selama empat musim di Belgium, dimana dia memenangi Pemain Tahunan 2009 dan Kasut Emas pada 2009.

Jovanovic menjaringkan gol kemenangan mengejut Serbia keatas Jerman pada Piala Dunia. Dia boleh bermain di barisan hadapan atau sayap dan boleh memnbantu Fernando Torres atau mengisi kekosongan yang ditinggalkan Yossi Benayoun yang berpindah ke Chelsea.

Yaya Toure Sertai Manchester City
Jul 2 2010 - Pemain midfield Ivory Coast Yaya Toure telah menyertai Manchester City dari Barcelona dengan lima tahun perjanjian. Pemain berusia 28 tahun itu akan bermain bersama-sama abangnya Kolo Toure, kapten City.

Persetujuan itu dipercayai sekitar £28j dan membawa perbelanjaan kelab itu mencecah £60j, dengan pemain lain seperti David Silva dan Jerome Boateng dari Hamburg bernilai £10.5j.

Toure menghabiskan tiga tahun di Barcelona, dengan memenangi dua kejuaraan Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah pada 2009. Dia dijangka menyertai rakan sepasukannya untuk jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat akhir bulan ini.

Boateng Lengkapkan Perpindahan Ke Manchester City
Jul 1 2010 - Jerome Boateng telah melengkapkan perpindahannya bernilai £10.5j dari Hamburg. Pemain pertahanan Jerman itu berusia 21 tahun itu telah bersetuju dengan kontrak lima tahun.

David Silva Ke Manchester City
Jun 30 2010 - Manchester City telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol David Silva dari Valencia dengan empat tahun kontrak.

Silva pemain midfield berusia 24 tahun dilaporkan bernilai €32j (£24.25j). Dia akan berhijrah ke City selepas Piala Dunia tamat.

Angel Di Maria Ke Real Madrid
Pengurus Real Madrid José Mourinho pada Jun 29 2010 (Selasa) telah mengambil pemain pertamanya sejak mengemudi kelab tersebut. Real Madrid telah menandatangani pemain sayap Argentina Angel di Maria dari Benfica. Kelab Sepanyol itu dilaporkan telah membayar €25j (£20j) bagi pemain berusia 22 tahun itu dengan enam tahun kontrak.

Benfica juga melaporkan bahawa kelab itu bakal menerima tambahan €5j bergantung kepada jumlah perlawanan yang dimain oleh Di Maria di Madrid dan tamabahan €6j lagi bergantung kepada pencapaiannya, tanpa menyebut dengan lebih lanjut lagi.

Di Maria adalah pemain midfield utama Argentina di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, dia memenangi dua kejuaraan Piala Liga Portugis dan kejuaraan liga musim lepas dengan Benfica. Dia adalah pemenang kejohanan bawah-20 tahun dunia, pemenang pingat emas Olimpik,

Dia memulakan kariernya di Rosario Central dan berpindah ke Portugal pada 2007.

Bundesliga Paling Untung Di Dunia
Jun 9 2010 - Liga bola sepak Jerman iaitu Bundesliga telah mengatasi Liga Perdana Inggeris sebagai liga paling menguntungkan di dunia pada musim 2008-09, berdasarkan laporan firma kewangan Deloitte.

Bundesliga mengatasi Liga Perdana kerana adanya kawalan keatas gaji pemain. Di Liga Perdana kelab membelanjakan 67% keatas gaji dari hasil pendapatan mereka manakala di Bundesliga hanya 51%.

Pendapatan Liga Perdana akan mencecah £2.2 billion pada akhir musim 2010-11 berbanding £1.981 juta pada 2008-09. Walaubagaimanapun keuntungan operasi kelab Liga Perdana menurun separuh dari £185j pada 2007-08 ke £79j pada 2008-09 iaitu yang terendah sejak 1999-2000.

Laporan itu menunjukkan kelab membelanjakan kenaikan gaji lebih £132 juta dari 2009-10 berbanding 2008-09 atau 11% ke £1.3billion keseluruhan gaji.

Perbelanjaan perpindahan kasar juga meningkat dari £664j pada 2007-08 ke £713j pada 2008-09.

Keuntungan
  • Bundesliga £146j/€172j
  • Liga Perdana Inggeris £79j/€93j
Series A dan Ligue 1 masih mengalami kerugian.
Pendapatan pada 2008-09:
  • Liga Perdana Inggeris - £2b/€2.3b
  • Bundesliga - £1.346j/€1.575j
  • La Liga - €1.5b
  • Series A - £1.3b/€1.5b
  • Ligue 1 - £0.9b/€1,048j
Bundesliga mencatat kenaikan 10% perolehan kepada €1,575j.

La Liga mencatat pertumbuhan 4% ke €1,501j, hasil gabungan kenaikan €93j dari Real Marid dan Barcelona. Baki 18 kelab La Liga mencatat kejatuhan purata pendapatan €30juta

Series A naik 5% kepada €1,494j. Sementara Ligue 1 naik 6% mencatat €1,048j mengatasi €1b buat pertama kali.

BIL GAJI TERTINGGI LIGA PERDANA INGGERIS 2008/09
  • Chelsea - £167j (£172j)
  • Man Utd - £123j (£121j)
  • Liverpool - £107j (£90j)
  • Arsenal - £104j (£101j)
  • Man City - £83j (£54j)
(Gaji 2007/08 dalam kurungan)

Benitez Tinggalkan Liverpool
Jun 4 2010 - Pengurus Liverpool Rafael Benitez telah meninggalkan Liverpool secara persetujuan bersama dengan kelab tersebut. Benitez mula membimbing kelab itu dari Gerard Houllier pada 2004, mendapati jawatannya tidak menentu selepas musim yang mengewacakan, dimana Liverpool hanya mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada kedudukan ketujuh selepas hanya 12 bulan setelah menjadi naib-juara dibelakang Manchester United.

Benitez di ilihat calon pilihan untuk mengambil=alih Inter Milan tempat Jose Mourinho yang berpindah ke Real Madrid.

Perancis Tuan Rumah Euro 2016
Mei 28 2010 - UEFA telah menamakan Perancis sebagai tuanrumah Kejohanan Negara Eropah (Euro) 2016.

Perancis menewaskan tawaran dari Turki dan Itali. Kejohanan kali ini juga bakal menyaksikan penyertaan 24 negara berbanding dengan hanya 16 negara pada 2012 menjadikan sejumlah 51 perlawanan untuk jangka masa sebulan.

Pada undian yang dijalankan Perancis menewaskan Turki 7-6 dengan hanya satu undi selepas Itali disingkir selepas undian pusingan pertama.

Perancis pernah menjadi dua kali tuan rumah Kejohanan Negara Eropah iaitu pada 1960 dan pada 1984 mereka berjaya menjuarai kejohanan itu dengan kaptennya adalah Michael Platini iaitu Presiden UEFA sekarang ini.

Manchester United berjaya dapatkan Javier Hernandez
Mei 27 2010 - Manchester United mengumumkan mereka berjaya mendapatkan permit kerja buat penyerang Mexico Javier Hernandez bagi membolehkan pemain itu ke Old Trafford mulai Julai 1.

Pada bulan April lalu United telah mengumumkan mereka telah berjaya mendapatkan Hernandez (21 tahun) dari Chivas Guadalajara dengan yuran perpindahan di percayai sekitar £8 juta.

Real Madrid Pilih Jose Mourinho
Mei 26 2010 - Real Madrid telah memecat pengurusnya Manuel Pellegrini bagi membuka laluan buat Jose Mourinho menerajui kelab gergasi Sepanyol itu.

Kegagalan Pellegrini membawa sebarang kejayaan kepada Real Madrid musim 2009-10 memberi makna ia tersingkir buat Mourinho yang membawa Inter Milan menjulang Liga Juara-Juara 2010 sebagai pengurus baru.

Kejayaan Jose Mourinho
Porto (2002-04)
Liga Portugis: 2003, 2004
Piala Portugis: 2003
Piala Super Portugis: 2003
Piala UEFA: 2003
Liga Juara-Juara: 2004

Chelsea (2004-07)
Liga Perdana: 2005, 2006
Piala Liga: 2005, 2007
Piala FA: 2007

Inter Milan (2008-10)
Juara Series A: 2009, 2010
Supercoppa Itali: 2008
Coppa Italia: 2010
Liga Juara-Juara: 2010

Senarai Pengurus Real Madrid sejak 1998 (12 pengurus dalam 12 tahun)
Manuel Pellegrini (Chile): Jul 1 2009 - Mei 26 2010
Juande Ramos (Sepanyol): Dis 9 2008 - Jun 30 2009
Bernd Schuster (Jerman): Jul 9 2007- Dis 9 2008
Fabio Capello (Itali): Jul 5 2006 - Jun 28 2007
Juan Ramon Lopez (Spain): Dis 3 2005 - Jul 5 1006
Vanderlei Luxemburgo (Brazil): Dis 30 2004 - Dis 3 2005
Mariano Garcia Remon (Spain): Sep 20 - Dis 30 2004
Jose Antonio Camacho (Spain): Jun 1 2004 - Sp 30 2004
Carlos Queiroz (Portugal): Jun 25 2003 - Mei 31 2004
Vicente del Bosque (Spain): Nov 1999 - Jun 23 2003
John Toshack (Wales): Feb 1999 - Nov 1999
Guus Hiddink (Netherlands): Maei 1998 - Feb 1999

Mei 23 2010 - Bayern Munich telah mengikat pemain tengahnya Franck Ribery sehingga Jun 30, 2015 dengan kontrak baru selama empat tahun. Pemain antarabangsa Perancis berusia 27 tahun itu tiba di Allianz Arena, Munich pada 2007 dari kelab Perancis Olympique Marseille dengan yuran perpindahan €25 juta/£17 juta. Ribery pada mulanya dijangka berpindah ke kelab Real Madrid pada apabila jendela perpindahan dibuka.

Pada musim pertama 2007 bersama Bayern dia menjaringkan 20 gol. Memenangi dua kejuaraan Bundesliga, dua Piala Jerman dan satu Piala Liga dan merangkul anugerah Pemain Tahunan Jerman 2008. Selain dari dikaitkan dengan Real Madrid, kelab besar Eropah seperti Barcelona, Chelsea dan Manchester United juga dinamakan.

Mei 21 2010 (Jum) - Arsenal telah membuka langkah pertama mereka dalam pasaran perpindahan apabila menandatangani pemain penyerang Maghribi Marouane Chamakh (26 tahun) untuk kontrak jangka panjang, dengan perpindahan percuma selepas tamat kontrak bersama Bordeaux.

Charmakh adalah pemain utama dalam membantu Bordeaux menjuarai kejuaraan liga Perancis pada 2008-2009 dan telah membuat 293 penampilan serta menjaringkan 79 gol dalam lapan tahun . Charmakh juga membantu Bordeaux layak ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini apabila tewas kepada Lyon. Bermain sebanyak 53 penampilan dan 27 gol dengan Maghribi.

Mei 20 2010 (Kha) - Barcelona telah menandatangani pemain Valencia David Villa (28 tahun) untuk €40 juta/£34.2j, menjadi perpindahan pertama terbesar bagi musim panas ini. Viila penjaring gol terbanyak Valencia dengan 21 gol menandatangani kontrak 4 tahun dgn gaji €7j semusim.

Dengan satu tahun pilihan untuk menyambung kontrak. Villa menjaringkan 107 gol dalam 166 penampilan selama lima tahun di Mestalla.

Cristiano Ronaldo mencipta rekod dunia perpindahan bolasepak ( €94j).
Jun 11 2009 - Cristiano Ronaldo akan mencipta - jika tidak sekarang - Rekod Dunia Perpindahan dalam Sejarah Bola sepak dengan €94j, tawaran diterima oleh Manchester United dan dibuat oleh kelab Sepanyol Real Madrid C.F. Ronaldo memintas Zinedine Zidane ditempat teratas sehingga hari ini dengan €73,5j. Secara faktanya, Real Madrid dibawah Presidennya Florentino Perez adalah orang yang bertanggungjawab keatas Top 4 (4 Teratas) dalam senarai carta 10 teratas dibawah.

10 Teratas Sejarah Perpindahan (Bola Sepak)
Top 10 Historical Football (Soccer) Transfers:
No.PemainTahunDari KelabKe KelabNilai
1Cristiano Ronaldo2009Manchester UnitedReal Madrid€94 juta
2.Zidane2001JuventusReal Madrid€73,5 juta
3.Kaká2009MilanReal Madrid€67,2 juta
4.Luis Figo2000BarcelonaReal Madrid€60 juta
5.Hernán Crespo2000ParmaLazio€55 juta
6.Gianluigi Buffon2001ParmaJuventus€54,1 juta
7.Gaizka Mendieta2001ValenciaRoma€48 juta
8.Rio Ferdinand2002LeedsManchester United€47 juta
9.Andrei Shevchenko2006MilanChelsea€46 juta
10.Juan Sebastián Verón2001LazioManchester United€46juta

Ianya mengesahkan era kedua galacticos telah bermula di Madrid, dengan berita persetujuan £80j, Ronaldo akan datang dalam minggu yang sama apabila Perez bersetuju dengan £59j ($97j atau €69j) untuk menandatangani Kaka. Ini bermakna dalam masa kurang seminggu, Madrid telah komited untuk berbelanja menakjubkan £139j ($228j atau €162.9j) keatas hanya dua pemain.

Semasa Perez memegang jawatan sebagai presiden Madrid dahulu, dia telah membuat pengambilan bintang global seperti Ronaldo (£23.2j), David Beckham (£24.5j), Luis Figo (£37j), dan Zinedine Zidane yang mana ketika itu telah mencipta rekod dunia dengan £46.7j.

Pasukan Tahunan 2008 FIFA
(FIFA.com 2008 Team of the Year)
Ini adalah hasil undian yang dijalankan oleh laman web FIFA.com

Goalkeeper: Iker Casillas

Defenders: Sergio Ramos, John Terry, Carles Puyol, Phillip Lahm

Midfielders: Kaka, Steven Gerrard, Xavi, Franck Ribery

Forwards: Cristiano Ronaldo, Lionel Messi

FA Community Shield
Ogos 9 2009 (Ahad) Wembley Stadium
Chelsea 2-2 (penalti:4-1)Manchester United

Chelsea-Ricardo Carvalho (m-52), Frank Lampard (m-70)
Manchester United-Nani (m-10), Wayne Rooney (m-90)
Penalti:
Chelsea: Lampard (gol), Michael Ballack (gol), Didier Drogba (gol), Salomon Kalou (gol)
Manchester United: Ryan Giggs (X), Carrick (gol), Patrice Evra (X)


JUARA PIALA 2007
EROPAH
  • Liga Juara-Juara  - AC Milan 2-1 Liverpool
  • Piala UEFA - Sevilla FC 2-2 (penalti 3-1) RCD Espanyol
  • Piala Super UEFA - AC Milan 3-1 Sevilla FC
  • England (EPL) - Manchester United
  • England (Piala FA) - Chelsea 1-0 (aet) Manchester United
  • England (Piala Liga) - Chelsea 2-1 Arsenal
  • England (Perisai Komuniti/Community Shield) - Manchester United 1-1 (penalti 3-0) Chelsea
  • France (Ligue 1) - Olympique Lyonnais
  • Germany (Bundesliga) - VfB Stuttgart
  • Italy (Serie A) - FC Internazionale
  • Netherlands (Eredivisie) - PSV Eindhoven
  • Portugal (Liga) - FC Porto
  • Spain (Primera Liga) - Real Madrid CF
ASIA
  • Piala Asia - Iraq 1-0 Saudi Arabia
  • Liga Juara-Juara - Urawa Reds 1-1,2-0 (agg 3-1) Sepahan
  • Piala AFC - Shabab Al Ordun (Jordan) 1-0,1-1 (agg 2-1) Al Faisaly (Jordan)
  • Sukan Sea - Thailand 2-0 Myanmar
AMERIKA SELATAN
Copa America (Piala Amerika) - Brazil 3-0 Argentina

DUNIA
FIFA Kelab Piala Dunia - AC Milan 4-2 Boca Juniors

MALAYSIA-KEBANGSAN
Pestabola Merdeka - Malaysia 3-1 Myanmar

MALAYSIA - TEMPATAN
  • Liga Super - Kedah
  • Liga Premier - PDRM
  • Piala Malaysia - Kedah 3-0 Perak
  • Piala FA - Kedah 0-0 (penalti 4-2)Perlis
  • Piala Sumbangsih 07/08 - Perlis 0-0 (penalti 5-4) Kedah
  • Piala Presiden (B-21) - Perak 3-3 (penalti 5-4) Kelantan
  • Piala FAM - Proton FC 4-2 Beverly FC Kota Kinabalu
  • Piala Emas Raja-Raja - Johor 2-1 (aet 1-1) Kelantan-anjuran Persatuan BolaSepak Melayu Malaysia
  • Piala Bardhan - Pahang 5-4 Perak -anjuran Malaysia Indian Sports Council
  • Kejohanan Bolasepak Piala Super 100 Plus B-12 tahun Kebangsaan
  • SK Sri Kinta (Perak) 0-0 (penalti 4-3) SK Kubang Kerian 1 (Kelantan)
  • Kejohanan Bolasepak Piala KPM-Super 100 Plus B-18 tahun Kebangsaan
  • SMK Clifford, Kuala Kangsar (Perak) 1-0 SMK Pulau Nyiur (Kedah)




Piala UEFA
Date: Mei 14, 2008
Venue:City of Manchester Stadium, Manchester
Att: 47,500

FC Zenit St.Petersburg (Russia) 2-0 Rangers FC (Scotland)
Igor Denisov (72'), Konstantin Zyrianov (90+4')

Pepe Reina (Liverpool) telah merangkul anugerah Sarung Tangan Emas (Golden Glove Award) buat kali ketiga. Anak kelahiran Madrid, menyertai Liverpool pada Julai 2005 dari Villareal dengan harga £6juta, memegang 18 pelawanan bersih dalam 37 permainan ketika kempen EPL 2007/08.

Saingan terdekat Reina datang dari David James (Portsmouth), yang mencatat 16 perlawanan tanpa bolos dari 35 permainan musim ini.

Pemenang Sarung Tangan Emas musim lalu Petr Cech (Chelsea) dan Edwin van der Sar (Man Utd), bersama dengan Tim Howard (Everton), semua dibelakang dengan 14 perlawanan bersih dari dibolosi setiap pemain.

Christiano Ronaldo dipilih memenangi dua anugerah iaitu sebagai Pemain Terbaik Musim Ini (Player of the Season) dan anugerah Kasut Emas .

Bintang Manchester United, 23 telah dianugerahkan sebagai Pemain musim ini (Player of the Season) buat kali kedua berturut-turut berikutan kempen 2007/08 dimana dia telah dipilih sebagai pemain terbaik Liga pada bulan Januari dan Mac serta memainkan peranan penting untuk membantu United mempertahankan kejuaraan Liga Premier.

Kejuaraan Liga Premier buat kali ke-10 bagi Manchester United, telah dibantu dengan jumlah gol jaringan Ronaldo.

Jaringan 31 gol dari 34 perlawanan EPL yang disertainya menyaksikan dia berjaya menewaskan saingan sengit dari Emmanuel Adebayor (Arsenal) dan Fernando Torres (Liverpool) untuk memungut anugerah Kasut Emas.

Jumlah jaringan terakhir Ronaldo mewakili buat kali pertama ,seseorang pemain menjaringkan lebih 30 gol dalam satu musim semenjak Alan Shearer 31 gol bagi Blackburn Rovers 12 tahun lalu. Ronaldo telah menjaringkan 66 gol dalam 161 perlawanan EPL sejak menyarung jersi Manchester United melawan Bolton Wanderes pada Ogos 2003.

Beliau telah dinamakan sebagai Pemain Musim Ini 2007 dan Pemain Tahunan PFA bagi 2007 dan 2008.

Sementara itu Sir Alex Ferguson pula memenangi anugerah Pengurus Musim Ini (Manager of the Season) untuk kali ke lapan dalam kariernya.

Keputusan ini telah dibuat oleh Panel Anugerah EPL, yang diwakili dari badan pentadbiran bolasepak, pihak media dan peminat.

Semenjak dilantik pada November 1986, Ferguson telah memenangi sejumlah 28 trofi dengan Manchester United termasuk 10 kejuaraan EPL diantara 1993 dan 2008.

Beliau telah memenangi paling banyak anugerah Pengurus Tahunan dalam sejarah EPL- ini adalah kali ke lapan dan juga paling banyak merangkul anugerah Pengurus Bulanan EPL dari sesiapa pun iaitu 21 kali kesemuanya.

Tiada ulasan: